Selamat menyambut Ramadhan ye.. - Eiza GreenAppleKu

Selamat menyambut Ramadhan ye..

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

" Kenapa? " tanya Abah.

" Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? "

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

" Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah.. pandai, " sambung Abah memaki lagi

Selamat menyambut ketibaan bulan ramadhan~ semoga kita akan rajin pi masjid

- copypaste. terbaca post ini dan memang lawak. Tapi pengajarannya, jika dah lama tak datang ke masjid maka berazamlah untuk melazimi ke masjid mulai dari Ramadhan ini.

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.