Jam di dashboard kereta menunjukkan pukul 7:00 pagi waktu Malaysia. Brek kereta ditekan perlahan-lahan ketika menghampiri persimpangan jalan. Aku menoleh kekanan untuk memastikan laluan 'clear' untuk kenderaan aku bergerak. Kelihatan tiga biji motosikal sedang bergerak sederhana laju. Aku toleh kekiri, UAI? 

" Eh, ustaz Azhar la. Cepat Yana, snap gambar untuk mama." password smartphone di tekan dan sepantas kilat ia bertukar tangan. Cermin kereta diturunkan bagi memudahkan proses snap gambar ditepi jalan. Diyana yang masih melayan sisa-sisa mengantuk, tersentak minda, cergas dengan arahan spontan mamanya. 

" Ma, this is the best snap yang dapat yana buat." Diyana menunjukkan hasil kerjanya. Mata aku masih liar memerhati kekanan dan kekiri. Nasib baik di belakang aku, tiada kenderaan. Jika tidak, dah lama aku di hadiahkan honnnnn. Hehehe...

Okay, ini sahaja hasil terbaik yang sempat anak aku snap. Rasanya kamera tidak sempat fokus, dia dah snap. 

Kuliah Maghrib di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang. Pada 26 Jun 2014 (Khamis), jam 8:00 malam. Nota yang berwarna kuning tu, tertulis, SILA BAWA SEJADAH BERSAMA. 

Selalunya, jika ada kuliah mahupun ceramah ustaz-ustaz popular ni, memang dibanjiri manusia kawasan tersebut. Bermanfaat pesanan dari pihak penganjur tu. Perkhidmatan Shuttle bas juga disediakan di tempat parking. So, tidaklah letih berjalan jika kereta anda di parking jauh dari kawasan masjid.

Sebarkan artikel ini dan terima kasih kerana sudi klik blog aku ye.




Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama