IBUNDA'S DELIGHT

Isnin, 21 Januari 2013

Bicara jiwa panduan kesempurnaan iman.


GreenAppleKu : Buku baru dari Ustaz Mohd Kazim Elias. Semoga kita lebih memahami dengan tepat dan jelas huraian sesebuah hadis.

Huraian dan kupasan Al Hadis Rasululullah SAW mengikut konteks kehidupan masa kini.

Antara Kandungan menarik:

“Dari Abu Hurairah RA katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW: Tiap-tiap anggota daripada manusia sedekah atasnya pada tiap-tiap hari yang terbit padanya matahari. Engkau berlaku adil antara dua orang-yang berbalah-adalah menjadi sedekah, dan engkau menolong seorang lelaki-yang berangkat-naik ke atas binatangnya (kenderaannya) ataupun engkau menolong mengangkat baginya barang-barangnya ke atasnya adalah menjadi sedekah, dan pada tiap-tiap langkah yang engkau membuang bahaya dari jalan juga menjadi sedekah.”

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Huraian Hadis:

Pengajaran yang cuba disampaikan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis ini ialah perihal sedekah. Namun apabila diteliti betul-betul hadis ini lebih membicarakan tentang kejujuran seseorang itu melakukan sesuatu kebaikan tanpa mengharapkan balasan. Sedekah adalah datang dari perkataan shadakah yang membawa erti “memberi dengan sukarela”. Agama Islam menggalakkan umatnya bersedekah iaitu membantu orang lain dalam apa bentuk bantuan sekalipun. Namun bantuan tersebut perlulah dengan penuh kejujuran tanpa ada mengharapkan balasan ataupun pahala (walaupun akan diberi oleh Allah Yang Maha Mengetahui).

Apa sahaja kebajikan yang dilakukan oleh kita setiap hari merupakan sedekah, baik untuk diri sendiri atau untuk orang lain. Dari pagi kita bangun tidur dan mengucapkan zikir dan syukur juga merupakan sedekah, apabila melihat keindahan alam yang dicerahi matahari pagi dan mengucapkan syukur kepada Si Pencipta turut merupakan sedekah.

Setiap hari yang diberikan oleh Allah SWT untuk kita merupakan kurnianya yang amat besar kerana setiap hari kita akan terserempak dengan perkara yang membawa kepada kebajikan. Sebagai contoh alangkah tinggi akhlak seseorang Islam itu apabila mengutip sampah yang ada di depan matanya, mengutamakan yang tua dan cacat di tempat-tempat awam seperti di dalam bas dan tren, menolong sibuta melintas jalan, mengalihkan ranting kayu dari jalanraya, memberi laluan kepada orang lain ketika kesesakan lalulintas, memberikan ucapan terima kasih atau senyuman dan bermacam-macam lagi kebajikan yang berlaku di dalam satu hari.

Islam juga menyarankan kepada kita untuk sentiasa menolong orang lain yang difikirkan memerlukan bantuan. Setiap hari pasti kita pernah terserempak seperti golongan ini samada saudara terdekat kita, jiran, sahabat handai dan juga orang yang tidak kita kenali. Ramai di antara kita yang cuba lari dari berkongsi masalah dengan golongan ini atas alasan sibuk atau kita juga mempunyai masalah sendiri atau membiarkan mereka sendiri menanggung akibat dari perbuatan mereka itu. Sering kali kita terserempak dengan orang yang bergaduh dan tidak kita mahu mencampuri urusan mereka serta terus beredar meninggalkan mereka. 

Namun sikap sebegini tidak dianjurkan oleh Rasulullah SAW yang menyuruh kita mendamaikan pertelingkahan dengan adil dan saksama walhal perbuatan ini menurut baginda lagi merupakan satu sedekah. Alangkah ruginya kita atas ketakutan dan sikap mementingkan diri kita itu.

Begitu juga orang yang datang hendak meminjam wang dari kita. Memang Islam tidak menggalakkan kita meminta minta seperti di dalam hadis Rasulullah SAW.

Buku ini boleh didapatkan di Pusat Pendidikan Al Barakah di Kg Manjoi, Ipoh, laman web eshop albarakah.org/store, kuliah dan ceramah Ustaz kazim di serata tanahair dan buat peminat di Kuala Lumpur dan Lembah kelang, anda boleh dapatkannya & lain-lain produk keluaran Al Barakah di pengedar tungal kami:

Syarikat Mohd Farid
No 5441 Jalan J9 Fasa 6 Taman Melawati, KL
0123096952


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...