Khamis, 31 Januari 2013

Tips to handle negative people.



Tips to handle negative people. 

1. Don't take it personally whatever they say as they are actually suffering inside to come out with negative remarks. 

2. You are in control of your life with Allah help. When others start to make you down, you have the power to turn it around and pick yourself back up 

3. Praise them. If someone is negative chances they are even harder on themselves. Imagine how unhappy they are. Praise them and pray for them.



Prof Dr Muhaya


Ahad, 27 Januari 2013

Kebahagiaan dalam perpisahan




Yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik. Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila berlaku nanti, barulah kita tersedar, ya Allah mujur Kau takdirkan begitu.


klik untuk membaca cerpen di atas. 


Jumaat, 25 Januari 2013

Kasih Rasul Akhir Zaman


Cinta tidak semestinya bertemu. Cinta tidak semestinya bersama. Dimensi cinta ialah ukuran rasa, bukan oleh jarak yang jauh atau masa yang panjang dan pendek. Cinta merombak batasan masa, jarak dan ruang.

Inilah insan yang sewajarnya dicintai. Insan yang tidak akan lega tanpa dijanjikan keselamatan buat umatnya. Insan telah pergi menemui al- Rafiq al-A'la (Teman daerah tinggi iaitu Allah) tanpa mewariskan sebarang harta. Bahkan menurut ahli sejarah, ketika itu lampu di rumahnya sudah kehabisan minyak...

Itulah cinta Rasulullah. Itulah yang mesti ada dalam jiwa agar kita berpeluang bersama-samanya di dalam syurga. 

Rasulullah sentiasa "hidup" di hati insan yang mencintainya. 


Isnin, 21 Januari 2013

Bicara jiwa panduan kesempurnaan iman.


GreenAppleKu : Buku baru dari Ustaz Mohd Kazim Elias. Semoga kita lebih memahami dengan tepat dan jelas huraian sesebuah hadis.

Huraian dan kupasan Al Hadis Rasululullah SAW mengikut konteks kehidupan masa kini.

Antara Kandungan menarik:

“Dari Abu Hurairah RA katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW: Tiap-tiap anggota daripada manusia sedekah atasnya pada tiap-tiap hari yang terbit padanya matahari. Engkau berlaku adil antara dua orang-yang berbalah-adalah menjadi sedekah, dan engkau menolong seorang lelaki-yang berangkat-naik ke atas binatangnya (kenderaannya) ataupun engkau menolong mengangkat baginya barang-barangnya ke atasnya adalah menjadi sedekah, dan pada tiap-tiap langkah yang engkau membuang bahaya dari jalan juga menjadi sedekah.”

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Huraian Hadis:

Pengajaran yang cuba disampaikan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis ini ialah perihal sedekah. Namun apabila diteliti betul-betul hadis ini lebih membicarakan tentang kejujuran seseorang itu melakukan sesuatu kebaikan tanpa mengharapkan balasan. Sedekah adalah datang dari perkataan shadakah yang membawa erti “memberi dengan sukarela”. Agama Islam menggalakkan umatnya bersedekah iaitu membantu orang lain dalam apa bentuk bantuan sekalipun. Namun bantuan tersebut perlulah dengan penuh kejujuran tanpa ada mengharapkan balasan ataupun pahala (walaupun akan diberi oleh Allah Yang Maha Mengetahui).

Apa sahaja kebajikan yang dilakukan oleh kita setiap hari merupakan sedekah, baik untuk diri sendiri atau untuk orang lain. Dari pagi kita bangun tidur dan mengucapkan zikir dan syukur juga merupakan sedekah, apabila melihat keindahan alam yang dicerahi matahari pagi dan mengucapkan syukur kepada Si Pencipta turut merupakan sedekah.

Setiap hari yang diberikan oleh Allah SWT untuk kita merupakan kurnianya yang amat besar kerana setiap hari kita akan terserempak dengan perkara yang membawa kepada kebajikan. Sebagai contoh alangkah tinggi akhlak seseorang Islam itu apabila mengutip sampah yang ada di depan matanya, mengutamakan yang tua dan cacat di tempat-tempat awam seperti di dalam bas dan tren, menolong sibuta melintas jalan, mengalihkan ranting kayu dari jalanraya, memberi laluan kepada orang lain ketika kesesakan lalulintas, memberikan ucapan terima kasih atau senyuman dan bermacam-macam lagi kebajikan yang berlaku di dalam satu hari.

Islam juga menyarankan kepada kita untuk sentiasa menolong orang lain yang difikirkan memerlukan bantuan. Setiap hari pasti kita pernah terserempak seperti golongan ini samada saudara terdekat kita, jiran, sahabat handai dan juga orang yang tidak kita kenali. Ramai di antara kita yang cuba lari dari berkongsi masalah dengan golongan ini atas alasan sibuk atau kita juga mempunyai masalah sendiri atau membiarkan mereka sendiri menanggung akibat dari perbuatan mereka itu. Sering kali kita terserempak dengan orang yang bergaduh dan tidak kita mahu mencampuri urusan mereka serta terus beredar meninggalkan mereka. 

Namun sikap sebegini tidak dianjurkan oleh Rasulullah SAW yang menyuruh kita mendamaikan pertelingkahan dengan adil dan saksama walhal perbuatan ini menurut baginda lagi merupakan satu sedekah. Alangkah ruginya kita atas ketakutan dan sikap mementingkan diri kita itu.

Begitu juga orang yang datang hendak meminjam wang dari kita. Memang Islam tidak menggalakkan kita meminta minta seperti di dalam hadis Rasulullah SAW.

Buku ini boleh didapatkan di Pusat Pendidikan Al Barakah di Kg Manjoi, Ipoh, laman web eshop albarakah.org/store, kuliah dan ceramah Ustaz kazim di serata tanahair dan buat peminat di Kuala Lumpur dan Lembah kelang, anda boleh dapatkannya & lain-lain produk keluaran Al Barakah di pengedar tungal kami:

Syarikat Mohd Farid
No 5441 Jalan J9 Fasa 6 Taman Melawati, KL
0123096952


Jumaat, 18 Januari 2013

Nutri M Anti Hair Loss Regimen mungkin salah satu penyelesaian kepada masalah keguguran rambut anda.

Pernah mengalami masalah keguguran rambut?

Perasaan trauma setiap kali selepas menyikat rambut?
Telah mencuba pelbagai petua dan shampoo namun hasilnya tetap mengecewakan? Rambut tetap juga gugur. 

Dan akhirnya dengan rasa putus asa dan kecewa kita membiarkan sahaja masalah rambut gugur terhenti di situ. Namun jauh di sudut hati, masih tersimpan impian andailah masalah keguguran rambut ini dapat diselesaikan.

Itu 'kisah benar' yang saya alami ketika berhadapan dengan masalah keguguran rambut. Adakalanya terasa sebagai pengidap penyakit kanser melihat kepada banyaknya rambut yang gugur dan melekat pada sikat setiap kali selesai menyikat rambut. Jika 'vakum' karpet dalam bilik tidur, rasanya lebih banyak rambut gugur dari sampah yang melekat pada 'vakum'. 

Hinggalah, pada suatu hari, saya menerima friends request di FB dari 

Sharifah Norita Syed Abdullah
(klik untuk mengetahui siapakah wanita ini.)

Setelah 'dating' kali pertama bersama beliau (sayangnya saya terlupa bergambar dengannya dek kerana rasa teruja ingin berjumpa) akhirnya saya mengambil keputusan untuk mencuba produk shampoo keluaran dari usahawan wanita yang berjaya ini.

Hasilnya, sama seperti perkataan yang telah saya tebalkan di bawah. Syukur kepadaNya kerana akhirnya impian saya dimakbulkan. Shampoo ini sangat berkesan mengatasi masalah keguguran rambut yang saya alami. Haruman herbanya amat menenangkan fikiran. Kali pertama penggunaan, rambut ternyata lembut dan mudah di urus. Dan kesannya, dalam seminggu ternyata kurang rambut yang melekat pada sikat dan juga karpet dalam bilik tidur saya.

Kepada yang belum mencuba, mungkin produk ini sesuai untuk anda. Siapa tahu? Berikut artikel mengenai shampoo dan cara menggunakannya.

Nutri M Anti Hair Loss Regimen yang terdiri daripada gandingan syampu herba harian dan gel esen khas telah berjaya dihasilkan, khususnya buat mereka yang mempunyai masalah keguguran rambut , kebotakan pramatang atau kenipisan rambut yang ketara. Berikut adalah beberapa keistimewaan produk Shampoo Herba Penjagaan Rambut Gugur & Uban Nutri-M :-

Mampu merawat, mengelak dan seterusnya mengatasi masalah keguguran rambut , kebotakan pramatang dan kenipisan rambut yang membimbangkan dengan cepat dan berkesan.


Dihasilkan dengan rumusan 100% herba terpilih yang suci dan bersih seperti akar Ginseng, Chinese Knotweed, Touki Ekisu, Bunga Za'faran dan akar Halia yang kaya dengan mineral dan vitamin yang berupaya mengembalikan semula kekuatan dan keremajaan rambut serta merangsang pertumbuhan rambut baru dengan kadar paling optimum. 


Selain daripada mengurangkan keguguran rambut, ia juga terbukti mampu melambatkan proses pertumbuhan uban dan mengurangkan kelemumur. Gel esen pula berfungsi untuk mempercepatkan proses pertumbuhan rambut dan hanya perlu digunakan seminggu sekali sahaja .


Ramai yang telah mencuba produk ini dan mengakui bahawa rambut mereka ternyata lebih lembut dan mudah diurus selepas menggunakan Nutri M Anti Hair Loss Regimen buat kali pertama.


Kaedah yang ringkas, semudah rutin syampuan rambut seperti biasa dan ia boleh digunakan setiap hari atau setiap 2 hari untuk mendapatkan hasil yang terbaik, setanding hasil rawatan rambut professional.


Rawatan boleh dilakukan hanya di rumah dan dengan harga hanya RM39 sekotak (tidak termasuk kos penghantaran bagi pembelian secara online), ia ternyata mampu dimiliki dan memberikan anda penjimatan yang hebat jika dibandingkan dengan kos yang dikeluarkan untuk rawatan di salun!


Produk ini telah kami uji sendiri keberkesanannya terlebih sebelum membuat keputusan memasarkannya. Nutri M Anti Hair Loss Regimen telah mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan bahan-bahan yang terdapat di dalam produk ini pula telah diluluskan oleh Biro Farmasi Kebangsaan serta disahkan bebas kimia oleh Jabatan Kimia negara. Ia juga telah dianugerahkan Sijil Halal oleh Islamic Food Research Centre (Malaysia & Asia Region) dengan sekaligus mengesahkan kandungan produk yang halal serta bersih sifatnya dan boleh digunakan tanpa ragu-ragu, insyaAllah.

Setiap kotak Nutri M Anti Hair Loss mengandungi:-
1 unit syampu herba berkondisioner 200ml
1 unit tiub gel esen 30g - Untuk Menguatkan Akar Rambut dan melebatkan Rambut.

Informasi-informasi penting yang lain seperti tatacara penggunaan, senarai ramuan syampu, dan lain-lain juga dicetak di bahagian kotak, botol syampu dan gel esen untuk rujukan anda.

Harga Jualan Runcit :- 
RM39 (Semenanjung, Sabah & Sarawak)



Nantikan artikel dari saya mengenai produk Nutri-M Shampoo Syampu Anti-Uban.



Jumaat, 11 Januari 2013

Wanita yang tidak menutup aurat itu dipenuhi fitnah?



Benarkah wanita yang tidak menutup aurat itu dipenuhi fitnah? Dan apa yang dikatakan fitnah untuk mereka? 

Perkongsian artikel dari FB CahayaIslam.net , ada jawabnya. 

Wanita yang tidak menutup aurat itu dipenuhi fitnah.

Jika tidak cantik, orang akan kata "Rupa tak cantik, pakaian pula tak senonoh".

Jika cantik, orang akan kata "Fuh, kalau dapat mesti sedap ni. Tak keluar rumah pun tak apa".

Jika gemuk, orang akan kata "Dah la gemuk, pakai pula ketat-ketat, dedah-dedah, buruknya".

Jika kurus, orang akan kata "Kesian, kurus kering. Ada hati nak tayang body".

Pandangan yang dilontarkan oleh orang ramai pada mereka 'buruk' layanan juga 'teruk'. Diejek, diusik, diganggu dan dijadikan bahan melepaskan nafsu mata dan syahwat.

Oleh kerana Islam sayangkan kaum wanita, maka dianjurkan pakaian khas menurut syariat. Demi keselamatan wanita, di dunia dan akhirat.



GreenAppleKu : Jom hijrah cara berpakaian wahai muslimah yang disayangi. Jika dahulu suka memakai yang ketat-ketat dan dedah-dedah, hijrah kepada berpakaian yang longgar lagi menutup tubuh.
InsyaAllah, kulit pun selamat dari terkena panahan sinaran matahari yang amat terik. 



Rabu, 9 Januari 2013

Apabila Dahi Tidak Mencecah Sejadah



Bersihkanlah Dirimu Sebelum Kamu Dimandikan
Berwudhu'lah Kamu Sebelum Kamu Diwudhu'kan
Dan Solatlah Kamu Sebelum Kamu Disolatkan

Tutuplah Auratmu Sebelum Auratmu Ditutupkan
Dengan Kain Kafan Yang Serba Putih
Pada Waktu Itu Tidak Guna Lagi Bersedih
Walaupun Orang Yang Hadir Itu Merintih

Selepas Itu Kamu Akan Diletak Di Atas Lantai
Lalu Dilaksanakanlah Solat Jenazah
Dengan Empat Kali Takbir Dan Satu Salam
Berserta FatihahSelawat Dan Doa
Sebagai Memenuhi Tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi Apakah Empat Kali Takbir Itu Dapat Menebus
Segala Dosa Meninggalkan Solat Sepanjang Hidup?

Apakah Solat Jenazah Yang Tanpa Rukuk Dan Sujud
Dapat Membayar Hutang Rukuk Dan Sujudmu Yang Telah Luput?
Sungguh Tertipulah Dirimu Jika Beranggapan Demikian
Justeru Kumenyeru Sekelian Muslimin Dan Muslimat
Usunglah Dirimu Ke Tikar Solat
Sebelum Kamu Diusung Ke Liang Lahad
Menjadi Makanan Cacing Dan Makanan Ulat

Iringilah Dirimu Ke Masjid
Sebelum Kamu Diiringi Ke Pusara

Tangisilah Dosa-Dosamu Di Dunia
Kerana Tangisan Tidak Berguna Di Alam Baqa'

Sucikanlah Dirimu Sebelum Kamu Disucikan
Sedarlah Kamu Sebelum Kamu Disedarkan
Dengan Panggilan 'Izrail Yang Menakutkan

Berimanlah Kamu Sebelum Kamu Ditalkinkan
Kerana Ianya Berguna Untuk Yang Tinggal
Bukan Yang Pergi

Beristighfarlah Kamu Sebelum Kamu Diistighfarkan
Namun Ketika Itu Istighfar Tidak Menyelamatkan
Ingatlah Di Mana Saja Kamu Berada
Kamu Tetap Memijak Bumi Tuhan
Dan Dibumbungi Dengan Langit Tuhan
Serta Menikmati Rezeki Tuhan

Justeru Bila Dia Menyeru, Sambutlah Seruan-Nya
Sebelum Dia Memanggilmu Buat Kali Yang Terakhirnya
Ingatlah Kamu Dahulu Hanya Setitis Air Yang
Tidak Bererti

Lalu Menjadi Segumpal Darah
Lalu Menjadi Seketul Daging
Lalu Daging Itu Membaluti Tulang
Lalu Jadilah Kamu Insan Yang Mempunyai Erti
Ingatlah Asal Usulmu Yang Tidak Bernilai Itu
Yang Kalau Jatuh Ke Tanah
Ayam Tak Patok Itik Tak Sudu
Tapi Allah Mengangkatmu Ke Suatu Mercu
Yang Lebih Agung Dari Malaikat

Lahirmu Bukan Untuk Dunia
Tapi Gunakanlah Ia Buat Melayar Bahtera Akhirat

Sambutlah Seruan 'Hayya 'Alas Solaah'
Dengan Penuh Rela Dan Bersedia
Sambutlah Seruan 'Hayya 'Alal Falaah'
Jalan Kemenangan Akhirat Dan Dunia

Ingatlah Yang Kekal Ialah Amal
Menjadi Bekal Sepanjang Jalan
Menjadi Teman Di Perjalanan
Guna Kembali Ke Pangkuan Tuhan
Pada Hari Itu Tiada Berguna

Harta, Takhta Dan Putera
Isteri, Kad Kredit Dan Kereta
Kondominium, Saham Dan Niaga
Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah Di Dunia.







NetKL Network

Catatan Popular