My Instagram

Aku yang keliru

Balik sekolah hari ni, belum sempat sampai ke rumah lagi, anak aku dah mula cerita, ada jemputan ke majlis Bantuan Hari Raya untuk anak yatim anjuran sekolahnya. Sambil mata aku fokus memantau jalan raya, tangan ligat memusing stering. Akal berkata-kata, oh..bagus. Rezeki dari Allah.

Ketiga-tiga anak aku kalut selongkar beg sekolah, nak beri kad undangan kepada aku.

"Simpan dalam beg dulu. Sampai rumah nanti, baru bagi pada mama."

" Mama, ini ada surat cikgu bagi." kata anak aku yang darjah 1.

" Surat apa pula. "

" Surat minta sumbangan untuk derma kepada anak yatim. "

Erk?! Korang dapat agak tak apa yang aku tengah fikit pada masa tu.


Posted via Blogaway

Tiada ulasan