My Instagram

Sehari sebelum berpuasa..

Sehari sebelum berpuasa, rasanya seperti tak sempat dah nak telan semua makanan kegemaran. Hahaha...

Tak senonoh betul la sikap aku kan. Eh, korang pun apa kurangnya. Ada yang buat kenduri sempena nak sambut puasa, ada yang buat jalan-jalan makan-makan dan ada yang buat belasah makan sempena nak puasa. Kan. Hahaha..

Biasalah, sebagai manusia biasa, nafsu makan adalah perkara normal kepada manusia. Semua orang alami perkara yang sama.

Korang ada pengalaman manis tak, sempena nak sambut kedatangan bulan yang penuh barakah? Aku ada.

Aku masih ingat lagi. Di tempat kerja. Rutin harian aku, sebagai admin merangkap pembantu peribadi, pegawai sumber manusia dan tolong bancuh air teh atau coffee untuk bos, amat sibuk. Jika tiada perancangan teliti sebelum kerja dimulakan, korang akan bekerja dalam situasi tension tahap tinggi. Mana nak siapkan minuman untuk bos. Mana nak jawap call dari kementerian itu ini. Nak update data pekerja. Nak uruskan pengambilan pelajar pelatih jurusan senibina dan adakalanya kena follow up buat panggilan ke kementerian terlibat, tanya..bayaran untuk Arkitek xxxxxx  dah ready ke belum? Boleh berpeluh dahi bila bos tanya,

Eiza, dah follow up call tanya payment?

Eiza, dah cukup ke pratical student kita?

Eiza, dah siap ke update company profile?

Haa...korang nak jawap apa kalau semua yang bos tanya, tak siap? So, nasihat aku kepada yang baru nak terjun dalam bidang seperti aku, plan your work.

Dalam aku dok ke hulu ke hilir buat kerja aku, tiba-tiba aku terdengar ceramah tentang bab puasa. Best pula ceramah ustaz ni. Santai, kelakar dan penuh ilmu bab bulan puasa. Tertarik hati aku untuk terus dengar dari mula hingga habis ceramah tu.

"Siapa nama ustaz ni ? Best la ceramah dia."

"Ustaz kazim elias..." jawap staff 3D. Mulut menjawap. Mata fokus ke skrin komputer dan jari jemari ligat menari ke atas keyboard. Macam takde perasaan je. Pandang aku pun tidak. Busy la tu.

Aku kembali ke tempat aku. Memandangkan aku dah nak mula update company profile, aku search melalui You Tube nama ustaz kazim elias. Wow..banyak rupanya koleksi ceramah ustaz ni. Aku pun carilah tajuk yang ada kena mengena dengan bab Ramadhan. Terus tekan tajuk yang aku cari. Kecilkan view dan klik kerja utama aku. Sambil buat kerja, sambil dengar ceramah.

Itulah titik permulaan bagaimana akhirnya aku 'jatuh cinta' untuk ikuti ceramah ustaz hingga ke hari ini. Sekitar tahun 2009. Masa tu, UKE tak muncul lagi di kaca tv. Sekarang, siapa tak kenal UKE kan. Dah ada slot Kalau Dah Jodoh di tv dah.

Itulah pengalaman sebelum nak sambut puasa aku. Korang? Citelah kat aku diruang komen. Nak juga aku baca cerita korang.

Terima kasih sebab sudi baca blog aku. Selamat menyambut puasa buat semua yang beragama Islam. Kepada yang bukan Islam, berilah sokongan moral buat sahabat Islam korang ya.

Misi makan roti jala kari daging sebelum puasa. Eh?...hahaha...


Posted via Blogaway

3 ulasan:

  1. selamat berpuasa :)
    http://ailzab.blogspot.com

    BalasPadam
  2. ust kazim mmg best. :) salam ramadhan.

    BalasPadam
  3. Bazlia Amoza and Ayu Zan, selamat berpuasa juga untuk korang ye. busy gila akak, baru sekarang reply komen korang. hahaha....

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!