Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. - Eiza GreenAppleKu

Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.

Ikhsan dari Google


Siapa suka kucing? 

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.

Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.

Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.

Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di riba diatas pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Kepada para sahabat, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.

Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.

Tidak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkan.

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya.



2 ulasan

Tanpa Nama berkata...

Nak share....kucing sy akan kejut sy setiap waktu solat. Bila musim winter, waktu subuh sangat awal tapi dia tetap bangun dan kejut. Dia teman sy ambil wuduk dan tunggu tepi heater semasa solat.

Kucing adalah sebahagian dari t/jawab kita sebagai khalifah. Sy tak faham mengapa ada orang boleh pandang saja pada kucing yg merempat atau membuang kucing sebagai hukuman.

GreenAppleKu.com berkata...

Tanpa Nama, kenapa tidak letak nama ye. Letak link blog ke. Nice sharing.

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.