Perkongsian dari status FB Ustaz Zamri Zainal Abidin dan perkongsian ini telah mendapat kebenaran daripada ustaz. 

Perhatikan dua dialog di bawah.

Dialog 1.

Ustaz : Ketika mengambil wudhu', anggota wudhu' hendaklah digosok untuk meratakan air, tidak cukup sekadar mencurahkan air sahaja. Jika air tidak merata ke seluruh anggota wudhu' maka wudhu'nya tidak sah.

Peserta : Ya Allah, selama ini saya tidak menggosok atau menyapu ke seluruh anggota wudhu', saya curah air sahaja. Yang lepas-lepas itu kira JAHIL lah Ustaz kan, dimaaflah kan?

Dialog 2.

Badariah : Balqis, maaf sebagai kawan lama izinkan saya cakap sikit. Kalau memakai tudung tetapi memakai baju mengikut bentuk tubuh badan masih belum menutup aurat. Ini seperti yang diperingatkan oleh Nabi s.a.w., "berpakaian tetapi seperti tidak berpakaian." 

Balqis : Amboi dah jadi Ustazah kamu sekarang Bad ya. Aku bukan JAHIL lah. Aku tahu hadith tu, cuma ini baju lama, badan dah naik, nak buat macam mana, takkanlah aku nak buang aje. Membazir pun perbuatan syaitan engkau tahu tak?

Fikir-fikirkanlah berapa jarak JAHIL dengan diri kita?


Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama