Alahai perempuan..


Mana pergi maruah dirimu, apabila suami orang berkata.. 

" TAK NAK. JANGAN GANGGU AKU. AKU ADA ISTERI." 

Tetapi kau tetap dengan sikap TAK MALU lagi TAK FAHAM BAHASA, terus menerus menyimpan impian untuk bercinta dengan orang yang tak sudi.

Sedikit drama sebabak sebelum aku mula membebel. Sikap sesetengah wanita sekarang memang jenis tak ada iman. Jika ada iman tentu ada rasa malu. Bila ada rasa malu, dia akan malu untuk buat perkara yang akan memalukan dirinya.

Secara umumnya MALU ini mempunyai maksud atau makna yang sangat luas bergantung pada kita untuk meletakkannya pada tempat yang betul dan jangan tersalah letak.

Ringkasnya, apabila rasa MALU mula sedikit demi sedikit hilang dari seseorang, maka terbukalah pintu kemaksiatan dan fitnah bakal bermaharajalela. Sebab itu MALU penting untuk seseorang jaga dan pelihara.

Kita juga tahu dan faham akan iman manusia yang sentiasa naik dan turun tidak seperti malaikat maka itulah keistimewaan manusia melalui fitrahnya yang kita perlu jaga dengan sebahagiannya dengan perasaan MALU ini.

Dan juga sebaliknya jika asas MALU itu berada diatas secara automatik akan mengatasi dan menandingi segala kejahatan dan keburukan.

Sesungguhnya di antara sifat terpuji yang diseru oleh syara’ adalah sifat MALU. Rasa MALU itu akan membawa dan mengherat kita dan anak-anak kita menuju kebaikan sehingga kelak akan sampai di syurga. 

Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi saw. pernah bersabda:

“MALU itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.” 

(Shahih Muslim No.53)

Kerana MALU sebahagian dari IMAN, MALU dan IMAN adalah dua perkara yang memang tidak boleh dipisahkan buat selama-lamanya. Manusia yang tiada MALU ibarat hilang maruah diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!