Blogger makan cadbury?

Aku bukan blogger yang dimaksudkan. Selepas kecoh mengenai penemuan dna babi pada sejenis dua coklat cadbury, aku telah wujudkan perangi coklat cadbury pada diri aku sendiri. Dan peperangan aku ini berterusan walaupun tiba-tiba pula coklat cadbury disahkan halal. Ikut suka koranglah, nak halalkan ke atau tidak. Bila bab sensitif ini telah sampai kepengetahuan aku, maaf lah. No more.

Bagi pendapat aku, pendapat aku ye, janganlah main-main dalam bab halal haram makanan ni. Jika benda tu ada unsur haram, letak je HARAM. Tulis, makanan ini mengandungi dna buaya, dna biawak dan dna beruang. Okay, konfem kami tak akan beli. Tetapi bila tidak diletak, malah diletak pula logo HALAL, tak ke ini sudah termasuk didalam kes penganiayaan. 

Dah la, malas dah aku nak membebel panjang lebar. Semoga kita semua, tidak berterusan dianiaya oleh mereka yang tidak bertanggungjawap.

Akhirkata, dna babi haram, arak haram, rokok haram, berjudi haram, pegang tangan bukan mahrah haram, riba haram, couple haram dan tidak menutup aurat secara islam pun haram. Kuatkan semangat untuk perangi semua perkara haram.

Terima kasih sebab sudi membaca nukilan kali ini. Sangat menghargai.


Posted via Blogaway

2 ulasan:

  1. rase cam no! no! no! no cadbury...

    BalasPadam
  2. ika Chenta, no.no..no..sambil jari telunjuk digerak manja..hehehe...

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!