Terima kasih kepada empunya gambar di atas. Kerja. Satu perkataan yang amat sinonim dengan kehidupan. Untuk hidup, kita perlu bekerja. Jika di tanya pada kanak-kanak, mereka pun tahu apa itu kerja. 

"Ayah kau pergi mana Mat. Hari minggu pun tak ada di rumah." tanya Haji Ismail pada Muhammad Danish Adam dalam nada kecewa setelah dilihatnya motosikal milik ayah Mat tidak ada di rumah. 

" Ayah pergi kerja Cik. Ayah kata nak kena kerja lebih masa sebab nak kumpul banyak duit. Tahun depan, abang Mat nak sambung belajar di universiti. " 

Petah anak kecil yang baru berumur enam tahun itu menjawap sambil tangannya masih ligat bermain patung 'optimus prime'. Hadiah dari ayahnya bulan lepas kerana Mat sudah pandai membaca.

" Ooooooooo"

Allah swt mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan. Sama ada yang halal lagi ikhlas dan begitu jugalah sebaliknya. Selagi kita menjaga segala suruhan dan larangan Allah dalam pekerjaan kita, selagi itulah Allah akan jaga kita. 

Teringat saya pada pesanan tuan Pahrol Mohd Juoi, 

Sekiranya kita jujur dengan diri sendiri, kita akan jujur dengan orang lain. 
Ingatlah, seorang yang menipu orang lain sebenarnya menipu dirinya sendiri!


1 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama