ANGGOTA SUJUD TIDAK DIJAMAH API NERAKA. - Eiza GreenAppleKu

ANGGOTA SUJUD TIDAK DIJAMAH API NERAKA.



" Pastikan sujud betul-betul. Di akhirat nanti, anggota sujud tidak akan dijilat api neraka." Tidak habis-habis ustaz mengeluarkan fakta-fakta penting untuk kami.

Benar, kesan sujud tidak akan dimamah api neraka biarpun tuan empunya badan dihumban ke neraka. Hal ini dirakamkan dalam sebuah hadis.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Setelah beberapa ketika penghuni neraka diseksa, Allah mengarahkan malaikat-Nya supaya mengeluarkan ahli neraka yang pernah menyembah Allah. Maka malaikat pun mengeluarkan mereka. Mereka dikenal pasti dengan kesan sujud. Sesungguhnya Allah telah mengharamkan api menjamah kesan sujud pada badan seorang ahli neraka." Riwayat Ibn Khuzaimah.


Nota
Beberapa ciri sujud yang sempurna seperti berikut:

1. Tujuh anggota mesti dicecahkan ke lantai; muka (dahi dan hidung), kedua-dua tapak tangan, lutut dan tapak kaki (dengan jari-jari kaki dibengkokkan sedikit).

2. Siku mesti terangkat dan renggang daripada badan. Jangan dicecahkan lengan ke lantai.



Teks : Ustaz Muhammad Luqman Makhtar


Tiada ulasan

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.