Khamis, 27 Jun 2013

Timun oh timun



Saya suka meratah timun mentah. Cecah sos thousand island pun sedap. Rupa-rupanya selain dari khasiat timun yang telah umun kita ketahui, ada banyak lagi khasiat timun, pemberian dari Allah untuk kesihatan kita. 

Antara khasiat timun adalah:


1. Amalkan memakan timun setiap hari bagi mengelakkan sembelit.

2. Jus timun amat baik untuk anda yang mengalami gastrik.

3. Seandainya anda campurkan jus timun dengan perahan lobak merah serta daun saderi boleh mengatasi masalah artritis, gout dan reumatik.

4. Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, amalkan memakan timun sama ada secara mentah ataupun yang telah dimasak. Jika minum jus timun setiap hari pun boleh menurunkan berat anda.

5. Timun juga mampu mengubati penyakit disentri (keluar darah semasa buang air besar).

6. Campuran perahan timun, jus lobak serta salad mujarab untuk mengubati kudis.

7. Bagi anda yang masih buntu dengan masalah jerawat, cuba parutkan timun dan campurkan dengan kuning telur. 

Kacau bahan tersebut hingga sebati. Kemudian, sapu pada seluruh muka anda. Biarkan selama 20 minit. Setelah itu, bilaslah dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali agar jerawat lekas kering. 

8. Ada tak yang sakit tekak atau hilang suara? 

Jika ada, ambil biji timun dan campurkan dengan sedikit garam. Berkumurlah dengan bahan tersebut beberapa kali sehari. 
Insha Allah....

Jom cari durian belanda



Khasiat Buah Durian Belanda yang kadang kala kita tidak ketahui..


1) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

2) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

3) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

4) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah durian belanda telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. 
Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

5) Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

6) Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan !

7) Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.


Rabu, 26 Jun 2013

Aku peduli apa!

"Sebelum ni saya pernah bekerja sebagai wartawan politik. Tapi lepas tu saya berhenti. Tak sanggup rasanya nak terus melaporkan B sedangkan yang berlaku sebenarnya A. Saya terfikir-fikir tentang halal dan haram rezeki saya."

Ringkas mukadimah pengenalan diri yang diberi oleh seorang peserta Bengkel Penulisan yang baru saya hadiri. MasyaAllah. Menitik airmata saya. Memang benarlah. Allah hanya memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki sahaja.

Saya tidak mahu mengulas tentang wartawan. Benar atau tidak laporan mereka. Halal atau haram rezeki mereka. Kita semua mungkin punya persepsi tersendiri dan mungkin ada yang terus berkata.. Aku peduli apa?

Fokus saya tentang hidayah Allah. Dia yang memberi ilham kepada hamba-Nya untuk berfikir dan bermuhasabah.

Tentang apa yang kita buat selama ini, betul atau tidak?
Tentang rezeki yang kita terima halal atau tidak?
Tentang tanggungjawab yang kita galas, berjaya atau tidak kita laksanakannya?

Adakah kita terpilih untuk menjadi seorang pemikir yang mula berhati-hati dan cuba memperbaiki diri dari masa ke semasa atau kita seorang yang dilupakan Allah hingga terus berkata.. Aku peduli apa?!!

Bercakap soal rezeki, saya terkenang seorang sahabat yang punya tempat hebat di sebuah bank terkemuka. Tersentak saya bila dikhabarkan bahawa dia akhirnya memilih untuk berhenti kerja dan menjadi 'petani' berjaya. Laman rumahnya yang sekangkang kera mula dipenuhi dengan tanaman hidroponik.. Itulah dunia barunya dan dia tampak tenang dan bahagia.

Kenapa berhenti?
Kan pangkat sudah besar dan gaji sudah tinggi?
Dia kata..
Fikirannya runsing memikirkan soal riba yang terpaksa diuruskan setiap hari.

Di mana keberkatan hidupnya kalau setiap hari Allah mengisytiharkan perang?
Mustahil dia boleh menang!! Allahu akbar! Terkedu saya.

Betapa ramai orang yang terus bergelumang dengan riba dan menimba rezeki dengan kerjaya sepertinya, namun Allah memilihnya untuk diselamatkan.
Rasa bersalah, rasa bimbang yang menyesakkan fikirannya menjadi asbab untuk dia keluar dari 'syurga dunia' dan bermujahadah mengejar syurga yang sebenarnya.
Indahnya hidayah Allah.

Lihat diri kita juga. Adakah kita juga terpilih untuk terus berhati-hati dalam setiap urusan yang kita hadapi atau kita seorang yang terus dan terus berkata.. Aku peduli apa?!!

"Dan Kami tutup mereka dari melihat (kebenaran). Sama sahaja bagi mereka, apakah kamu memberi peringatan atau kamu tidak memberi peringatan, mereka tidak akan beriman. Kamu hanya memberi peringatan kepada orang yang mahu mengikut peringatan yang takut kepada Tuan Yang Maha Pemurah walau dia tidak melihat-Nya. Maka berilah khabar gembira kepadanya dengan keampunan Allah. "
(Surah Yaasin. Ayat 11)


Bonda Nor



posted from Bloggeroid

Gaji dunia vs gaji akhirat

Sesetengah manusia Muslim kelihatan TIDAK KISAH jika angka ibadah atau PAHALA mereka yg menjadi SAHAM AKHIRAT berada pada tahap statik selama 20 tahun. Ikuti kisah ini:

Pada suatu hari Ustaz Zulkifli menegur jemaah suraunya agar cuba membaca al-Quran setiap hari sehingga khatam krn sbhgn besar jemaah HANYA MEMFOKUSKAN BACAAN YASIN SAHAJA PADA MALAM TERTENTU.

Zamri menjawab: " Apalah Ustaz! Yasin pun al-Quran juga, SEKURANG2NYA kami baca juga Yasin walau sekali seminggu!"

Ustaz Zulkifli: " Saya kenal awak sejak tahun 1993 lagi. Sudah 20 tahun, sejak dari dulu itulah juga alasan awak. Bagaimana kalau awak kerja selama 20 tahun TAPI GAJI TAK PERNAH NAIK? Mesti awak tak berpuas hati!"

Zamri lalu tersenyum tawar.

Utamakan gaji akhirat! Firman Allah:

وَابتَغِ فيما ءاتىٰكَ اللَّهُ الدّارَ الءاخِرَةَ ۖ وَلا تَنسَ نَصيبَكَ مِنَ الدُّنيا ۖ وَأَحسِن كَما أَحسَنَ اللَّهُ إِلَيكَ ۖ وَلا تَبغِ الفَسادَ فِى الأَرضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ المُفسِدينَ

Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan (al-Qasas[28:77]).

Juga firman Allah:

مَن كانَ يُريدُ حَرثَ الءاخِرَةِ نَزِد لَهُ فى حَرثِهِ ۖ وَمَن كانَ يُريدُ حَرثَ الدُّنيا نُؤتِهِ مِنها وَما لَهُ فِى الءاخِرَةِ مِن نَصيبٍ

Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak (al-Qasas[42:20]).


Ustaz Zahazan Mohamed.

posted from Bloggeroid

Selasa, 25 Jun 2013

Ramadhan is coming..

Ramadhan Is Coming.
Devils Is Running.
Muslim Is Preparing.
Hell Is Closing.
Heaven Is Opening.


posted from Bloggeroid

Sabtu, 22 Jun 2013

Inikah Cinta

Sedar tak sedar, hampir enam tahun novel ini berada didalam simpanan saya. Stefa Isle dan Hatimu Untuk Siapa berada di mini perpustakaan rumah mak saya di Pulau Pinang.

Hanya Inikah Cinta yang berhijrah tempat tinggal buat waktu ini. Kisah penglibatan orang Melayu dalam industri permotoran. Ia romantik, dramatik dan tragis. Berselang seli antara cinta, bisnes dan pendirian.


posted from Bloggeroid

Jumaat, 21 Jun 2013

Mudahnya berzikir..




Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Mudahnya berzikir menggunakan jari. Sambil sabar memandu di dalam kesesakkan lalulintas, sambil berzikir. Pahala dapat, hati pun tenang.

Insya Allah.
posted from Bloggeroid



Isnin, 17 Jun 2013

Pandanglah Kepada Diri. Diri Itu Yang Perlu Diperbaiki



Ketahuilah di dalam kehidupan ini, Allah berikan manusia satu perkara yang besar bernama IKHTIAR, pilihan, untuk manusia memilih sendiri antara yang buruk atau yang baik. Maka terletak di tangan kita untuk bergerak ke arah mana.

Dan setiap arah yang kita ambil, kita perlu sedar, ada konsikuensinya.


Ketidak mampuan kita bukan alasan. Allah juga tidak pernah bersalah dalam hal ini. Tetapi diri sendirilah yang perlu dipersalahkan.

Mengapa memilih jalan sedemikian? Mengapa tidak berusaha sehingga ke akhir hayat?

Mengapa tidak bergerak mendekati Allah dengan sepenuh kekuatan? Soalan-soalan ini perlu dilontarkan kepada dalam diri kita.


Perhatikan diri kita.

Yang bersalah hakikatnya adalah kita.

Kita yang memilih jalan kefasadan.

Dan siapa kata kita tidak boleh keluar?

Allah kah kata? Adakah kita mengetahui?

Hakikatnya, kita yang memilih untuk terus kekal dalam kerosakan.

Justeru, siapa yang memilih untuk keluar?



Kurma dan Ramadhan..

Salah satu tanda Ramadhan semakin hampir, bila kotak-kotak kurma mula memenuhi pasaraya dan kedai runcit yang berdekatan.

Hidupnya hanya 45 hari sahaja..


Lebah telah di tentukan umurnya pendek iaitu selama 45 hari. Walaupun lebah pendek umur, namun sumbangannya terhadap alam semesta tidak ternilai banyaknya. Bagaimana pula dengan kita? Apa sumbangan mahupun kebaikkan yang telah di sumbangkan sepanjang hayat ini?

Sedikit perkongsian tentang hebatnya lebah.

Bacaan surah An-Nahlu, ayat 68:




Ada 3 koloni dalam masyarakat lebah:

1. Diketua seorang Ratu yang hidup paling lama, iaitu antara 5-8 tahun. Ratu lebah hanya ada 1 pada satu-satu sarang. Ratu lebah mampu bertelur dengan banyak.

2. Ada ‘raja’ lebah yang kerjanya hanya mengawan dengan ratu lebah agar anak-anak lebah dapat dihasilkan. Umurnya hanya 60 hari.

3. Kumpulan ‘lebah pekerja’ dalam jumlah yang sangat banyak – 1 ribu ke 8 ribu, ada juga sehingga 200ribu. Umurnya lebih pendek iaitu 45 hari sahaja.

Walaupun Allah sebut sangat ringkas tentang lebah, tetapi banyak perkara yang kita boleh pelajari tentang lebah.


S: Adakah lebah mempunyai sistem dalam kehidupan?

J: Ya. Allah jadikan lebah hidup berperaturan dalam masyarakat. Lebah diketuai oleh seekor lebah sahaja. Seekor lebah mampu mengawal sehingga 200 ribu ekor lebah. 

Lebah pekerja menyokong sepenuhnya Ratu lebah dan melakukan banyak tugasan di dalam dan di luar sarangnya. Allah jadikan serangga – semuanya sentiasa bekerja. 

Lebah contohnya, pada hari pertama lagi telah bekerja membersihkan tempat lahirnya. Kemudian dia bekerja memberi makan anak-anak lebah yang kecil. Kemudian pada hari xx, lebah itu akan memberi makan kepada ratu. 

Pada hari ke-21, lebah itu akan berubah tugas sebagai pengawal pada sarangnya. Kemudian pada ari 10-15 hari yang terakhir, lebah akan keluar mencari bahan asas madu. 

Lebah juga mempunyai system untuk menghasilkan madu berkualiti – mereka tahu memilih jenis bunga yang sesuai.


S: Sila jelaskan sifat lebah yang berkaitan dengan manusia?

J: Antara yang manusia boleh amalkan ialah:

‘Perfectionist’ – lebah teliti dalam memilih jenis bunga. Untuk 5 ounce masuk, lebah terbang beratus-ratus km.

Lebah hidup secara sistematik.

Lebah hidup berpasukan dan taat pada pemerintahnya.

Lebah hidup produktif – sentiasa bekerja untuk menghasilkan sesuatu.

Oleh itu, kita sebagai manusia juga perlu membuat kebaikan di dunia ini.


Taqwa yang sebenar bermaksud..


Orang yang berjaya di sisi Allah ialah orang yang mendapat syurga di akhirat nanti. Oleh itu, kita jangan tertipu dengan mengejar kejayaan di dunia sahaja. Kerana ianya bersifat sementara. CGPA yang tinggi, pangkat, gelaran, kekayaan bukanlah kemuncak kejayaan, sebaliknya dapat masuk ke jannah itu barulah kejayaan yang sebenar.

Dalam mencari jalan ke syurga, Allah mengatakan bahawa orang yang paling mulia di sisi-Nya ialah orang yang paling bertaqwa. Menurut Abdullah ibnu Maas’ud r.a., taqwa yang sebenar bermaksud:

  • Taat jangan maksiat
  • Ingat jangan lupa
  • Syukur jangan kufur

Dengan taqwa, takkan ada pemberi rasuah, penjenayah, kacau-bilau dan seumpamanya. Oleh itu, jika taqwa dijadikan agenda setiap orang, insyaAllah negara ini akan aman.





Ahad, 16 Jun 2013

"Ulat dalam batu pun boleh hidup. Inikan pula kita."

Biasa terdengar ayat di ataskan. Menceritakan rezeki Allah ada dimana-mana. Telah ditentukan rezeki setiap makhluk yang diciptakanNYA.

Namun, jangan pula ada di antara kita malas untuk berusaha dan malas untuk bekerja berpandukan dialog di atas.

Hakikatnya, ulat dalam batu tidak perlu membayar tol. Ulat dalam batu tidak perlu mengisi petrol ke dalam kenderaan. Dan ulat dalam batu tidak memerlukan wang untuk membeli makanan, minuman dan menjelaskan bil utiliti.

Carilah pekerjaan yang halal. Berkat rezeki. Allah pun merahmati kehidupan. :-)

Mengapa mereka ini yang menjadi sahabat..

Bersahabat juga merupakan salah satu rezeki dari Allah. Hanya DIA mengetahui mengapa si dia, dia dan dia di takdirkan menjadi sahabat.

"A relationship with Allah is the most important relationship you can have. Trust him and everything will always turn out fine. InshaAllah."

Kepada siapa hendak diadukan segala permasaalah ini?

Many problems will be resolved quickly and smoothly when you take them to Allah in prayer, not to social networks or friends.

Sabtu, 15 Jun 2013

Ibu tunggal di usia muda. Jerih perih dan manisnya.


Ibu tunggal atau janda adalah gelaran yang mungkin menjadi 'taboo' buat sesetengah wanita. Namun hakikat sebenarnya samada kita sedar atau tidak, telah tertulis semua wanita akan memegang gelaran ini bila suami kembali rahmatullah.

Kematian tidak mengenal usia. Samada yang muda mahupun yang telah berumur, ianya menjadi rahsia Allah swt. Bila kita akan menempuh kematian, hanya Allah yang mengetahui.

Sarah, telah dua tahun menjadi ibu tunggal kepada lima orang anak. Di usia 32 tahun, Sarah terpaksa menjadi ibu dan juga ayah kepada tiga anak kandung dan dua orang anak buahnya. Telah tujuh tahun Sarah mengambil tanggungjawab menjaga Anis dan Aiman. Kemalangan jalanraya menyebabkan kedua sikecil ini yatim piatu.

"Sis, please jaga anak Harith. Harith dan Hanny terpaksa turun ke kl malam ni juga."

" Ye lah kak Sarah, salah Hanny juga. Hanny betul-betul terlupa tentang surat mahkamah tu. Bila abang Harith bersungut kata dia tak dapat lagi surat dari mahkamah, baru Hanny teringat surat tu. Tengok-tengok, tarikhnya adalah esok. Nak atau tidak, malam ini juga kami kena turun kl kak."

Itulah bicara terakhir Sarah dengan satu-satu saudara kandungnya Harith. Harith dan Hanny telah pergi selamanya pada malam itu juga.

Bersambung...


Khamis, 13 Jun 2013

Makanan 'tiruan'..

Adalah hasil proses genetik, hinggakan saiz buah-buahan melebihi ukuran normal, dan pertumbuhan haiwan ternakan pun dapat dipercepat, malah saiznya melebihi saiz normal.

Hasil yang banyak ini secara kasarnya menguntungkan manusia. Walau bagaimanapun, apabila manusia memakan sesuatu (biji-bijian, buah-buahan, haiwan ternakan) yang dihasilkan dengan menggunakan bahan sintesis/kimia, ia akan menimbulkan kesan sampingan yang besar di kemudian hari. Bahkan ia mampu menyebabkan tumbuhnya sel barah.

Jadi, di sebalik 'kemakmuran' ini tersirat perangkap yang mampu menjerat manusia, yakni apabila ia digunakan secara berlebihan.

Orang mukmin yang pada masa itu menolak Dajal, maka mereka terselamat dari makanan 'tiruan' itu. Jadi, dengan iman yang kukuh, Allah pasti melindungi kita.

Nota : Armagedon 2012, bencana akhir zaman.

Isnin, 10 Jun 2013

Wakilkan kepada Allah, Usah kepada diri sendiri

Bagaimana caranya untuk akrab dengan Allah?

Salah satunya adalah dengan bertawakal kepada-Nya. Tawakal berkait rapat dengan perkataan wakalah ertinya mewakilkan. Maka orang yang bertawakal ialah orang yang mewakilkan seluruh urusan hidupnya kepada Pencipta kehidupan dan kematian.

Kekuatan di sebalik tawakal tidak dapat dibayangkan. Kuasanya tiada sempadan. Berpegang dengannya bermakna kita mendapat pembelaan tanpa batas dan kehebatan tanpa had. Siapa yang dapat menandingi Allah Yang Maha Perkasa, Maha Kaya, Maha Mengetahui dan Maha segala-galanya?

Tawakal ialah soal keyakinan terhadap Allah; rasa tenteram dan damai dalam jiwa apabila berada dihadapan-Nya sekali gus menghilangkan keraguan dan sangka buruk terhadap-Nya.

Dalam Islam bertawakal kepada Allah adalah wajib. Kesan iman itu ialah tawakal.

Firman Allah:"Dan hanya kepada Allah kamu bertawakal, jika kamu benar-benar orang yang beriman." (Surah Ali 'Imran 3:122)

Sumber : Solusi

Sabtu, 8 Jun 2013

Fesyen Bertudung Gaya Islam..




"Bagi mereka yang berumur yang mahu menutup bahagian depan dada, fesyen ini amat sesuai" senyum bangga pemilik butik muslimah. 

Itu yang saya lihat di dalam satu rancangan xxxx. Boleh rosak minda jika tidak mengetahui ilmu memakai tudung. Gaya memakai tudung menurut fesyen ISLAM adalah WAJIB menutup bahagian depan dada tanpa mengira umur. 

Yang muda remaja mahupun orang lama, semuanya WAJIB mengikut fesyen bertudung seperti yang telah diperintahkanNYA. Lilitlah apa cara sekalipun asalkan bahagian depan dada tertutup kemas. 

Jom hijab. :-)


Selasa, 4 Jun 2013

Seloka Orang Bijaksana




Bergaul dengan orang kaya, akan bertambah kecintaan kepada harta.

Bergaul dengan orang miskin, akan bertambah sifat redha.

Bergaul dengan para penguasa, akan bertambah sifat takbur.

Bergaul dengan wanita (bukan mahram), akan bertambah syahwat.

Bergaul dengan budak-budak, akan cinta kepada mainan.

Bergaul dengan orang fasik, bertambah keberanian berbuat maksiat dan melambatkan taubat.

Bergaul dengan orang soleh, bertambah keseronokan untuk beramal.

Bergaul dengan ulama, bertambah ilmu dan semangat untuk mengamalkan agama.


Ahad, 2 Jun 2013

Menegur Kesalahan Orang..




Ada caranya kerana lumrah manusia tidak suka digesa, apa lagi dipaksa. Alpanya tidak boleh dikejutkan dengan kasar. Egonya tidak boleh diterjah dengan bersemuka. 

Manusia suka dipujuk, dibelai dan diajak kepada kebaikan dengan lunak dan kasih sayang. Biar dia tidak sedar betapa hati, fikiran dan emosinya diundang ke arah kebaikan menerusi pendekatan yang mudah, ceria malah menenangkan. 

Jangan ada tekanan, usah rasa dipersendakan. 


Angguk Geleng.


Aurat sesama ipar



Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Awas, jangan sembarangan bersua dengan wanita!"

Seorang sahabat Ansar bertanya:
"Wahai Rasulullah, bagaimana dengan hamwu?"

Rasul menjawap: "Hamwu itu maut!"

Hamwu ialah adik-beradik pasangan dan sanak saudara lain selain ayah dan anak-anaknya. Ipar-duai tergolong dalam al-hamwu. Maka wanita perlu lebih berhati-hati menjaga diri dan aurat ketika berada dalam satu rumah. Fitnah bersama al-hamwu lebih besar dan merbahaya.

Hukum asal aurat antara wanita dan lelaki ajnabi ataupun mahram muaqqat adalah haram. Malangnya, kebanyakkan orang Islam bermudah-mudahan dengan hukum ini. 

Mahram muaqqat ialah golongan yang haram dikahwini buat sementara waktu. Jika bercerai suami isteri, maka halal bagi bekas suami menikahi adik perempuan atau kakak isteri dan begitu juga sebaliknya.


NetKL Network

Catatan Popular