My Instagram

Ketika di 'kritik' dan sebelum 'mengkritik'...



Tajuk catatan perlu ada aura, semoga tertarik hati untuk meneruskan pembacaan. v(^_^)v


Perkongsian nukilan Ustaz Zaharuddin

Memang benar orang yang DITEGUR atas suatu kesilapan atau ketidaksempurnaan atau kekurangan itu SEDANG DIUJI hatinya untuk menghadam teguran dan nasihat itu tidak kira ia benar atau salah. Dia juga diuji bagi mengenepikan rasa terhina dan termalu atas kelemahan diri hingga teringin mencari alasan dan hujah balas. 

NAMUN PERLU DIINGAT orang yang MENEGUR juga SEDANG DIUJI keikhlasan hatinya lantaran ia sedang dicucuk Syaitan bagi merasa lebih hebat, mulia, lebih bijak. Dia juga diuji bagi melawan sukarnya untuk menyedari kemungkinan tegurannya tersasar dari kebenaran dan berlaku zalim terhadap yang ditegur.


Nota GreenAppleKu : Semak niat, apa tujuan kita menegur?


1 ulasan

Hafizin Jamil berkata...

orang yang menegur juga perlu bersedia untuk ditegur.hihi