Jangan bazirkan Ramadhan anda - Eiza GreenAppleKu

Jangan bazirkan Ramadhan anda

Tetapi kita bimbang...
Kita senang dunia tetapi fakir amalan.

Ramadhan tiba dalam keadaan kita sihat! Tetapi kesihatan itu tidak digunakan untuk beribadat kepada Allah swt. Kesihatan yang kita ada ini, kita masih menggunakannya untuk pergi ke sana ke sini, mundar mandir, berjalan ke sana ke sini. Pasar pagi pasar Ramadhan habis semua tempat kita pergi tetapi rumah-rumah Allah swt menjadi sakit lutut kita untuk sampai ke sana.. Ini menakutkan kita.

Allah swt beri/buka lorong seluas-luasnya dibulan Ramadhan. Kalau lebuhraya, lebuhraya empat line telah dibuka depan kita. Pecut nak pecut hingga had mana. Saman sudah tidak ada.

Tiba-tiba orang lain lari 140km/j ada yang pecut 160km/j, ada yang terbalik meter pun ada. Kita lari 60-70km/j tepi jalan.
Apa sebab orang tanya?
" Eh..dia kata plug dia terbakar, tayar tak betul, enjin tak lepas."
Ini menunjukkan bahawa disaat syaitan tidak ada, jangan kita tunjukkan..sayalah gantinya. Di saat syaitan dibelenggu, jangan kamu tunjuk..ini kalau nak kenal syaitan.

Allah swt buka lorong seluas-luasnya, orang lain berlumba-lumba ke masjid. Lima waktu solat di masjid, tadarus alQuran. Tiba-tiba kita dok tunggu tepi jalan, tunggu di tepi stesyen bas, main tudung botol lagi dibulan Ramadhan.

Inilah orang yang keretanya plugnya kotor, minyak silindernya hitam. Jadikanlah Ramadhan tahun ini, Ramadhan yang terbaik dari yang sebelumnya. InsyaAllah.

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.