Baru-baru ini pakar-pakar psikologi dari Amerika mendapati mereka yang suka melihat gambar-gambar lucah atau yang berunsurkan seks boleh menjadi buta. Penemuan ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh David Zald dari Universiti Vanderbilt di Nashville, Tennessee, dan Marvin Chun serta rakan-rakannya dari Universiti Yale di Connecticut. 

Hal ini mungkin disebabkan proses sekatan maklumat yang berlaku dalam otak kesan dari pengaruh emosi yang berpunca dari imej erotik atau lucah yang dilihat. Keadaan buta ini berlaku hanya seketika, iaitu beberapa saat, namun ia boleh menyebabkan kemalangan jalan raya jika ia berlaku ke atas pemandu yang terkesan dengan papan-papan iklan yang mengandungi gambar-gambar lucah di tepi jalan. Perkara ini dilaporkan di NewScientist.com News Service bertarikh 12 Ogos 2005, di bawah tajuk Erotic Images Can Turn You Blind.

Dalam Islam seluruh pancaindera termasuk mata merupakan amanah justeru ia tidak boleh digunakan untuk melihat benda-benda yang haram. 

Dalam surah an-Nur ayat 30-31, Allah berfirman,

"Katakanlah kepada lelaki mukmin yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) serta memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka dan sesungguhnya Allah Maha Mendalam Pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. 
Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) serta memelihara kehormatan mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya sahaja dan hendaklah mereka menutup belahan baju mereka di kawasan leher dengan tudung kepala mereka."

(DARIPADA 'QURAN SAINTIFIK' KARANGAN DR DANIAL)


Nota GreenAppleKu : Sesungguhnya larangan Allah ada sebab dan hikmahnya. Siapa hendak jadi buta?


Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama