Sayangkah kita kepada diri sendiri ?




Dan apa yang di katakan dengan menzalimi diri sendiri ? Jika dilihat dari perspektif Islam, ia merangkumi soal yang lebih luas dan mendalam.

Sekiranya seseorang melanggar hukum Allah dengan tidak melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya, ini bererti dia sudah menzalimi diri sendiri. Apabila hukum yang wajib tidak ditegakkan dan perkara haram dilaksanakan, maka orang yang melakukan sedemikian ialah orang yang zalim.

Misalnya, seseorang yang meninggalkan solat, tidak menutup aurat, mengamalkan riba, meminum arak, berzina dan perbuatan mungkar lain, ini bererti dia telah berlaku zalim terhadap dirinya sendiri. Ya, tanpa disedari kita telah termasuk dalam kalangan orang yang zalim.


1 ulasan:

  1. Salam..1st time singgah sini :)
    sayangi diri sendiri lebih dr segalanya.

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

DISCLAIMER

Ini adalah blog peribadi. Sebarang PRINT SCREEN adalah dilarang kecuali dengan kebenaran penulis.
Penulis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli, secara sengaja atau tidak sengaja. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah jika terdapat maklumat tambahan, bukti atau fakta yang lebih sahih.
TERIMA KASIH.