Isnin, 29 Oktober 2012

HARGAILAH KEHIDUPAN DENGAN SAYANG DAN CINTA.



HIDUP TERLALU SINGKAT. HIDUP HANYA SEKALI. Yang pergi tak akan kembali. Yang hilang mungkin tumbuh lagi, tetapi tidak semua perkara akan tumbuh semula. Adakah ibubapa yang hilang akan berganti? Adakah anak, isteri, suami yang pergi, akan pulang semula?

Justeru, hargailah semuanya selama segalanya masih ada. Pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, lebarkan senyuman. Mungkin esok anda tidak pulang atau tidak ada lagi si dia yang setia menunggu di muka pintu. Mungkin anda yang pergi atau dia yang pergi. Hargailah kehidupan dengan sayang dan cinta. Kita tidak akan bahagia, selagi orang di sisi kita tidak bahagia!



Jumaat, 26 Oktober 2012

ISLAMIC QUOTES





I asked Allah for strength and Allah gave me difficulties to make me strong, I asked Allah for wisdom and Allah gave me problems to solve, I asked Allah for courage and Allah gave me obstacles to overcome, I asked Allah for love and Allah gave me troubled people to help, I asked Allah for favours and Allah gave me opportunities. Maybe I recieved nothing I wanted, but I received everything I needed.


The believer speaks little, but does much. And the hypocrite talks a lot, but does little.


The intelligent person's tongue is behind his heart: when he wants to speak, he first thinks. If [his words] will be in his favor, he says them, and if they will be against him, he does not speak. And the ignorant person's heart is behind his tongue: when he merely thinks of saying something, he says it, whether it is for or against him.


The year is like a tree, months are its branches, days are the branch sticks, hours are its leaves, and the breaths are its fruits. Therefore, if one's breaths are in obedience [to Allah and His Messenger], the fruits of his tree are good. If they are in disobedience, his fruits are bitter. The harvest is on the Appointed Day, when one's fruits are found out to be either good or bitter.



Khamis, 25 Oktober 2012

Doa Hari Arafah


Digalakan berdoa pada Hari Arafah.

Dari Amr bin Syuaib bahwa Nabi saw. bersabda,

"Doa terbaik adalah doa di hari Arafah. Dan ucapan terbaik yang saya dan para nabi sebelumku ucapkan adalah laa ilaha illallahu wahdahu laa syarika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syay`in qadir.

(Tidak ada sembahan yang hak selain Allah semata tidak ada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya semua kekuasaan, hanya milik-Nya semua pujian, dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu). 

(HR. At-Tirmizi no. 3585 dan dinyatakan hasan oleh Al-Albani dalam Shahih At-Tirmizi: 3/184)

Kepada yang berpuasa sunat pada hari ini, selamat menjalani ibadah puasa. 



Rabu, 24 Oktober 2012

Membuka aib sendiri?



" Isshhh.. mana ada orang yang dengan rela hati dan tanpa rasa apa-apa, hendak membuka aibnya sendiri? Buat malu sahaja." 

" Ada. Sudah banyak manusia yang membuka aibnya sendiri. Namun aku tidak pasti samada mereka sedar ataupun tidak dengan apa yang mereka lakukan."

Nota : GreenAppleKu sedang dalam proses belajar menulis menggunakan BMT. Berbalik semula kepada tajuk di atas, perkongsian artikel dari rakan blogger. Jom baca.

Jangan jadikan Facebook sebagai diari. Post perkara yang tidak sepatutnya. Jangan mengadu masalah kita di Facebook semata-mata, tetapi face it! Hadapi masalah kita. Mengadu masalah kita kepada Allah.

Tidak semua perkara perlu kita hebahkan kepada umum. Tambahan pula perkara tersebut bersifat peribadi, sehingga mengaibkan diri sendiri.

Upload gambar yang tidak menutup aurat dengan sempurna, dengan posing yang menggoda. Comment status bertujuan untuk mengumpat dan menjatuhkan orang lain. Post status mesra antara boyfriend dan girlfriend.

Mungkin anda tidak berniat apa-apa, tatkala melakukan perkara sedemikian di alam maya. Tetapi, bagaimana pula dengan orang yang membacanya? Anda sendiri yang membuka pekung di dada. Maka, jangan disalahkan orang yang menegur.

Abi berasa sedih. Ada yang bangga, menceritakan maksiat yang telah dilakukan. Segalanya diceritakan diFacebook. Di mana sifat malu anda? Kenapa anda membuka aib sendiri?

Bersumberkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, ia berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:

"Semua umatku diampuni kecuali orang-orang yang melakukan perbuatan maksiat secara terang-terangan. Salah satu contoh perbuatan maksiat ialah, seseorang melakukan suatu perbuatan pada malam hari, padahal Allah menutupinya, namun kemudian pada pagi harinya ia bercerita kepada orang lain: 'Hai fulan, semalam aku melakukan ini dan itu." Sebenarnya ia tidur malam dengan ditutupi aibnya oleh Tuhannya, tetapi pagi harinya ia menyingkap sendiri tabir Allah itu darinya.”
(Hadith riwayat Al-Bukhari(6069) dan Muslim(6990))

Jangan terpedaya

Syaitan dan hawa nafsu akan melakukan apa sahaja, untuk menyesatkan manusia. Membuatkan kita merasa bangga dengan kejahatan yang dilakukan. Sehingga kita tidak berasa malu sungguhpun melakukannya di khalayak ramai atau di alam maya. Kita akan menjadi insan yang rugi, jika Allah juga sudah tidak mempedulikan kita. Tidak memberi peringatan kepada kita. Membiarkan kita bergelumang dengan dosa.

Ingat! Manfaatkan dengan sebaiknya. Facebook boleh jadi sumber pahala kita di akhirat. Boleh juga menjadi sumber dosa di akhirat kelak.

Bagaimana ianya boleh menjadi sumber dosa? Apabila kita menggunakan Facebook untuk upload gambar yang tidak menutup aurat. Menggunakan untuk mengumpat dan menghina orang, dan pelbagai lagi perkara negatif.

Bagaimana ianya boleh menjadi sumber pahala? Apabila kita memanfaatkan Facebook dengan sebaiknya.Share perkara yang mendatangkan kebaikan kepada umum. Banyak ayat Al Quran, Hadith dan kisah teladan yang memberikan manfaat. Tetapi, awas! Pastikan dulu ia daripada sumber yang sahih! Selidik dahulu. Dikhuatiri niat melakukan kebaikan, sebaliknya mendapat dosa pula, kerana menghebahkan perkara yang tidak sahih.

Masih belum terlambat

Kadangkala, abi juga tidak menggunakan Facebook dengan sebaiknya. Ada sahaja post atau share perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Abi juga manusia biasa, bukannya malaikat. Sering melakukan kesilapan. Dengan teknologi Facebook Timeline, kita dapat mengakses semua post yang terdahulu. Sejak daripada kita register Facebook sehinggalah sekarang. Memaparkan apa sahaja yang kita lakukan diFacebook. Maka abi gunakan peluang tersebut untuk delete post yang tidak mendatangkan manfaat. Sungguhpun penat, ia berbaloi.

Itu hanya di Facebook. Kita mampu delete semula post kita yang terdahulu.

Bagaimana pula ketika di akhirat kelak? Allah akan memaparkan semua yang telah kita lakukan, sejak kita register sebagai hamba Allah sehinggalah saat kematian. Segala kebaikan dan keburukan akan dipaparkan. Adakah kita boleh delete begitu sahaja dosa yang kita telah lakukan, seperti kita delete post di Facebook?

Bertaubat sebelum terlambat. Muhasabah diri. Facebook atau Face It (hadapinya). 



Rabu, 10 Oktober 2012

You love him doesn't mean you'll marry him, you give your everything doesn't mean he'll marry you.



Nota GreenAppleKu : Wanita, jangan terlalu murah dan mudah menyerahkan diri atas nama cinta. Lelaki jangan terlalu murah dan mudah mengambil kesempatan atas nama cinta. 

BERUBAH KEPADA YANG BAIK itu kadangkala MUDAH tetapi untuk mengekalkan diri dalam keadaan yang baik itu selalunya SUKAR (ISTIQAMAH)..
Pemuda pemudi di waktu lapang, mudah terdorong untuk melakukan MAKSIAT bagi yang LEMAH IMANNYA..maka, kita perlulah menjaga IBADAH WAJIB dan DITAMBAH juga dengan IBADAH SUNAT untuk MENGUATKAN hati, agar kita terus istiqamah dalam kebaikan..♥♥ InsyaAllah..:)

And the story begin....

"Zaman sekarang bukan main mudah nak dapat 'awek'. Umpama petik jari sahaja dah boleh dapat. Kenapa tidak? Kenyit-kenyit mata sikit, bomkan ayat-ayat cinta sikit, 'confirm' dah boleh dapat.

Zaman sekarang bukan main mudah untuk dapat 'awek muslimah'. Mungkin tidak semudah petik jari tetapi kalau bijak bermain kata, cuba ucapkan ayat-ayat berbaur keinsafan sikit, tunjuk gaya penampilan yang nampak
alim sikit, ucapkan kata-kata tazkirah 'confirm' dah boleh dapat.

Haih! Inilah yang terjadi apabila terlalu kerap disajikan program-program televisyen (drama/ realiti tv/ filem) yang konon-konon berbentuk keagamaan tetapi banyak yang tidak mengikut syariat.

Bagaimana boleh watak seorang ustaz dipaparkan sedang bercinta dengan seorang wanita 'alim'? Dan bagaimana pula sekumpulan pelajar Mesir yang ditunjukkan dalam sebuah drama pergi melancong berempat (dua lelaki dan dua perempuan) bersama-sama seolah-olah mereka tidak tahu bahawa perkara-perkara begitu boleh menimbulkan fitnah? (kerana bukan urusan penting)

Patutlah segelintir remaja yang tidak memahami konsep bercinta 'cintun' menganggap bahawa 'couple' itu dibenarkan dalam Islam asalkan tidak pegang tangan dan bersentuhan cukuplah untuk perkara itu menjadi halal.

Tetapi, zaman sekarang bukan main payah untuk kita jumpa dan miliki hati Muslimah Mujahidah Solehah, kerana mereka ini bukan sebarang wanita.

Mereka ialah wanita-wanita yang berpegang pada prinsip hidup! Bagi mereka ketegasan terhadap kaum Adam itu adalah satu mutiara dalam hidup mereka, sifat manja (gedik) terhadap kaum Adam yang ajnabi langsung tidak akan wujud dalam diri mereka!!

Inilah contoh Muslimah Mujahidah Solehah! Jadi, wahai kaum hawa buatlah pilihan untuk berada di golongan wanita yang bagaimana. Saya yakin! Anda sudah mampu berfikir yang baik dan buruk tentang sesuatu perkara."


Isnin, 8 Oktober 2012

May Allah help me to always follow this golden rule!


                          
Dunia diciptakan untuk memenuhi keperluan manusia bukan keinginannya.

Segelintir manusia yang sudah mencukupi dengan yang 'sedikit'. Anehnya, ramai yang masih tidak puas dengan yang 'banyak'. 

"Katakanlah olehmu, Dia yang telah memelihara (membelai) akan kamu dan telah mengadakan bagimu pendengaran dan penglihatan dan perasaan (hati). Sedikit sekali (daripada) kamu (yang) bersyukur. " al Mulk: 23


Nota : Motivasi dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi.


Sabtu, 6 Oktober 2012

RUANG DOSA DI FACEBOOK




Mungkin kita pernah terbaca dengan beberapa ungkapan yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh, cuba lihat di wall facebook kita atau sahabat-sahabat yang lain.

" Hari ini saya keluar dating dengan bf saya"
"Seronoknya keluar ngan **** semalam kat mall, thanx!!!"
"Awak ni gatal la sayang ;-)"
"baby, bila lagi nak 'study' sama-sama?"
"awak cantik pakai baju itu, cun"

Dan pelbagai lagi contoh-contoh komen, yang tak sepatutnya. Kemudian, agak menyedihkan, apabila kita muat naik gambar, tanpa kita sedari, mendedahkan aurat kita sendiri, dan bergambar dengan pasangan bukan muhrim secara berpegangan tangan atau berpelukan.

Mungkin, kita tidak mempunyai apa-apa niat, malah rasa bersahaja apabila menulis komen-komen serta meletakkan gambar tersebut. Tapi sedarkah kita, kita telah membuka keaiban diri kita sendiri, dengan menghebahkan perkara tersebut kepada pengetahuan umum?

Menurut buku "Sabil An-Najat Min Syu-um Al-Ma'shiyat" atau "15 Kaedah Selamat Dari Maksiat", penulisan Muhammad bin Abdullah Al-Duwais, beliau ada menyatakan jangan hebah apabila berbuat maksiat. Terdapat beberapa nas agama yang boleh dikongsikan.

Bersumberkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, ia berkata:

" Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Semua umatku diampuni kecuali orang-orang yang melakukan perbuatan maksiat secara terang-terangan. Salah satu contoh perbuatan maksiat ialah, seseorang melakukan suatu perbuatan pada malam hari, padahal Allah menutupinya, namun kemudian pada pagi harinya ia bercerita kepada orang lain: 'Hai polan, semalam aku melakukan ini dan itu." Sebenarnya ia tidur malam dengan ditutupi aibnya oleh Tuhannya, tetapi pagi harinya ia menyingkap sendiri tabir Allah itu darinya."
(riwayat Al-Bukhari(6069) dan Muslim(6990)

Malangnya bagi kita, apabila kita gagal mengawal hawa nafsu kita daripada melakukan maksiat. Nafsu tersebut dikenali sebagai Nafsu Ammarah. Nafsu jenis ini sering menjurus melakukan maksiat dan kejahatan, serta sering mengikut hawa nafsu dan tidak sesekali melawannya. Maksiat yang dilakukan terasa seronok dan lazat, malah berbangga dengannya. (sumber majalah Solusi isu 25)

Adakah kita gembira apabila tergolong dalam golongan-golongan tersebut? Sudahlah kita melakukan maksiat seperti berdua-duaan bukan muhrim, berpegangan tangan, dan pelbagai lagi maksiat yang kita lakukan, nauzubillah. Kemudian, kita menghebahkannya dalam laman web sosial, dan berbangga dengan perbuatan tersebut. Kita jadikan nafsu sebagai tuhan. MashaAllah.

"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?."
(Surah al-Jatsiyah ayat 23)

Kita sering tertipu dengan godaan hawa nafsu. Sudahlah kita melakukan kemungkaran, malah menghebahkannya kepada umum. Di mana tempat kita di sisi Allah? Timbulkan persoalan dalam diri anda, jika anda melakukan sedemikian.

Justeru, sudah semestinya kita tidak mahu tergolong dalam golongan-golongan yang dimurkai Allah, bukan? Jadi, janganlah kita melakukan kemungkaran, seterusnya tiada apa yang perlu dihebahkan kepada umum, tentang perkara terkutuk tersebut, kan? Kawal hawa nafsu kita, jangan biar hawa nafsu mengawal kita.

Seorang mukmin yang mengaku berasa takut kepada Allah dan menganggapNya sebagai Tuhan Yang maha Agung, apabila suatu waktu terjerumus dalam suatu perbuatan maksiat dan melanggar apa yang tidak boleh dilakukan, seharusnya ia benci maksiat tersebut dan seboleh mungkin berusaha agar jangan sampai diketahui oleh sesiapa pun. Malah, jangan menceritakan kepada orang lain sehingga diketahui umum. Berehati-hatilah dengan setiap tindakan yang kita lakukan, terutamanya dalam laman web sosial, kerana kita mungkin membuka aib sendiri, tanpa kita sedar.

Tetapi, ingat sahabat-sahabatku! Ini bukannya kebenaran atau platform untuk kita melakukan maksiat! Maksiat tetap harus dijauhi, supaya tidak menimbulkan kemurkaan Allah. Bertaubat sebelum terlambat!


Khamis, 4 Oktober 2012

Tips penjagaan laptop











Penggunaan komputer riba atau laptop adalah trend masa kini. Mudah dibawa serta menampilkan gaya eksklusif. Biar pun telah lama digunakan dengan penjagaan yang sempurna ia seperti baru dibeli. Penjagaan komputer riba yang efektif memanjangkan jangka hayat penggunaannya. Ikutilah beberapa tip cara penjagaan komputer riba anda.

1.Bateri

- Elakkan daripada penggunaan bateri.

- Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.

- Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.

- Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.

- Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2. Papan Kekunci.

- Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.

- Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.

- Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

3. Skrin LCD

- Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.

- Gunakan screen saver.

- Power management setkan pada 'Turn Off monitor in ... minutes'.

- Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.

- Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan 'Dead pixel'.

4. Haba Panas

- Pasikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.

- Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

5. Surge Protector

- Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.

- Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.

- Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.

- Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.

6. Port

- Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.

- Gunakan berus atau berus gigi lama.

- Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.



Nota : Alah membeli, menang memakai. Jaga baik-baik ya.


Rabu, 3 Oktober 2012

"Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia.."



"Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia.."

"Kenapa pulak?"

"Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah."

Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..

Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.

Ya.. begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber'couple', iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.

~Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih. 

Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber'couple'. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.

Itu barulah 'saling menyayangi' namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?

Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber'couple' itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber'couple' (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya 'kehilangan' atau perpisahan. Kerana 'kehilangan' atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.

Allah 'Azza Wa Jalla berfirman;

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)

"Biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia."

Sahabat-sahabat semua.. Marilah sama-sama kita renungkan... Belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita 'bercouple' bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.

Jika pasangan kita itu ditaqdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun 'suprise' yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.

Kesimpulannya, serahkan lah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal. 

Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga Doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.

" Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,

Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.

(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, "Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s"



Selasa, 2 Oktober 2012

Setiap penyakit akan ada ubatnya. Penyakit yang paling sukar diubati adalah penyakit hati manusia.


بَلَى مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُ أَجْرُهُ عِندَ رَبِّهِ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ

(Tidak demikian) bahkan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati
(Al-Baqara 2:112)


Terdapat 18 cara dan rawatan hati yang perlu dilakukan supaya hati dapat dirawat dan terhindar daripada penyakit hati. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT dengan sedalam-dalamnya.

2. Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.

3. Mendekatkan kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.

4. Khusyuk dalam solat.

5. Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT.

6. Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya.

7. Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.

8. Beriktikad dengan akidah yang betul.

9. Sentiasa melakukan muhasabah diri.

10. Memperuntukkan masa bagi Allah SWT menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.

11. Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.

12. Tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT dalam segenap tindakan dan perbuatan.

13. Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.

14. Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.

15. Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.

16. Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.

17. Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.

18. Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.

Marilah beramal dengan 18 perkara di atas yang akan mendekatkan hubungan hati kita dengan Allah SWT dan meningkatkan ilmu dan amal dan istiqamah dengan jalan yang hak. Hanya hati yang bersih, mulia, sejahtera dan ikhlas akan dapat memasuki syurga Allah SWT yang bebas daripada penyakit-penyakit hati.

Artikel oleh Ustaz Abu Basyer


Isnin, 1 Oktober 2012

Petua Rasulullah s.a.w buat yang menghidap penyakit kronik..




Sekiranya ada diantara sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dan lain-lain) pujuklah mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saw;

"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Menurut Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.

Mesti cuba! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua.

by Ustaz Zahazan Mohamed


NetKL Network

Catatan Popular