My Instagram

Tanpa ikatan sah..



Janganlah beralasan bahawa ‘terlalu cintakan’ pasangan ‘jahat’ yang belum halal bagimu , ‘terlalu sayangkan dia’ sehingga tidak mampu untuk berenggang dan putus darinya apabila dia mengajak melakukan maksiat terhadap Allah. 

Semua itu hanyalah nafsu, bukan cinta dan sayang yang suci, ia adalah ‘ibarat cinta dan sayang seorang penagih dadah kepada dadah’ sehingga sukar berpisah darinya. Memang sukar, namun perlukan azam kuat dan menempuh tembok syaitan dan nafsu yang besar.

Wahai wanita..antara tanda lelaki itu baik adalah dia TIDAK AKAN PERNAH MEMBICARAKAN SOAL SEKS ATAU YANG MENAIKKAN SYAHWAT denganmu sama ada melalui sms, telefon atau berdepan, SELAGIMANA DIA belum bernikah denganmu. 

Mana-mana lelaki yang membicarakannya atau meminta sebelum bernikah adalah lelaki jahat dan tidak layak dijadikan suami atau itulah bakal suami penzina, kecuali apabila mereka juga bertaubat.


1 ulasan:

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!