Selasa, 31 Januari 2012

LUAH PERASAAN SENDIRI DI FACEBOOK?





"Dan pabila kau tazkirah aku, 
Ku terdiam terkedu tak tahu
mana nak tujuuuu OoOOo
Oh itulah UAI yang satu..
Ustaz kool di muka buku.." ♥



GreeAppleKu : Mohon maaf sejak kebelakangan ini, tidak berkesempatan 'post' entri setiap hari di sebabkan tugasan awal tahun yang mesti di selesaikan 'on the date'. 

Terima kasih juga buat mereka yang sudi singgah di blog ini setiap hari. Ingatan kalian terhadap blog picisan ini, amat di hargai. Di harap artikel ini memberi sesuatu kepada kita ya. 

Share komen anda dengan saya tentang isu luah perasaan di facebook ni. Pelbagai status tak puas hati, status gembira, status sedih, status cari gaduh dan tidak lupa status tazkirah yang dapat kita baca setiap hari dari wall di facebook. Begitulah warna-warninya kehidupan manusia yang tidak pernah terlepas dari menerima ujian dariNya. 

Moga kita semua masih berpandukan Al-Quran dan Hadis ketika membuat keputusan untuk setiap ujian yang sedang di hadapi bukan berpandukan logik akal sendiri.


Jumaat, 27 Januari 2012

YANG TERINDAH, TETAP CINTA SELEPAS KAHWIN..



Walaupun kita cuba backup atau mengindahkan cinta sebelum kahwin dengan apa jua istilah dan tips sekalipun, walaupun mungkin kita bataskan banyak benda agar sampai tidak wujud zina hati, tapi kita kena ingat; 

Bila kita jatuh cinta dalam keadaan iman yang ampuh, kita senang terdedah pada penyakit hati dan tidak ramai antara kita yang imannya teguh.

Petikan hadis riwayat Bukhari & Muslim:

"..Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.."

Saya menasihati diri saya dan sahabat-sahabat: 


"Walau bagaimana cara kita cuba mengindahkan cinta sebelum kahwin dengan kata-kata indah, hakikatnya yang terindah tetap cinta selepas kahwin." 

Terbaiknya, jaga hati baik-baik sebelum kahwin. Kita nak serahkan hati yang dalam keadaan baik murni pada pasangan kita selepas kahwin nanti.


Isnin, 23 Januari 2012

'COUPLE' YANG HALAL






Indah kan kita bercinta?

Indah kan bila kita saling merindu?

Indah kan bila kita boleh berpengangan tangan di hadapan semua orang?

Indah kan bila kita saling meluangkan masa?

Dan indah kan bila semua itu HALAL untuk kita?

Cinta tu fitrah,

Cinta tu indah.

Dan lagi indahnya cinta itu,

Bila 'i love you'

Lebih-lebih lagi redha Allah dan hubungan yang sah!

Sebenarnya,tak salah untuk kita kahwin awal atau kahwin muda. Malah Perkahwinan itu suatu ibadah , sesuatu yang indah .Dan cantiknya cinta itu bila kita menikah dahulu disebabkan rasa sayang dan hormat kita pada pasangan kita, kerana kita bimbang jika cinta kita dan pasangan kita itu boleh menyebakan dosa dan maksiat .Inilah yang baru dinamakan cinta!

Pernah dengar tak pasal nikah khitbah? Nikah khitbah ini sebenarnya indah,seronok dan bukannya menakutkan. Nikah khitbah ini bermaksud apabila pasngan itu menikah tetapi tinggal berasingan atau orang melayu panggil ia sebagai 'nikah gantung' .Nikah khitbah ni sebenarnya macam tiket untuk betul-betul ber'couple' dan bercinta dengan pasangan kita.Dengan tiket nikah ni, tiada masalah untuk kita bermesra, bergurau senda dan sebagainya dengan pasangan kita kerana dah disahkan sebagai suami isteri yang lebih menepati khitbah secara Islam.

'Couple' lain semua bercinta

Tapi kita lebih istimewa kerana saling mencintai kerana Allah

'Couple' lain berpegangan tangan dan ianya berdosa

Tapi kita halal untuk berpegangan tangan dan bermesra dengan izin Allah.

Seonok kan??
"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1).
Oleh itu, bagi anda yang sedang bercinta atau mencintai seseorang. Hormatilah pasangan anda dan janganlah kalian melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Atau jika anda dan pasangan anda saling mencinta, jagalah hati dan ambillah langkah seperti 'nikah khitbah' ini.Dengan nikah khitbah ini, bolehlah kita menjadi 'couple' dengan romantik dan halal. 

Indah kan?

Semoga Allah menganugerahkan saya dan awak cinta yang paling indah , halal dan berkekalan sampai jannah. Alhamdulillah :)


GreenAppleKu : Sumber perkongsian artikel dari i luv islam. Herm, kongsi pandangan anda dengan saya ye.


Ahad, 22 Januari 2012

BAHANA MELAKUKAN MAKSIAT



Kebaikan dan kejahatan memberi kesan dan pengaruh pada setiap pergerakan manusia. Abdullah bin Abbas pernah berkata: “Kebaikan memiliki cahaya pada wajah dan hati, melapangkan rezeki, menguatkan badan dan disukai setiap makhluk Allah SWT. 

Sedangkan kejahatan mengakibatkan kegelapan pada wajah dan hati, lemahnya badan, sempitnya rezeki dan kebencian di hati setiap makhluk.” 

Kebaikan dan kejahatan ini akan hidup sepanjang hayat manusia dan terkubur bersama jasadnya ketika mati.

Begitulah hakikat diri kita dicipta hanya untuk bertarung melawan kejahatan dan bersabar melakukan kebaikan. Segala sesuatu yang kita lakukan tidak pernah terlepas dari dua kutub yang saling tarik menarik; kejahatan dan kebaikan. Kedua-duanya memberi kesan terhadap perasaan, pemikiran dan pergerakan kita setiap hari. 

Apakah kesan maksiat yang dapat dirasa dalam hati dan peribadi? Kita memerlukan kejujuran untuk menjawabnya. Benarkah kata-kata Ibnu Abbas di atas?

Kegelapan di dalam hati

Hati yang suram angkara maksiat tidak mampu menangkap cahaya kebaikan. Apabila maksiat itu telah menjadi darah daging, akibatnya tidak terdetik pun rasa takut melakukan maksiat itu. Hatinya hilang rasa, tidak sensitif dan ragu-ragu lagi melakukan maksiat. Yang paling teruk apabila dia menganggap maksiat itu adalah kebaikan. Atau menilainya sebagai perbuatan yang dimaafkan kerana rahmat Allah Taala. Buta hati! 

Tetapi seorang hamba Allah yang beriman amat sensitif hatinya terhadap dosa seakan-akan melihat dosa yang ringan ibarat gunung yang akan menghempapnya. Alangkah dahsyatnya kesan melakukan maksiat, tak kira yang ringan dan kecil sekalipun. Kerana dosa besar itu bermula dari melakukan yang kecil. Zina bermula dari pandangan mata dan senyuman, kemudian berkenalan yang melahirkan rindu dan mahu sentiasa bersama. Bermula menyentuh kulit tanpa sengaja akhirnya ingin memegang dan bersatu jiwa dan raga.

Begitu pula penipu kelas jerung sememangnya telah terbiasa melakukan penipuan kelas bilis, sedikit demi sedikit hingga tidak terasa bahangnya dosa dan maksiat yang telah sebati dalam jiwanya. Betapa pentingnya kita menjaga perkara-perkara yang kecil kerana ia boleh membesar secara senyap. Dosa besar bermula dari melakukan dosa kecil. Semua ini menyumbang kepada kegelapan di hati. Bagaimana mungkin rahmat Allah SWT jatuh di hati yang gelap, kotor dan busuk. Melainkan dengan ketentuan-Nya siapapun boleh diselamatkan jika Allah Taala berkehendak.

Kegelapan di wajah

Pelaku maksiat sentiasa diikuti oleh bayang-bayang dosa dan rasa bersalah. Hatinya tidak tenang, wajahnya pula menyimpan kesusahan dan kegelisahan. Walaupun di hadapan orang ramai semua itu boleh disembunyikan tetapi dia akan sampai pada tahap tidak boleh menyembunyikan aibnya lagi. Ketika itu Allah Taala telah menyingkap hijab dirinya dan terbukalah segala cacat cela di hadapan manusia. Jika pandangan orang telah menghina dan memburukkan diri kita akibat perbuatan kita sendiri maka kita tidak akan mampu menampakkan keceriaan dan seri pada wajah. Yang tinggal hanya kesedihan, rasa bersalah dan gelisah akibat maksiat yang merendahkah maruah diri sendiri.

Sempitnya rezeki dan kebencian orang lain

Tiada seorang pun manusia yang suka melihat kejahatan berleluasa. Sekecil apapun kejahatan tetap kejahatan dan membawa bala kepada orang lain. Seperti seorang muslim yang melihat muslim lain meletakkan keretanya di tepi jalan yang mengganggu jalan kenderaan lain akan merasa benci dengan perbuatan saudaranya itu. Kejahatan bermula dari perkara yang kecil, akhirnya membawa kepada kejahatan lain. Pertengkaran dan buli di atas jalanraya boleh terjadi dan akhirnya menumpahkan darah.

Bagaimana pula orang yang dibenci itu boleh bermuamalat dengan orang lain, sedangkan peniaga yang berakhlak buruk tentulah akan dijauhi. Begitu pula dengan orang yang suka menahan rezeki saudaranya, apatah lagi mendengki, ibarat mahukan milik orang lain, yang di tangan sendiri pasti akan terlepas. Tiada keberkatan dalam rezekinya dan dia kehilangan kasih sayang daripada saudara-saudaranya seiman.

Al-Imam al-Syafie pernah mengeluh dan bersedih menanggung kesan dan akibat maksiat yang beliau rasakan dalam hatinya, beliau mengadu kepada Waki’ (salah seorang guru al-Syafie) dalam untaian syairnya:

”Aku mengadu kepada Waki’mengenai buruknya hafalanku;
beliau memberi petunjuk kepadaku agar aku meninggalkan maksiat;

Beliau berkata: 
Ketahuilah bahawa ilmu adalah cahaya;

sedangkan cahaya Allah tidak mungkin diberikan kepada pelaku maksiat.”





Sabtu, 21 Januari 2012

I AM NEVER ALONE!



Jika kamu merasa SUNYI TIADA TEMAN, INGATLAH Allah sentiasa ada bersamamu..

BERKOMUNIKASILAH denganNya, MENGADULAH hanya padaNya.

“Ketahuilah bahawa dengan MENGINGATI Allah itu hati akan TENANG..” 
(13:28)

Ketika dirimu berasa KESEPIAN, jangan dikatakan "AKU SUNYI"

..tetapi katakanlah pada diri, DI SISIKU sentiasa ada PEMERHATI.




Jumaat, 20 Januari 2012

DI KHIANATI...




Apa PERASAAN kamu apabila seseorang, kawan yang kamu PERCAYAI..RAPAT, tempat kamu MENYIMPAN RAHSIA..tiba-tiba dia MENGKHIANATI kamu dan membongkar semua rahsia kamu?

Jika ingin tahu, itulah AKIBAT apabila menyerahkan URUSAN kepada MANUSIA, bukan kepada PENCIPTA.



Khamis, 19 Januari 2012

TERHADAP INSAN YANG DICINTAI...




Terhadap INSAN yang dicintai, kita berlagak romantik. Terhadap TUHAN yang lebih patut dicintai, kita berlagak spastik.


Apa komen anda? Kongsi dengan saya. 









Rabu, 18 Januari 2012

JANGAN BERPUTUS ASA












'Dunia adalah DEWAN PEPERIKSAAN yang mana setiap makhluk sedang menjawab 'soalan-soalan' kehidupan untuk menguji adakah kita patuh sebagai HAMBANYA...'.


- Ustaz Pahrol Mohd Juoi.


GreenAppleKu : Salam ceria buat semua dan jangan berputus asa ye. 





Selasa, 17 Januari 2012

FIRE WILL BURN



"Let them spark the fire, cos in the end the fire will burn them all, ashes to ashes, dust to dust .."

GreenAppleKu : A very busy day...


Isnin, 16 Januari 2012

TIDAK SEMPAT..



Ya Allah, CEPATNYA masa berlalu..tidak sedar rupanya PENGGANTIAN siang dan malam begitu pantas berlalu..pejam celik, pejam celik rupa-rupanya makin DEKAT dengan saat KEMATIAN..jika begitu memang BENAR hidup di dunia ini memang pendek! Tetapi HAIRAN jika ada yang berkata “tidak sempat..”.

Alangkah BAIKNYA jika kita:

✿~ Tidak sempat buat MAKSIAT kerana sibuk ibadat kepada Allah..

✿~ Tidak sempat MAZMUMAH singgah dalam hati kerana MAHMUDAH yang menguasai segenap ruang hati..

✿~ Tidak sempat terpesona dengan HARTA HARAM kerana sibuk mengumpulkan harta halal..

✿~ Tidak sempat MEMBAZIR kerana sibuk bersedekah..

✿~ Tidak sempat TERLAJAK SUBUH kerana sibuk mengejar KEBERKATAN bangun awal dan beribadah saat fajar menyinsing..

✿~ Tidak sempat MENSIA-SIAKAN MASA kerana sedang sibuk dengan agenda sebagai hamba dan khalifah..

✿~ Tidak sempat BERBUAT JAHAT kepada manusia dan makhluk lain kerana sibuk menyebarkan KASIH SAYANG..

MasyaAllah, banyak rupanya KEBAIKAN yang boleh kita KUTIP di dunia ini..



Ahad, 15 Januari 2012

APA ITU AMANAH SAHAM AURAT WANITA ?





Kenapa tiba-tiba mengarut pasal Amanah Saham Aurat Wanita pula ? Kerana Aurat Wanita Adalah Amanah. Anda kutip hasil pelaburannya di akhirat. Tidak perlu memasukkan duit secara bulanan untuk melabur, cukup dengan memelihara aurat di dalam berpakaian dan mengelakkan nilai saham daripada jatuh menjunam. Bila jatuh menjunam maknanya harga diri menjadi murahan dan kurang bernilai pada pandangan masyarakat. Ini tidak termasuk tanggungan dosa.

Contoh: 

Seorang wanita Melayu sengaja pakai baju sendat, dedah lurah buah dada. Kemudian rasa bangga bila orang lain tengok. Secara falsafahnya, adakah dia wanita MAHAL atau MURAHAN ?


GreenAppleKu..

Perkongsian artikel dari blog wanitamelayuseksa. Ada orang kata, nak tutup aurat ni hati kena betul-betul ikhlas, kena tunggu dapat hidayah, sebab suami tidak suruh tutup pun, sebab makayah tidak pernah suruh tutup aurat, rasa diri muda lagi dan tunggulah tua sedikit sebab nak 'enjoy' dahulu. 

Semuanya di sebabkan seseorang dan sesuatu yang menjadi penyebab kenapa tak nak tutup aurat. 

Tidak siapa peduli suruhan Allahswt yang MEWAJIBKAN wanita Islam menutup aurat.

Nota : Teruja melihat wanita Islam berbangsa Inggeris berbaju kurung dan bertudung setiap hari. Setiap hari, bukan setiap jumaat.

Katanya pada saya, " Saya amat selesa dengan fesyen ini."

GreenAppleKu : " Dan awak nampak anggun. Sedap mata memandang."
 


Sabtu, 14 Januari 2012

HARGAILAH APA YANG KAMU ADA



Salam ceria buat semua. 


" Dalam dunia ni orang cantik memang ramai. Tapi bukan semua orang cantik tu untuk kamu. Dalam dunia ni tak kurang juga lelaki tampan. Tapi tak tentu lagi lelaki itu milik kamu. Dalam dunia ni masih ada wanita dan laki-laki yang baik. Namun bukan bermakna dia juga untuk kamu. HARGAILAH APA YANG KAMU ADA. Kerana barangkali dia sebaik-baik yang kamu ada. "


Motivasi diri perlu di 'up grade' setiap hari agar tidak banyak 'correction' yang perlu di lakukan dalam kehidupan yang sementara ini. 



Jumaat, 13 Januari 2012

TO BE BEAUTIFUL IS......




























" Bila mana seseorang manusia mencari-cari kesalahan orang lain kadang-kadang dia akan buta dengan kelemahan dirinya sendiri. "



Greenappleku : What a busy day. Tetapi saya tetap ingin berkongsi sesuatu moga menjadi terapi untuk memotivasikan diri. Salam ceria buat semua.





Khamis, 12 Januari 2012

MEMAAFKAN ADALAH KEMANUSIAAN


















































































































































GreenAppleKu

"The weak can never forgive. Forgiveness is the attribute of the strong."

"Bersalah adalah manusia. Memaafkan adalah kemanusiaan."




Rabu, 11 Januari 2012

Selasa, 10 Januari 2012

APAKAH CINTA ITU SEKS? APAKAH SEKS ITU CINTA?



"Islam tidak sempit. Ia tidak menghalang fitrah. Cinta yang membawa kepada perkahwinan adalah satu kebaikan. Jadi, jangan kata Islam mengharamkan perasaan cinta antara lelaki dan wanita. Katakanlah Islam mengharamkan zina dan mendekati zina!"

Itulah antara petikan artikel dari blog Dr. Maza. Kita sering tercari-cari, bolehkah bercinta sebelum berkahwin? Ada yang kata boleh, ada yang kata tidak boleh. Masing-masing punya pendapat, pendirian dan pemahaman tersendiri. Masing-masing mempertahankan pendapat sendiri. Moga dengan perkongsian artikel dari Dr.Maza ini, kita peroleh sesuatu yang selama ini kita tercari-cari jawapnya. 









Berciuman dan berpelukan cinta berahi antara pasangan di tepi jalan ataupun di khalayak ramai adalah perkara biasa di dunia Barat. Hidup bagaikan suami isteri tanpa kahwin adalah fenomena yang tidak asing. Sehingga dalam banyak jemputan, dijemput bersama ‘spouses and partners’.

Memiliki anak tanpa perkahwinan bukanlah sesuatu yang ganjil. Sekalipun ini semua bukanlah budaya asal masyarakat Barat, tetapi trend hidup moden yang disuburkan oleh pelbagai faktor telah meruntuhkan banyak nilai-nilai tradisi yang pernah ada dalam masyarakat mereka dahulu. Ini termasuklah faktor eksploitasi naluri cinta dan seks oleh para pemodal; penerbit majalah, filem, ubat dan pelbagai lagi.

Apakah cinta itu seks? Apakah seks itu cinta?

Perkataan cinta agak abstract. Ia boleh dipadankan kepada banyak perkara; cinta Allah, cinta keluarga, cinta negara, cinta seni dan selainnya. Cinta ertinya kasih, sayang dan ingin bersama. Dalam konteks lelaki dan wanita tentulah antara manifestasi cinta itu hubungan seks. Walaupun bukan semua yang melakukan seks itu bercinta, tapi seks itu utama dalam cinta pasangan. Maka ahli fekah pun mentakrifkan nikah itu sebagai akad yang menghalalkan persetubuhan. Suami yang tidak mampu melakukan seks boleh dipisahkan perkahwinan. Seks tidak keji, bahkan ia mendapat pahala jika mengikut peraturannya.

Cinta pasangan mendambakan seks; itu benar. Persoalannya; keinginan untuk melakukan seks semasa bila? Jika mengidamnya sebelum kahwin, itu salah. Jika mengidamnya selepas kahwin, itu pahala. Cinta atau kasih, bercinta atau berkasih sayang antara lelaki dan wanita yang ingin hidup bersama, itu normal. Cuma yang rumit, bagaimana mengawal dan menguruskan cinta.

Cinta dalam sejarahnya telah memeriahkan banyak kehidupan. Melahirkan banyak ungkapan indah puisi dan lagu. Ungkapan cinta dipetik dari zaman ke zaman. Ia dikongsi oleh hampir kesemua insan melainkan yang kontang fitrahnya. Dari Qais sehingga ke Celine Dion; ungkapan indah cinta antara lelaki dan wanita diulang-ulang oleh manusia. Ia sejagat. Ramai yang dah tua yang mengharamkan cinta untuk generasi muda hari, mereka pun pernah bercinta zaman mudanya.

Anti-Cinta

Melihat kerosakan masyarakat, maka ada yang ‘kuat agamanya’ menyalahkan cinta. Lantas, jatuh cinta kepada seseorang yang boleh dikahwini dianggap bagaikan satu dosa. Pasti jika seseorang yang kuat agamanya jatuh cinta, atau berbicara tentang cintanya itu dianggap sebagai sesuatu yang pelik dan telah hilang kekuatan iman.

Maka tidak pelik jika ada yang bertanya: apa hukum bercinta? Jika ada ustaz yang kata ‘haram’, punca syaitan dan budaya Barat maka sempitlah perasaan golongan hangat bercinta khusus yang masih muda. Mungkin ada yang akan kata dalam dirinya: ‘nanti tua sikit baru boleh aku kuat agama’. Ini kerana susah dia hendak meninggalkan cinta kepada kekasih yang diidami sebagai isteri.

Mungkin ada yang kuat agama terlajak akan berkata: “Kahwin teruslah. Cinta hanya lepas kahwin”. Tapi, si anak muda ini belum bekerja, belum mampu menyediakan belanja sebagai suami. Jika meminang pun, tentu bapa pasangan membantah. Hanya yang ada setakat ini ‘cinta’. Sama juga yang sedang bertunang belum nikah sebab hendak selesaikan urusan belajar ataupun selain. Dalam tempoh itu mereka bercinta pastinya. Berutus surat, email dan sms. Isinya menggambarkan cinta. Jika bercinta haram melainkan setelah kahwin, maka tentu mereka semua hambar.

Jatuh Cinta

Jika kita teliti nas-nas Islam, tiada dalil yang Allah dan RasulNYA mengharamkan mencintai seseorang yang ingin kita jadikan pasangan hidup. Bahkan al-Quran mengiktiraf cinta tersebut. Ini kerana jatuh cinta antara jantina yang berbeza adalah fitrah manusia. Ia bukan diada-adakan. Ia arus yang mengalir dalam jiwa tanpa boleh dihalang. 

Lihat firman Allah mengenai lelaki yang jatuh cinta kepada janda yang masih dalam edah kematian suami: (maksudnya)

“dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran) untuk meminang perempuan (yang dalam edah kematian suami), atau tentang kamu menyimpan dalam diri (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan mengingati mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis edah yang ditetapkan itu. dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam dada kamu, maka beringat-ingatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar”. (Surah al-Baqarah: 235)

Ayat di atas membicara larangan meminang wanita dalam edah kematian suami sebelum tamat edahnya. Ini kerana hukum edah mempunyai banyak maslahah termasuk membabitkan perasaan keluarga bekas suami. Namun Allah tetap tidak melarang sindiran yang mempunyai maksud ingin meminang, juga tidak salah keinginan yang tersimpan dan perasaan yang selalu teringatkannya. Itu semua tanda ‘jatuh cinta’. Cumanya, Allah memerintahkan agar mengikut peraturan yang ditetapkan.

Rayuan Cinta

Bahkan Nabi s.a.w pernah bersimpati dengan Mughith bekas suami Barirah yang masih mencintai isterinya itu. Tangisan dan rayuan cintanya mendapat simpati Nabi s.a.w. Dalam riwayat al-Bukhari daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas, katanya:

“Bahawa suami Barirah adalah seorang hamba bernama Mughith. Aku seakan masih terbayang dia mengikuti Barirah dari belakang serta menangis sehingga airmatanya mengalir atas janggutnya. Nabi s.a.w berkata kepada ‘Abbas: “Wahai ‘Abbas, tidakkah kau hairan melihat cintanya Mughith kepada Barirah dan bencinya Barirah kepada Mughith?”. Lalu Nabi s.a.w berkata (kepada Barirah): “Tidak mahukah jika engkau kembali kepadanya”. Barirah berkata: “Apakah engkau memerintahkanku?”. Nabi s.a.w bersabda: “Aku hanya mencadangkan”. Kata Barirah: “Aku tidak memerlukan dia”.

Nabi s.a.w tidak melarang Mughith membuat rayuan cinta, bahkan bersimpati dan cuba memujuk Barirah. Namun Barirah enggan, maka tiada paksaan dalam cinta. Apakah kita pula menghalang puisi dan lagu cinta yang beradab yang ditujukan kepada seseorang kerana ingin memperisterikannya?

Dua Kekasih

Nabi s.a.w tidak pernah membantah orang bercinta, sebaliknya cuba memastikan pasangan yang bercinta berakhir dengan perkahwinan. Seorang gadis yatim dipinang oleh dua orang lelaki. Seorang miskin dan seorang lagi kaya. Si gadis memilih yang miskin sedangkan penjaganya memilih yang kaya. Apabila hal ini diberitahu kepada Nabi s.a.w, baginda bersabda:

“Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta seperti nikah” (riwayat al-Baihaqi dan Ibn Majah, sahih).

Kata al-Imam al-Munawi (meninggal) mengulas hadis ini:

“Maksudnya ubat paling berkesan yang dapat merawati kerinduan ialah nikah. Ia adalah penawar yang tiada gantiannya jika ada jalan untuk mendapatkannya” (al-Taisir bi Syarh al-Jami’ al-Saghir, 2/584, Riyadh: Maktab al-Imam al-Syaifii’).

Justeru itu, Nabi s.a.w memberikan pilihan untuk isteri memutuskan perkahwinan yang berlaku atas perasaan benci.

“Seorang gadis dara datang kepada Nabi s.a.w memberitahu bahawa bapanya mengahwinkannya sedangkan dia tidak suka. Maka, Nabi s.a.w memberikan pilihan kepadanya (sama ada untuk meneruskan atau menolaknya) (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah , dinilai sahih oleh al-Albani).

Haram

Menyimpan rasa cinta antara lelaki dan perempuan tidaklah dilarang dalam agama ini. Di samping ia boleh berlaku di luar kawalan insan, ia adalah fitrah antara lelaki dan perempuan. Ia tidak songsang. Melafazkan rasa cinta seperti Mughith ungkapkan kepada Barirah juga tidak dilarang. Bercinta seperti gadis yatim itu juga tidak dilarang. Puisi dan lagu cinta yang sopan juga tidak dilarang. Jadi apa yang dilarang?

Hanya yang dilarang adalah perbuatan zina. Kedua, -walaupun dosanya tidak seperti zina- perbuatan yang mendekati zina. Adapun bercinta yang masih mempunyai jarak antara antara lelaki dan wanita adalah fitrah insaniah. Menghalang fitrah itu boleh memberikan kesan yang buruk dalam jiwa manusia. Inilah juga yang boleh membawa kecenderungan seks sejenis kerana fitrah asal telah disekat. Jika itu berkembang dalam diri seseorang ia menjadi penyakit yang memusnahkan fitrah asalnya.

Islam tidak sempit. Ia tidak menghalang fitrah. Cinta yang membawa kepada perkahwinan adalah satu kebaikan. Jadi, jangan kata Islam mengharamkan perasaan cinta antara lelaki dan wanita. Katakanlah Islam mengharamkan zina dan mendekati zina! 


KITA HANYA MAMPU MENTADBIR BUKAN MENTAKDIRKAN




‎'Seringkali kita inginkan yang terbaik buat kita, namun terkadang kita kecewa....ada kalanya kita ingin lari dari kesempitan hidup, namun terkadang kesusahan sering menguliti setiap detik waktu kita....semuanya BUKAN MILIK KITA...kita hanya mampu MENTADBIR, tetapi Allah jua yang MENTAKDIRKAN semuanya...'..


Ahad, 8 Januari 2012

PUNCA TERSUNGKUR DI LEMBAH MAKSIAT DAN DOSA.



Ramai hamba Allah yang mengeluh; ”Alangkah cepatnya hatiku berubah"

Sekejap kuat membara sengatan iman di hati, tapi lama kelamaan pudar juga oleh sengatan syahwat yang berbisa. Jika dulu bersemangat mengkaji dan mengamalkan Islam, kini semangat itu menjadi surut disebabkan kesibukan dunia yang tak ada penghujungnya. 

Begitulah keadaan seorang hamba yang semakin tenggelam ke dasar lautan duniawi tanpa dia menyedari nafas imannya semakin lemah dan akan mati lemas pada akhirnya. Beruntunglah sesiapa yang mahu memperbaiki imannya, menjaga dan melindungi iman sepertimana dia melindungi hartanya atau popularitinya agar tidak musnah.

Antara tanda-tanda punca kelemahan iman seorang hamba yang menyebabkan dia tersungkur di lembah dosa ialah:

1. Ibadah tidak berkualiti.
Sesiapa yang merasa dirinya jauh daripada Tuhannya, terseleweng dari jalan-Nya ataupun berhenti terlalu lama dalam permainan nafsu syahwatnya; Kembalilah semula ke jalan Allah SWT. Agar dia dicintai Allah SWT, bawalah dua bekalan asas iaitu ibadah wajib dan sunnah. Mungkin ketika iman lemah dia tidak sama sekali meninggalkan kewajipan tetapi ibadahnya itu kurang berkualiti dan sedikit jumlahnya. Padahal iman itu diukur menurut amalan wajib dan sunat yang boleh melahirkan jiwa hamba yang amat dekat kepada Allah Taala. 

Rasulullah SAW telahpun bersabda dalam hadis qudsi yang bermaksud; Allah berfirman: Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan-kewajipan yang telah Aku fardukan kepadanya. Dan hamba-Ku itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadah-ibadah sunnah sehingga Aku mencintainya.” (Riwayat al-Bukhari). Ramai hamba Allah yang tertipu dengan amalannya sedangkan ia hanyalah umpama debu pada pandangan Allah SWT.

2. Hati yang tidak Khusyuk. 
Awal kerosakan amal ialah hati yang tidak dapat menghadirkan khusyuk. Penyakit ini akan bertambah teruk apabila ia meninggalkan karat-karat kemalasan ketika beribadat. Berjumpa dan berhubungan dengan Allah SWT tanpa wujud perasaan, seolah-olah kosong dan hampa. Dia melakukannya sekadar mendirikan kewajipan sahaja, tetapi tiada kemanisan ibadat.

Khusyuk hanya diperoleh dengan jalan mujahadah. Punca hilangnya khusyuk ialah hati terlalu keras. Cara melembutkan hati ialah dengan melemahkan nafsu. Para sahabat RA membiasakan diri dengan sujud-sujud yang panjang pada akhir malam sepertimana sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Baginda memanjangkan sujud-sujud dalam solat malamnya selama kurang lebih membaca lima puluh ayat al-Quran, begitu juga ketika rukuknya. Saat-saat yang paling dekat seorang hamba kepada Allah SWT ialah ketika dia sujud. Ia mampu melembutkan hati dan mengubat jiwa yang tenat tanpa iman.

3. Berlebihan dengan perkara yang mubah.
Bercuti boleh meredakan ketegangan, menjamu selera dan membeli-belah baik untuk mengubat kebosanan, memakai pakaian yang indah dan mahal tidak dilarang, membeli perhiasan dan apa-apa yang menyukakan hati boleh melahirkan kesyukuran kepada nikmat Allah Taala. Akan tetapi perkara-perkara sebegini kadang-kadang membuat kita leka. Jika berlebihan segala aktiviti untuk memanjakan diri, dibimbangi akan melemahkan semangat perjuangan. Mengaburkan mata dan hati yang celik dan akhirnya larut dalam kesibukan dunia hingga melupakan akhirat.

Peluang hidup di dunia hanya sebentar sahaja, umpama musafir yang berhenti melepaskan lelahnya dan kemudian meneruskan perjalanan. Perjalanan anak manusia masih panjang, dunia cuma tempat persinggahan, yang abadi hanya di akhirat. Jika sehari ada duapuluh empat jam, bayangkan kita memiliki dua puluh empat almari. Setiap satu kita buka, ada yang penuh dengan amal saleh yang bercahaya, ada pula yang berisi dosa yang gelap. Masa yang diisi dengan aktiviti mubah seperti almari yang kosong tidak ada pahala dan juga dosa, sungguh rugi jika almari milik kita itu banyak yang kosong. Sedangkan waktu terus berjalan laju tak sempat menunggu insan yang lalai dan berjiwa lemah kerana dunia.

4. Tidak menghadiri majlis ilmu.
Manusia mudah lupa dan hilang pedoman hidupnya, tidak jelas matlamat, arah dan tujuannya. Siapa dirinya, berasal dari manakah dia, mahu ke mana dan apa yang mahu dicapainya? Semua itu memerlukan jawapan yang pasti. Tetapi manusia yang lemah iman telah kehilangan matlamat hidupnya. Untuk mendapatkan kembali pedoman hidupnya agar tidak tersalah jalan, dia perlukan hidayah iaitu ilmu Allah SWT. Agama yang mampu menuntun dia ke jalan Allah SWT. 

Sesiapa yang berasa lemah imannya maka duduklah dalam majlis ilmu yang bermanfaat di bawah bimbingan mereka yang dipercayai kesahihan ilmunya, atau bertukar-tukarlah pandangan dan nasihat dengan orang-orang beriman. Fikirkanlah tentang iman kita walaupun sebentar dan perbaiki diri dengan bimbingan nas yang sahih berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya SAW.

5. Mengalami gejala kesedihan dan kerisauan yang berlebihan.
Apabila iman menipis, lupa kepada Allah SWT, akan lahirlah perasaan sedih, susah hati dan murung. Benarlah firman Allah Taala yang bermaksud: ”Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.” Mengingati Allah SWT maksudnya ingatan yang membawa kepada kegembiraan. Gembira dengan takdir-Nya, reda dengan jalan hidup yang telah dipilih untuknya, untung rugi harta, susah senang kehidupan. Kerana manusia lahir ke dunia dengan senario yang telah termaktub di Lauh Mahfuz. 

Ubat penawar bagi kesedihan telah diceritakan dalam al-Quran, bahawasanya Allah Taala telah berfirman yang bermaksud: ”Tidak ada sesuatu kesusahan yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu melainkan telah sedia ada di dalam kitab sebelum kami menjadikannya, sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (sombong dan bangga diri) dengan apa yang diberikan kepada kamu.” (Surah Al-Hadid ayat: 22-23)

Setiap mukmin memiliki hati yang mampu berbisik tentang keadaan imannya, siapakah yang paling mengetahui tentang diri kita melainkan Allah Taala dan diri kita sendiri, tepuk dada tanyalah iman. Adakah hari ini iman kita bertambah atau berkurangan?



Jumaat, 6 Januari 2012

SIAPA ANDA DAHULU TIDAK PENTING, YANG PENTING SIAPA ANDA SEKARANG!



‎'Seorang hamba yang tidak menjalankan tanggunggjawabnya sebagai seorang hamba, ibarat pen yang berfungsi untuk menulis lalu digunakan untuk mengetuk akhirnya pen tersebut rosak dan akhirnya menjadi 'sampah'....

Begitulah seorang hamba yang tidak melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba, akhirnya dirinya akan rosak.' -Ustaz Pahrol Mohamad Juoi-

BERUBAHLAH menjadi insan yang BERTAQWA, lebih baik dari SEMALAM! Jangan risau sekiranya diri anda banyak dosa kerana SEMUA orang melakukan dosa kecuali nabi dan rasul!!

Tak perlu malu tak perlu segan. SIAPA ANDA DAHULU TIDAK PENTING!!!, yang penting adalah SIAPA ANDA SEKARANG!

InsyaAllah..

GreenappleKu : Jangan jadi pen tersebut...




MENULIS KERANA ALLAH, INSYAALLAH...



Nikmat ILMU pada hari ini BUKANLAH yang datang daripada kita sendiri, kita ambil daripada GOLONGAN ULAMA' dan PARA MURRABI, dan mereka pula bersambung-sambung ilmunya sehingga sampai ke para nabi. Janganlah kita bercampur aduk dalam KEIKHLASAN berdakwah dengan perniagaan ilmu. Jika sememangnya kita MENULIS untuk menyebarkan ilmu dan nasihat, maka pedulikanlah siapa yang ingin mengambil dengan cara hormat atau yang mencuri dengan cara pengkhianat.

Teruskanlah USAHA untuk menyampaikan ilmu dan nasihat, sejauh mana KUALITI terpulanglah pada KEMAMPUAN DIRI, asalkan JANGAN DIHALANG manusia mengambil manfaat daripada penulisan kita dek kerana mereka tidak memberikan kreditnya. Kitalah yang MENDISPLINKAN diri terlebih dahulu untuk MEMBERI, pasti orang lain juga berdisiplin untuk MENERIMANYA. Semoga Allah menjauhkan kita daripada menjadi seorang penulis yang TIADA HARGA di sisinya. Menulis kerana Allah, insyaAllah..


Isnin, 2 Januari 2012

DALAM KAMUS HIDUP ORANG YANG TIDAK BERIMAN


Dalam kamus hidup orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak ada istilah pahala atau dosa, neraka mahupun syurga. Hidupnya akan didominasi sepenuhnya oleh sifat materialisme, hedonisme dan individualistik.

Dia hanya memberi jika mendapat balasan yang lebih baik dan banyak. Apabila manusia hanya fokus untuk menerima semata-mata, pecahlah ukhuwah, terungkailah persaudaraan.

Apabila manusia ragu dengan Allah dan hari akhirat, dorongannya untuk melakukan kebaikkan kepada manusia lain akan menjadi lemah. Dia hanya di dorong untuk mencapai kepentingan duniawi dan peribadi sahaja untuk melakukan sesuatu perkara atau meninggalkannya.

Apabila manusia tidak yakin kepada Allah Yang Maha Berkuasa, mana mungkin dia beriman kepada hari akhirat kerana yang menjadikan hari akhirat itu ialah Allah.

Kepercayaan kepada Allah dan hari akhirat ering digandingkan bersama-sama, menandakan betapa signifikannya "a sense of the end".

Keyakinan terhadap hari akhiratlah yang menentukan seseorang itu mampu melakukan kebaikan atau meninggalkan kejahatan.


sumber rujukan : SOLUSI isu no. 38, hasil penulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...