Cara betul uruskan uri.

Header baru. Hee..

Bolehlah. Makan masa juga aku nak buat. Diharap tak sakit mata korang yang memandang. Nota english yang sebelum ini pun aku dah tukarkan kepada ayat di atas. Sedap pula kata-kata semangat tu. Hidup kita ni, adakalanya..ada sahaja yang dengki. So sad apabila yang dengki kita tu, kenal mesra dengan kita pun tidak. Jadi, bila satu hari kelak korang face that problem, ingat ayat-ayat di atas. Dalam hidup ini, redha dari Allah yang menjadi misi utama kita. Biarlah apa orang nak kata, pedulikan. Selagi perkara yang kita buat, tidak salah di sisi agama dan undang-undang, teruskan.

Ter'over' lah pula mukadimah aku. Perkongsian ilmu aku kali ini adalah bab cara betul nak uruskan uri. Aku terbaca persoalan ini di fb zonkuliah. Herm, nak juga aku tahu cara yang betul. Aku pernah dengar cerita, ada kes semasa nak tanam uri, pencil dan buku turut diletak dengan harapan anak tersebut pandai. Biar betul!

Perkongsian dari fb zonkuliah.

Ustaz, boleh terangkan cara yang betul untuk uruskan uri selepas bersalin. Kata orang tua-tua dulu, lepas basuh hingga bersih, bungkus kain putih masuk dalam tempurung nyior yang berlubang kemudian letak garam kasar, asam keping, paku besar dua batang, bungkus dan tanam. Tanam pula jangan dalam-dalam nanti anak lambat cakap dan lain-lain. Cuba ust bagi klu yang sebenarnya untuk mudahkan urusan tersebut.

Jawapan :

Islam tidak menyuruh umatnya mengurus uri seperti jenazah. Apa yang perlu hanyalah di basuh, kemudian tanam di tempat yg selamat, maksudnya jauh daripada dimakan binatang liar, kerana uri adalah sebahagian daripada bayi, dan kerana itu ia perlu dijaga.

Di kalangan masyarakat Melayu, uri cukup dijaga. Selain ditanam beserta dengan pelbagai benda, seperti jarum, paku, lebai, adakalanya batik dan sebagainya. Malah sesetengah tempat ia dipasang lilin waktu malam selama tujuh malam.

Kedaan itu jelas bertentangan dengan syarak dan boleh membawa kepada khurafat. Misalnya kalau letak jarum atau paku semasa tanam uri dapat mengelakkan drpd gangguan makhluk halus. Perbuatan ini jelas salah. Kita dilarang terus drpd percaya yg lain selain ALLAH.

Sebenarnya tiada hukum, nas atau hadis yg jelas mengenai cara menguruskan uri cuma sesuatu anggota tubuh apabila tidak dikehendaki digalakkan supaya dipelihara dan dijaga dengan baik.

Nabi saw. pernah bersabda:

"seorang bayi yg baru lahir ibarat sehelai kain putih. Ibu dan bapanya lah yg menentukan sama ada dia menjadi Majusi atau Nasrani."

Cukup sekadar baca Bismillah dan berselawat ke atas Nabi saw. Sebenarnya bagi mendapatkan anak soleh dan solehah, pasangan ibu bapa harus memainkan peranan. Mereka berdua haruslah menjaga kelakuan, makanan dan minuman anak anak serta memastikan halal, bukannya di mana dan bagaimana uri ditanam.

Tiada kaitan antara kehidupan seseorang dengan uri wanita selepas bersalin.Uri adalah sebahagian daripada jasad manusia dan sepatutnya perlu kembali ke tempat asalnya iaitu tanah.

Bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang mengiringi upacara penanaman uri boleh dilakukan untuk memperoleh keberkatan.

Biasanya jika di hospital, uri akan dibersihkan menggunakan air bersih bagi menyucikan darah yang masih terlekat sebelum diserahkan kepada keluarga pesakit untuk urusan lanjut.

Namun, bagi uri milik keluarga bukan Islam atau uri yang tidak dituntut, selepas dibersihkan ia akan dinyahkuman dan dibakar.

Seelok-eloknya uri perlu ditanam di dalam lubang yang digali lebih sekaki bagi tujuan membendung dihidu binatang buas.


Nota : Klik banner ZonKuliah di atas untuk terus ke fb mereka. 


Ulasan