Wujud tiga (3) golongan umat Islam, secara khusus dalam bab beriman kepada perkara-perkara ghaib (jin dan syaitan) ini:

1)Yang percaya dan beriman dengan kewujudan makhluk-makhluk ghaib sepertimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran dan hadis-hadis Nabi yang sahih.

2)Yang percaya dengan kewujudan makhluk-makhluk tersebut, tetapi tersesat kerana mereka menyembah dan menyerahkan diri mereka kepada kehendak-kehendak dan godaan syaitan sepertimana perbuatan golongan pengikut gerakan ‘Black Metal’, Kabbalah Yahudi, Freemason, Illuminati, dan sebagainya yang masih wujud hingga sekarang. Begitu juga dengan bomoh dan dukun yang kononnya membela jin dan hantu dan mampu memanggil atau menghalau hantu, tetapi mereka tidak sedar bahawa merekalah yang dibela oleh jin dan syaitan. Jadi siapakah yang membela dan siapakah yang dibela?

3)Yang langsung tidak percaya dengan kewujudan makhluk-makhluk ghaib. Mereka ini tergolong dalam kalangan orang Islam yang jahil atau separa jahil, atheist atau zindiq, dan mereka yang terlalu taksub dengan teori evolosi, komunisme, sains, dan bermacam-macam ideologi lagi. Bagi mereka, hanya sains dan teknologi sahaja yang mampu menerangkan semua fenomena alam dan menolak dalil-dalil spiritual dan berita-berita ghaib. Anehnya, ada juga orang-orang Islam yang jatuh dalam golongan ini.

Bukankah Allah telah berfirman di dalam Al-Quran:

“Inilah kitab yang tidak ada keraguan di dalamnya, petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. Dan mereka yang beriman dengan perkara ghaib…”
(QS. Al-Baqarah 2:2-3)

Dengan ayat yang tersebut, nyatalah kepada kita bahawa tidaklah seseorang itu patut digelar sebagai orang yang muttaqin (bertaqwa), melainkan mereka beriman dengan berita-berita ghaib, termasuklah kewujudan jin dan syaitan.

Dan bukankah terdapat banyak sekali ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan tentang sihir, gangguan dan godaan syaitan ke atas manusia? Bagaimana pula kisah Nabi Musa ‘alaihissalam dan ahli-ahli sihir Firaun? Bagaimana pula dengan kisah Nabi Sulaiman ‘alaihissalam yang menguasai kerajaan manusia, haiwan dan golongan jin? Bagaimana pula dengan kisah sahabat yang pernah meruqyah seseorang dengan surah Al-Fatihah? Dan adakah kita mahu menafikan bahawa Allah ‘azza wajalla telah menurunkan satu surah yang diberikan nama surah Al-Jin kerana intisari surah tersebut menceritakan kisah jin-jin yang beriman dan jin-jin yang kufur? Dengan ini, adakah kita mahu mengatakan bahawa cerita-cerita jin dan syaitan adalah cerita-cerita karut? Maka terbuktilah bahawa golongan yang tidak percaya kepada jin dan syaitan serta berita-berita ghaib yang lain adalah golongan yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.


Sumber : abuhumayd.wordpress.com

posted from Bloggeroid

1 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama