Jangan Terlalu Sedih Dengan Musibah




Sebenarnya kita tidak perlu terlalu sedih dengan musibah. Andainya ia musibah kematian, bukankah setiap orang hujungnya akan mati juga? Mengapa kita terlalu hendak menyesali pemergian seseorang yang kita kasihi itu? Apakah kita tidak sedar, kita juga akan menyusul pula. 

Kita hendaklah redha dan menerima hakikat bahawa setiap yang hidup itu akan mati. Kita berhak berasa sedih oleh sesuatu trageji tetapi hak ALLAH yang menentukan hal berkenaan juga perlu kita fahami. Apabila kita berasakan ujian kita itu terlalu berat, bandingkanlah dengan ujian orang lain yang lebih berat lagi. 

Bukalah lipatan sejarah, tragedi yang menimpa manusia sememangnya amat banyak dan dahsyat-dahsyat belaka. Bandingkanlah dengan apa yang kita hadapi, apa lagi apabila orang yang kita sayangi itu mati dengan meninggalkan tanda-tanda ia adalah kematian baik, misalnya dapat mengucap syahadah, berpeluh dahinya, pada hari Jumaat dan pada jalan ALLAH termasuklah lemas. 

Andai ia menimpa ahli keluarga kita dan kita masih dapat bertenang serta menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan TUHAN, ia dipanggil redha. Rasa redha ini membuahkan pahala kerana perasaan kesal yang tidak berkesudahan boleh menyebabkan lunturnya iman dan berdosa.



2 Ulasan

  1. sedih atas pemergian itu boleh atas kesedaran kita juga akan pergi satu hari nanti. tapi jangan terlalu meratapi sehinggakan seperti tidak redha dengan ketentuan Allah

    BalasPadam
  2. Renungi keindahan alam ciptaan tuhan -------> ohbulan-Duniaku

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!