Agama sering menjadi alat penipuan dan kepentingan golongan yang pandai mengeksplotasikannya.

Sesetengah penceramah motivasi yang tidak mendalami agama juga demikian. Oleh kerana ceramah merupakan pendapatan utama ataupun besar bagi sesetengah pihak, maka mereka mencari jalan untuk memenuhi ‘market demand’. Apabila mereka melihat unsur agama mendapat sambutan, maka mereka pun memasukkan unsur agama dalam ceramah-ceramah mereka. Malangnya, mereka mula ‘merepek’ ataupun mengada-adakan atas nama agama apa yang tiada asas dari al-Quran dan al-Sunnah.

Contohnya, ada yang menyatakan kita sebelum tidur hendaklah memohon maaf kepada semua kenalan. Jika Islam mewajibkan hal yang seperti ini, tentulah sukar bagi para sahabat yang pada zaman mereka tiada sms, telefon, whatsapp ataupun apa sahaja teknologi seperti hari ini.

Islam menyuruh kita memohon maaf apabila kita melakukan kesalahan, bukan setiap kali hendak tidur. Pandangan motivasi seperti itu sekadar mengkayakan syarikat-syarikat telekomunikasi sahaja.


GreenAppleKu : Terima kasih kepada Dr.MAZA atau nama penuhnya Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin di atas perkongsian ilmu. Semakin kita mencari ilmu semakin terasa banyak lagi yang tidak kita ketahui.


Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama