Aurat sesama ipar



Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Awas, jangan sembarangan bersua dengan wanita!"

Seorang sahabat Ansar bertanya:
"Wahai Rasulullah, bagaimana dengan hamwu?"

Rasul menjawap: "Hamwu itu maut!"

Hamwu ialah adik-beradik pasangan dan sanak saudara lain selain ayah dan anak-anaknya. Ipar-duai tergolong dalam al-hamwu. Maka wanita perlu lebih berhati-hati menjaga diri dan aurat ketika berada dalam satu rumah. Fitnah bersama al-hamwu lebih besar dan merbahaya.

Hukum asal aurat antara wanita dan lelaki ajnabi ataupun mahram muaqqat adalah haram. Malangnya, kebanyakkan orang Islam bermudah-mudahan dengan hukum ini. 

Mahram muaqqat ialah golongan yang haram dikahwini buat sementara waktu. Jika bercerai suami isteri, maka halal bagi bekas suami menikahi adik perempuan atau kakak isteri dan begitu juga sebaliknya.


3 ulasan:

  1. terima kasih sharing. Saya hanya ada kakak ipar je buat masa ni =)

    BalasPadam
  2. Baby comel : sebarkan pada kawan-kawan ye.. :)

    BalasPadam
  3. susah jugakkan bila satu rumah dengan kakak atau abang ipar

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!