My Instagram

Membuka aib sendiri?



" Isshhh.. mana ada orang yang dengan rela hati dan tanpa rasa apa-apa, hendak membuka aibnya sendiri? Buat malu sahaja." 

" Ada. Sudah banyak manusia yang membuka aibnya sendiri. Namun aku tidak pasti samada mereka sedar ataupun tidak dengan apa yang mereka lakukan."

Nota : GreenAppleKu sedang dalam proses belajar menulis menggunakan BMT. Berbalik semula kepada tajuk di atas, perkongsian artikel dari rakan blogger. Jom baca.

Jangan jadikan Facebook sebagai diari. Post perkara yang tidak sepatutnya. Jangan mengadu masalah kita di Facebook semata-mata, tetapi face it! Hadapi masalah kita. Mengadu masalah kita kepada Allah.

Tidak semua perkara perlu kita hebahkan kepada umum. Tambahan pula perkara tersebut bersifat peribadi, sehingga mengaibkan diri sendiri.

Upload gambar yang tidak menutup aurat dengan sempurna, dengan posing yang menggoda. Comment status bertujuan untuk mengumpat dan menjatuhkan orang lain. Post status mesra antara boyfriend dan girlfriend.

Mungkin anda tidak berniat apa-apa, tatkala melakukan perkara sedemikian di alam maya. Tetapi, bagaimana pula dengan orang yang membacanya? Anda sendiri yang membuka pekung di dada. Maka, jangan disalahkan orang yang menegur.

Abi berasa sedih. Ada yang bangga, menceritakan maksiat yang telah dilakukan. Segalanya diceritakan diFacebook. Di mana sifat malu anda? Kenapa anda membuka aib sendiri?

Bersumberkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, ia berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:

"Semua umatku diampuni kecuali orang-orang yang melakukan perbuatan maksiat secara terang-terangan. Salah satu contoh perbuatan maksiat ialah, seseorang melakukan suatu perbuatan pada malam hari, padahal Allah menutupinya, namun kemudian pada pagi harinya ia bercerita kepada orang lain: 'Hai fulan, semalam aku melakukan ini dan itu." Sebenarnya ia tidur malam dengan ditutupi aibnya oleh Tuhannya, tetapi pagi harinya ia menyingkap sendiri tabir Allah itu darinya.”
(Hadith riwayat Al-Bukhari(6069) dan Muslim(6990))

Jangan terpedaya

Syaitan dan hawa nafsu akan melakukan apa sahaja, untuk menyesatkan manusia. Membuatkan kita merasa bangga dengan kejahatan yang dilakukan. Sehingga kita tidak berasa malu sungguhpun melakukannya di khalayak ramai atau di alam maya. Kita akan menjadi insan yang rugi, jika Allah juga sudah tidak mempedulikan kita. Tidak memberi peringatan kepada kita. Membiarkan kita bergelumang dengan dosa.

Ingat! Manfaatkan dengan sebaiknya. Facebook boleh jadi sumber pahala kita di akhirat. Boleh juga menjadi sumber dosa di akhirat kelak.

Bagaimana ianya boleh menjadi sumber dosa? Apabila kita menggunakan Facebook untuk upload gambar yang tidak menutup aurat. Menggunakan untuk mengumpat dan menghina orang, dan pelbagai lagi perkara negatif.

Bagaimana ianya boleh menjadi sumber pahala? Apabila kita memanfaatkan Facebook dengan sebaiknya.Share perkara yang mendatangkan kebaikan kepada umum. Banyak ayat Al Quran, Hadith dan kisah teladan yang memberikan manfaat. Tetapi, awas! Pastikan dulu ia daripada sumber yang sahih! Selidik dahulu. Dikhuatiri niat melakukan kebaikan, sebaliknya mendapat dosa pula, kerana menghebahkan perkara yang tidak sahih.

Masih belum terlambat

Kadangkala, abi juga tidak menggunakan Facebook dengan sebaiknya. Ada sahaja post atau share perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Abi juga manusia biasa, bukannya malaikat. Sering melakukan kesilapan. Dengan teknologi Facebook Timeline, kita dapat mengakses semua post yang terdahulu. Sejak daripada kita register Facebook sehinggalah sekarang. Memaparkan apa sahaja yang kita lakukan diFacebook. Maka abi gunakan peluang tersebut untuk delete post yang tidak mendatangkan manfaat. Sungguhpun penat, ia berbaloi.

Itu hanya di Facebook. Kita mampu delete semula post kita yang terdahulu.

Bagaimana pula ketika di akhirat kelak? Allah akan memaparkan semua yang telah kita lakukan, sejak kita register sebagai hamba Allah sehinggalah saat kematian. Segala kebaikan dan keburukan akan dipaparkan. Adakah kita boleh delete begitu sahaja dosa yang kita telah lakukan, seperti kita delete post di Facebook?

Bertaubat sebelum terlambat. Muhasabah diri. Facebook atau Face It (hadapinya). 



1 ulasan

Mooniqueen berkata...

Good sharing...
Kdg2 ramai betul manusia
Kat fb ni dok meluahkan perasaan...
Dok mengata org la..