Tajuk di atas saya pernah terlihat dalam satu rancangan di televisyen. Tetapi sayangnya, saya terlupa apa nama rancangan yang telah saya tonton. Soal seorang peserta kepada pengacara rancangan tersebut..

" Bolehkah 'ringtone' selawat nabi atau yang ada ayat-ayat al-Quran di bawa masuk ke tandas? "

" Silentkan telefon bimbit sebelum masuk ke tandas."

" Tetapi, kadang-kadang terlupa hendak silent mahupun off telefon bimbit. "

" Tukar sahaja ke ringtone yang lain."

Membawa apa sahaja benda yang tertulis padanya ayat-ayat al-Qur’an mahupun zikrullah ke tandas hukumnya adalah makruh.

Termasuk juga dalam hal ini nama-nama yang dimuliakan seperti nama-nama Allah, para nabi dan malaikat-malaikatNya sebagaimana yang disebutkan dalam kitab Tuhfah al-Muhtaj.

Imam asy-Syirazi Rahimahullah berkata dalam kitabnya al-Muhadzdzab : “Jika ada seseorang ingin memasuki tandas dan bersama-samanya ada sesuatu yang terdapat padanya zikir-zikir Allah, maka baginya menjauhkan benda tersebut daripada dirinya (tidak membawanya masuk ke tandas), kerana telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu, bahwasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila hendak memasuki tandas,Baginda meletakkan cincin Baginda itu di luar, ini kerana di atascincin Baginda itu ada tertulis perkataan محمد رسول الله yang Baginda jadikan sebagai mohor atau cap Baginda dalam urusan surat menyurat.”

Imam an-Nawawi Rahimahullah ketika mengulas kata-katapengarang kitab al-Muhadzzab ini telah berkata : “Para ulama asy-Syafi‘eyyah telah bersepakat mengatakan bahawa adalah sunat dijauhkan sesuatu yang ada padanya zikir-zikir Allah ketika seseorang itu hendak masuk tandas dan tidaklah wajib ianya
dijauhkan daripada dirinya (membukanya).”

Imam an-Nawawi Rahimahullah seterusnya menambah: “Samaada benda yang tertulis padanya zikir-zikir Allah itu duit perak(dirham) atau emas (dinar) atau cincin atau lainnya, begitu jugajika ada bersama-samanya tangkal ataupun azimat, sunat dijauhkan benda-benda itu daripada dirinya ketika hendak memasuki tandas.”

Ini bertujuan bagi memuliakan ayat-ayat al-Qur’an yang terdapatpada alat-alat tersebut dan sebagai mencontohi perbuatan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang meletakkan cincin Baginda (di luar) apabila hendak masuk ke tandas kerana terdapat padanya ukiran perkataan Allah.

Sila share :)


Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama