Sabtu, 31 Mac 2012

A PAGE OF QURAN A DAY KEEPS THE 'SYAITAN' AWAY






























GreenAppleKu


An apple a day keeps the doctor away, A PAGE OF QURAN A DAY KEEPS THE 'SYAITAN' AWAY. 

Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :

“Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li ‘Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”.

( Hadith Riwayat Muslim )



Jumaat, 30 Mac 2012

JANGAN PELIK DAN SEDIH JIKA DITINGGALKAN....




JANGAN PELIK dan SEDIH jika pasanganmu MENINGGALKANMU demi ORANG BARU, kerana dia sendiripun SANGGUP MENINGGALKAN TUHANNYA demi kamu dahulu..

Betapa banyak pun lafaz cintanya di bibir, akhirnya HANCUR BINASA angkara MUNGKIR..jika kamu di hatinya kini telah jauh terpinggir, namun Tuhannya terdahulu lagi telah lama TERSINGKIR..

KEGEMBIRAANNYA kini dengan orang baru hanya TENGGELAM DALAM ALPA, sedang KESEDIHANMU kini kerana Tuhan mahu MENYEDARKAN KAMU DARI ALPA..

Nota : BERSYUKURLAH..



Khamis, 29 Mac 2012

JANGAN MENGHINA DAN MENGEJI ORANG YANG KURANG BAIK DARI KITA KERANA....




HIDAYAH ialah orang yang mendapat PETUNJUK daripada Allah daripada seorang KUFUR menjadi seorang yang BERIMAN dan TAAT pada perintah Allah..maka, jangan mudah menghina dan mengkeji kepada orang yang KURANG BAIK daripada kita, jangan mudah memandang rendah kepada orang yang KURANG BERILMU daripada kita kerana apabila Allah memberi CAHAYA HIDAYAH, dia boleh menjadi LEBIH BAIK dan LEBIH BERILMU daripada kita..

(Contoh : Saidina Umar Al Khattab)

Nota : ORANG BAIK belum tentu KEKAL akan KEBAIKANNYA..dan ORANG JAHAT belum tentu KEKAL akan KEJAHATANNYA..

Teringat penulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi, katanya...

“Perubahan luaran gambaran perubahan hati. Yang tidak menutup aurat… akhirnya perlahan-lahan meningkat untuk menutup aurat kerana hatinya beransur jadi baik. Sebaliknya, yang menutup aurat… secara beransur-ansur akan mendedahkan auratnya jika kualiti hatinya semakin merosot.”


Rabu, 28 Mac 2012

MENUNGGU HIDAYAH JATUH KE RIBA ?


Bila bercakap SOAL JODOH, ramai yang memilih untuk BERUSAHA KERAS mencari walaupun SEDAR hakikat jodoh telah ditentukan..tetapi bila bercakap SOAL HIDAYAH, ramai pula MEMILIH untuk MENUNGGU biarpun sedar HIDAYAH itu PERLU DICARI..bukannya tunggu jatuh ke riba.

Nota : Apabila BERBUAT JAHAT dan MENGAKU belum mendapat hidayah Allah padahal diri sendiri yang MENUTUP MATA dan HATINYA ketika hidayah Allah itu datang. 

Ingatlah sahabat, HIDAYAH itu seperti CAHAYA, ia tidak akan menyapa mereka yang masih MENUTUP RAPAT jendela hatinya.


Selasa, 27 Mac 2012

BAWALAH KEBANGGAAN SAMPAI MATI ?



Bawalah kebanggaan sampai mati?

p/s: Bacalah kalo mata nampak.

Jangan jadi penasaran sangatlah. Kubur ini tidak tertera nama siapa-siapa. Bukan dedah aib siapa-siapa. Kubur macam ini jugalah bakal kita diami. 

Share dari facebook Syabab Musafir Kasih.


GreenAppleKu : Bawa bertaubat sebelum terlambat.  


Jika DITANYA JUJUR kepada mana-mana lelaki tentang CIRI-CIRI CALON ISTERI, pasti mereka mahukan yang SOLEHAH..SEBABNYA? 

Untuk menjadi IBU YANG BAIK, yang boleh MENDIDIK ANAK-ANAK menjadi soleh/solehah..tetapi ketika itu, yang 'dikepitnya' adalah AWEK TIDAK BERTUDUNG, TIDAK MENUTUP AURAT, TIDAK MENJAGA MARUAH dan RELA DIUSUNG ke sana sini..

Seolahnya, si lelaki sedang menyampaikan MESEJ kepada aweknya, bahawa engkau bukanlah calon isteri yang aku idam-idamkan..sampai masanya, aku tetap cari yang MOLEK AGAMANYA..tapi apakan daya, ramai awek yang masih TIDAK FAHAM-FAHAM..

MARTABATMU mulia wahai wanita, jangan diletak di tempat yang HINA.



Isnin, 26 Mac 2012

DAH BERSEDIAKAH UNTUK BERTUNANG



Dalam hidup ni memang dugaan dia banyak. Temptation is everywhere tapi yang membezakan kita ni bagus ke tak dengan kebanyakan manusia keji yang lain adalah bagaimana kita mengawal diri kita. 

Tak perlu orang sekeliling nilai kita macam mana, sendiri buat sendiri tahu. 

Bila dah ada perancangan nak mendirikan rumah tangga, elok sangatlah kita duduk diam, pandang cermin, hadap muka kita dan tanya balik adakah kita ni dah cukup bersedia untuk semua tanggungjawab tu? Sesuai ke tak perangai dan perbuatan kita dengan status dan tanggungjawab yang akan kita pikul tak lama lagi?

Aku tulis ni sebagai peringatan kepada diri aku dan pembaca. Kalau dah bertunang tu, eloklah tukar terus cara fikir dan mindset tu macam orang dah kahwin. Benda ni bukan mainan budak-budak. Kalau dah bertunang pun perangai tak betul, memang nampak sangat tak wajar untuk meneruskan dengan perkahwinan tu nanti. Elok lupakan aje daripada kita rosakkan hidup orang lain.

GreenAppleKu : Artikel dari ariffshah. Boleh klik link untuk baca keseluruhan luahan seorang jejaka tentang bab bertunang ni. 

Pandangan saya, bertunang adalah proses mencari kesesuaian. Kalau agak-agak tidak sesuai, putuskan pertunangan. Baru bertunang dah berani curang, dah berani penampar, dah berani pukul dan terajang. Bertunang tidak semestinya berkahwin. 

Empat perkara ini perlu ada dan perlu di semak sebagai panduan untuk bertunang. Dan akhirnya jangan lupa memohon pada Allahswt dan mendapatkan restu ibubapa.

1. Beragama 2. Berakal 3. Baik perangai 4. Bijaksana


Sabtu, 24 Mac 2012

JANGAN MENGHARAPKAN UCAPAN TERIMA KASIH ATAU BALASAN MANUSIA.



Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. 

Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada di antara hukama berkata, “sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!”. 

Firman Allah:
“Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih.” (Al Insan: 9)


GreenAppleKu : Hati akan menjadi lebih tenang jika setiap perkara yang kita lakukan, di niatkan kerana Allahswt. 

Bukan kerana hendak mendapatkan perhatian bos ker, kekasih ker, rakan sepejabat ker, suami ker, isteri ker dan lain-lain sebab. Apabila segala usaha kita tidak mendapat pujian seperti yang kita harapkan, rasa terkilan, rasa kecil hati, rasa marah dan pelbagai lagi rasa negatif akan hadir.

Bagaimana untuk menghilangkan semua rasa negatif tersebut? 

Niatlah, " Aku lakukan perkara ini hanya kerana Allahswt. "


Jumaat, 23 Mac 2012

TAK CANTIKKAH SEORANG WANITA YANG TIADA BAJU BERJENAMA DAN SOLEKAN DIWAJAH ?


Tak cantikkah seorang wanita yang tiada baju berjenama dan solekan diwajah namun kaya dengan ilmu, santun, adab dan akhlak?

Cukuplah kita berkiblatkan barat untuk menilai 'cantik' cukuplah menggunakan J.Lo dan Angelina Jolie sebagai 'rujukan' kita. Cukuplah kita tiru mata, solekan, pakaian, rambut mereka. 

Yakinlah dengan mengatakan Allah menciptakan saya sebagai insan cukup sempurna. Rujuk Quran surah Tin "Sesungguhnya manusia diciptakan sebaik-baik kejadian". 

Tak usah rasa rendah diri kalau kita tidak seperti apa yang majalah atau barat 'kata' sebagai cantik. Yakinlah dalam diri yang lebih penting ialah apabila kita cantik dengan adab, akhlak, islam, iman dan ihsan. Sesungguhnya saya juga sedang membina keyakinan ini dalam diri saya dan anak-anak. Cantik BUKAN fizikal semata.

Hiduplah dengan nama Allah Al-Jamil. Namun cantik dalam erti yang sebenar. Cantik dalam sabar dan memberi maaf itulah akhlak yang cantik. Cantik kerana mengucapkan yang benar, kerana hati penuh keikhlasan mencari kebenaran, cantik kerana ketaatan kita kepada Allah. 



GreenAppleKu : Bawa bersyukur kepadaNya kerana kekadang kita lupa yang kita telah diciptakan sebaik-baik kejadian. Astaghfirullah.


Khamis, 22 Mac 2012

AKU BELAJAR JATUH CINTA DARI DICINTAI..







Aku BELAJAR jatuh cinta, belajar jatuh cinta dengan DIRI SENDIRI..dahulu aku sering membenci diri MELIHAT cermin, sehingga aku tidak sedar ada cermin di dalam HATI..pantulan cermin hatiku kepada Penciptaku..aku belajar jatuh cinta lagi, kepada perkara yang aku TIDAK SUKA..rupanya itulah yang aku akan jatuh cinta, perkara yang membawaku LEBIH DEKAT dengan Penciptaku..

Dan apabila jatuh cinta pada seorang INSAN, saat yang tidak dapat ku elakkan..dari KEJAUHAN, di hadapannya..aku MALU UNTUK MENDEKATI, aku MALU UNTUK MEMANDANG..tetapi di hadapan PENCIPTAKU, aku terang-terangan MEMINTA DIRINYA..kerana mengingatinya membawa INGATANKU pada Penciptaku, mungkin aku harus belajar jatuh cinta lagi..♥♥

p/s : Cintaku menakjubkan, ia tahu bagaimana cara MEMBERI tanpa meminta balasan, aku belajar jatuh cinta dari dicintai..kamu tahu MENGAPA? kerana Allah memang BAIK, menciptakan CINTA untuk kita..:)



Rabu, 21 Mac 2012

MELEPASKAN RINDU



Melepaskan rindu, pada sebuah doa.

Bukan twitter jadi medan,
Bukan facebook jadi tatapan,
Bukan taman jadi tempat pertemuan,
Hanya pada Tuhan keluhan hati dikhabarkan.




Selasa, 20 Mac 2012

I SET YOU FREE...



I set you free. 

Because Allah ask me to do so.

You are not HALAL for me. And I am not sure that you are really the one for me.

Just pray. If we really meant to be together, it will be. 

InsyaAllah...




Isnin, 19 Mac 2012

CINTA YANG DICIPTA-NYA..



























Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya.


GreenAppleKu : Terang lagi bersuluh. Jangan ada yang membelakangkan-Nya bila diri diuji dengan ujian CINTA. 




Sabtu, 17 Mac 2012

SESUATU...



Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

Imam Ali bin Abi Talib berpesan:

“Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta”.

Kemudian Ibnu Munkadir berkata:

“Bagiku nikmat dunia ini hanya ada pada tiga perkara, qiamullail, silaturrahim dan solat berjemaah”.

Wahai insan yang beriman, renungkanlah dirimu agar kamu mengetahui hakikat dirimu sendiri, dengan demikian kamu akan mengenali Pencipta Yang Maha Agung. Berilah penawar dalam jiwa agar ia tetap suci dan tunduk pada Ilahi.

Engkau disebut sebagai manusia bukan kerana tubuh dan jasadmu tetapi akal dan jiwamu. Akal mempertahankan barang yang pahit tapi manis akibatnya, nafsu mempertahankan barang yang manis tapi pahit akibatnya.

Musuh yang paling dekat ialah kebodohanmu. Singkirkannya sebagai menyikirkan bahaya daripada musuh-musuhmu. Belajar tanpa berfikir tidak ada gunanya, berfikir tanpa belajar adalah berbahaya. 



Isnin, 12 Mac 2012

DUNIA LUAR MEMANG 'TAK SELAMAT' UNTUK ORANG IMAN LEMAH..



Ya Allah, jangan la Engkau palingkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami..

Kuat kan hati kami agar terus istiqamah.



Ahad, 11 Mac 2012

SO I WON'T GET LOST..



"Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku"

(sahih Muslim)
 


Jumaat, 9 Mac 2012

ANDAI IMPIAN TIDAK SEINDAH REALITI..



Tajuk artikel dah seperti tajuk novel la pula. Herm... Sering terjadi dalam hidup ini, adakalanya kita selalu mengimpikan 'a' namun 'b' yang kita dapat. Andaikan seperti membeli sehelai baju. Kita dah jatuh hati dengan satu design sehelai baju. Belek pada harga, berpatutan. Kita pun minta pembantu jualan mencari saiz untuk kita namun.. 

" Cik, maaf yer..saiz untuk cik dah 'sold out', ni jer yang tinggal. " 

Dengan hati yang 'frust' kita mengucapkan terima kasih dan melangkah pergi.

Hinggalah pada suatu hari, kita menerima satu bungkusan hadiah dari (......) (anda isikan sendiri dari siapa yer. ) :-)  Dengan rakusnya kertas pembalut hadiah di koyak dan kotak di buka, wow.. jaket berhud hitam! Nice..


Moral of the story..

Pujuklah hati apabila sesuatu yang berbeza dengan kehendak kita berlaku dalam hidup ini. Setiap yang Allah takdirkan pasti ada hikmah dan kebaikannya. 

Mungkin kita inginkan kesenangan, tapi Allah anugerahkan kesabaran. Kita inginkan keindahan, tetapi Allah kurniakan kebenaran. 

Bukankah kesabaran dan kebenaran itu lebih berharga daripada keindahan dan kesenangan?


Khamis, 8 Mac 2012

BILA KITA MERASA TIDAK MENGAPA...


Kita sedang membuka KEAIBAN sahabat kita, bagi kita tidak mengapa..sedangkan itu AMARAN ALLAH..

Kita sedang MEMFITNAH seorang hamba Allah, bagi kita tiada siapa yang mengetahui kebenarannya..sedangkan kita tidak peka bahawa kita dalam PEMERHATIAN ALLAH..

Kita sedang melepaskan TANGGUNGJAWAB kita terhadap orang lain, bagi kita tidak kisah, kita ada kuasa..tapi kita tidak sedar, jalan yang sedang kita tuju adalah jalan menuju AZAB ALLAH..

NOTA : Pergunakanlah LISAN dengan sebaik-baiknya..jangan sampai ada HATI-HATI INSAN yang terluka oleh UCAPAN kita, jangan sampai ada hati yang menderita akibat PERKATAAN kita.


Rabu, 7 Mac 2012

NAK BAHAGIA ?

Karya kreatif Zack Zukhairi http://zackzukhairi.blogspot.com










'Kunci BAHAGIA...

LUPA 2 PERKARA dan INGAT 2 PERKARA...

Lupa segala KEBURUKAN orang pada kita..Lupa KEBAIKAN kita pada orang.....

Ingat segala KEBURUKAN kita pada orang.. Ingat KEBAIKAN orang pada kita....'


GreenAppleKu : Sweet, moga mereka bahagia. :-)







Selasa, 6 Mac 2012

SINGLE ITU INDAH ?



Ubat Sepi Yang Beracun

Anda sentiasa sangka ianya adalah ubat, tapi sebenarnya adalah racun yang membunuh dalam diam. Ubat sepi yang salah, antaranya:-

1. Bila sepi, kita cari kawan bukan sejantina untuk bersembang, keluar jalan-jalan. Kenapa tidak jadikan dia pasangan hidup terus? Dia halal dinikahi. Kenapa hanya untuk bersembang? Orang yang kita sembang tu ada perasaan juga bila kita sangat baik dengan dia. Dia juga boleh jatuh hati dengan kita tanpa kita sedari.
Bukan tidak boleh, tapi jangan berlebihan.

2. Bila sepi, kita sibukkan diri di laman sosial. Di twitter, di facebook dan lain-lain. Sangka kita, rasa itu akan hilang. Tapi secara tak langsung, banyak pula yang mengganggu fokus kita sebab di laman sosial majoriti bercerita tentang hati dan perasaan. Natijahnya, hati tidak tenang, jiwa lebih serabut. Sepi tak hilang pun.

Bersyukurlah kerana hidup berseorangan merupakan persediaan di kala masih lapang, hidup bujang adalah ujian (imtihan). Justeru, perbaikilah diri mantapkan iman, jangan kau jadi pemuda-pemudi kasihan.

Jodoh dengan pasangan impian belum tentu datang. Tapi, jodoh dengan kematian, kubur, akhirat dan Tuhan itu pasti 'kan datang walau tidak diundang!
Tak kira kau setuju atau kau enggan. Itu janji Tuhan.

Single itu indah. Single adalah perjuangan. Antara nafsu dan iman.

Jika kita hidup berseorangan, tapi kita malas nak masak, malas nak keluar beli makanan, tak mungkin nasi akan terhidang dengan magiknya di hadapan kita? Begitu jugalah proses berubah. Kita takkan jadi baik jika kita tak cuba untuk jadi baik. Kita takkan cinta Allah jika kita tak cuba untuk mencintai.

"Kehidupan sebagai seorang yang single tidak dapat tidak, mesti mengingati mati setidak-tidaknya sekali dalam 24 jam. Tidak perlu terlalu fokus pada soal hati, tapi fokuslah pada soal mati. Soal hati belum tentu jadi, tapi soal mati pasti terjadi!"




Jumaat, 2 Mac 2012

TEWAS DI SOAL HATI DAN CINTA PALSU SEBELUM NIKAH.






























"Jalan ke arah solehah itu tidak mudah. Namun bila dah mencapainya, ganjarannya sangat indah."

Moga semua Muslimah jadi Qurratu A'yun (penyejuk mata) di mata ibu bapa, suami dan Allah SWT. Amin.



GreenAppleKu : Erk, tidak terkecuali buat muslimin juga ler. Moga anda menjadi 'Putera Agama' idaman setiap muslimah. Terdengar-dengar lirik lagu HAMBAMU, lagu tema imam muda..

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah.....







Khamis, 1 Mac 2012

BERSENDIRIAN ITU INDAH...


Setiap kali BERSEDIH, hati bimbang, gusar dan gundah..saya MENANGIS sendirian di atas sejadah di tengah malam..merintih kepadaNya, sesungguhnya Allah Maha Mendengar..bersendirian itu sangat INDAH kerana masa yang ada diabadikan hanya buatNya..

Bukankah nanti kita akan menemuiNya sendirian? Kelak anak-anak, suami, adik beradik, rakan-rakan..malah ibubapa tidak dapat menolong diri kita..kita akan DITANYA seorang demi seorang..kita akan KEKAL sendirian..

Sendirian itu hanya jika kita memandang dengan mata kasar..tapi dalam pandangan MATA HATI kita sentiasa ada Allah..cukuplah Allah bagi kita dan BERSYUKURLAH kerana Allah sentiasa ada untuk kita..

p/s : "Walaupun telefon saya tidak ber'bunyi' macam orang lain, tapi saya TENANG begini.."


GreenAppleKu : Share dari wall fb seorang sahabat. Kepada yang rasa hidupnya 'lonely', tiada sahabat untuk bercerita, tiada tempat untuk mengadu,  tiada 'couple' untuk bercinta, sebenarnya anda tidak keseorangan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...