Menjadi manusia yang proaktif - Eiza GreenAppleKu

Menjadi manusia yang proaktif



Jangan fikir apa orang kata, tetapi fikirkan samada Allah suka ataupun tidak dengan perbuatan kita. Niat jadi proaktif. Hidup perlu ada tujuan. 

Jadikan diri kita orang yang sentiasa menukar suasana, bukan membiarkan suasana membentuk kita. Hentikan budaya menyalahkan, mengumpat, menyesal, mengeluh, merungut. Buang budaya itu. 

Orang reaktif banyak memikirkan masa yang lalu. Jadi, pilih untuk berfikir tentang hidup pada masa sekarang. Jadi proaktif.

Ingat tiga perkara.

1) Bilakah waktu paling penting? 
    Sekarang.

2) Siapakah orang paling penting? 
    Orang yang berada dihadapan/bersama kita.

3) Apakah amalan paling penting? 
    Buat baik.

Ingat, dunia dalaman, menentukan dunia luaran kita.

[Prof Muhaya - Reset Minda Orang Proaktif - IKIMfm - 16 Jan 2013]
GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.