Zon kuliah? 

Zon kuliah adalah rakaman kuliah agama. Ada video, siaran live streaming, tazkirah harian, kuliah dan ceramah agama terbaik sekitar utara Malaysia. 

Dan jika line internet rumah aku ok, adalah rezeki aku untuk ikuti ceramah agama secara live streaming. BEST. Sambil menemai anak aku buat kerja sekolah, sambil layan ceramah agama. Sambil layan ceramah agama, kena layan juga satu dua soalan dari anak-anak aku tentang tajuk ceramah agama yang sedang mereka dengar.

Mula-mula ketika aku 'on' ceramah agama sebagai 'halwa telinga' kami sekeluarga, anak aku protes tak faham, apa yang tidak kena dengan aku.

Ceramah agama? Biar betul mama ni!

Tetapi, alah tegal perkara biasa. Lama-lama, mereka dapat menerima apa yang mama mereka pilih. Hee..

Banyak topik agama yang telah aku dengar dan belajar sesuatu dari zonkuliah. Antara isu yang best..

Ulasan isu yang agak "panas" semalam berkenaan Wanita jadi Menteri Besar.

Antara tazkirah terbaru yang sangat menarik disampaikan oleh Ustaz Hafizal Al-jaraqi. Jom dengar dan insafi diri.
~ Maksud hadis Qudsi
~ Isi masa untuk beribadat kepada Allah supaya dapat rasa kaya
~ Rasa miskin walau kaya, berbanding rasa kaya walaupun miskin

Antara perkara-perkara yang kita pandang remeh, dan mungkin tak tau pun ada diajarkan dalam Islam! Best yang nie.
Antara yang menarik :
~ Pesanan kepada orang perempuan yang dok masak kat rumah
~ Peranan yang perlu dimainkan oleh para suami
~ Masalah laki bini.. petua untuk mesrakan hubungan antara mak dan isteri
~ Cara cerita yang patut dijauhi bila bersembang dengan orang lain 

Mukaddimah yang sangat menarik dalam kuliah semalam. Permulaan kuliah Bahrul Mazi Jilid 12. Hebatnya adab dan ilmu-ilmu yang Nabi tinggalkan kepada kita. Nie link untuk rakaman live semalam :https://www.youtube.com/watch?v=_8RkG4e2rac
Dengar dan sebarkan, mudah2an bermanfaat.
[Banyak sangat video2 pendek yang sangat menarik dari kuliah nie.. insyaAllah, kami akan upload dimasa-masa akan datang]

Sedutan perkongsian menarik dari Ustaz Robby seorang bekas mubaligh kristian yang memeluk Islam setelah menemui beberapa persamaan arahan dalam kitab bible dengan ajaran Islam.
~ Golongan yang paling rapat dan dekat dengan Islam
~ Hukum Hudud juga terdapat dalam Bible?
~ Teguran kepada orang Islam sendiri yang menolak dan menentang hukum syariah yang terdapat dalam kitab Allah
~ Bukan Quran saja yang halang makan babi dan arak

Menarik dan tertarik hati aku yang memang nak ambil tahu dan belajar bab agama Islam. Apa yang kita belajar di sekolah adalah asas sahaja. Banyak lagi rupanya yang perlu kita ambil tahu. Dan ini adalah salah satu caranya.


Salam, atas permintaan ramai, berikut adalah cara membuat tempahan CD PERCUMA di ZONKEDAI.COM (www.zonkedai.com). CD adalah terhad.. dan BUKAN UNTUK DIJUAL.


Ye betul. CD adalah percuma. Melonjak happy hati aku bila terbaca di facebook status zonkuliah. Terhad pula tu. Nak kena cepat ni. Aku pun whatsapp lah encik suami. Minta dia tunaikan hajat aku. Dan encik suami gi tahu yang dia dah terima t'shirt Zon Kuliah (edisi terhad). Hasil jualan t'shirt adalah untuk menampung kos projek Zonkuliah. Banyak peruntukkan yang tidak kita ketahui untuk menjayakan program ini. Kena ada line internet untuk 'siaran live streaming'. Peralatan visul dan audio. Perghh..bukan sikit perbelanjaan tu.

Selang dua hari, kami terima CD Percuma. Sebenarnya, hari tu, tak sempat pun encik hubby pm admin zonkuliah di facebook. dek teruja dia terima t shirt, pesanan aku berlalu bagaikan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Dia terlupa! 

Kalau dah rezeki, tak ke mana. Benarlah kata-kata tu. Rezeki kami dengan CD Zonkuliah, masih ada. Tak jadi aku nak merajuk dengan encik suami. Disebabkan kami pernah membeli t'shirt, automatik kami diberikan CD percuma. Alhamdulillah. :)



Ustaz Shamsuri Haji Ahmad, antara senarai ustaz kesukaan aku. Best loghat penang dia. Sempoi.







Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama