TQ to Rusydee Artz.

  • Aku akan di haramkan daripada mendapat ilmu yang bermanfaat.
    Aku pasti sentiasa murung dan akan wujud keresahan dalam hati.
    Segala urusan yang aku lalui setiap hari pasti dihurung kesusahan dan kepayahan.
    Perkara ketaatan di haramkan daripada diriku.
    Aku diharamkan daripada mendapat keberkatan.
    Terasa sempitnya dadaku.
    Aku terus bergelumang dengan pelbagai perkara buruk lagi.
    Dosa dan maksiat itu menjadi kebiasaan bagiku.
    Sedihnya apabila Allah menghina diriku ini.
    Hatiku bertambah pedih ketika manusia lain memandang hina kepadaku.
    Bahkan, binatang ternakan turut melaknatiku.
    Hanya kehinaan yang layak buat diriku.
    Hatiku di penuhi dengan titik-titik hitam.
    Aku di selubungi kelaknatan.
    Doa aku terhijap dan terhalang daripada dimakbulkan.
    Aku tidak lagi mengecapi kebahagiaan.
    Perisai malu tidak lagi bertahan dalam diriku.
    Tanpa disedari, nikmat yang ada akan di tarik oleh Allah.
    Diri aku sudah tentu dibaluti perasaan takut yang tidak terperi.
    Aku mampu ditawan oleh syaitan dengan mudah.
    Pengakhiran hidupku sudah tentu dalam keadaan yang buruk.
    Akhirnya, azab dan seksaan Allah menantiku di akhirat.


    Ya Allah, aku ingin bertaubat.... aku menyesal atas segala dosa dan maksiat yang aku telah lakukan....


    (Rujukan : Ibn al-Qayyin, al-Da’wa al-Dawa’)


3 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. cukup cantikkk

    "Ramadhan itu di permulaannya adalah rahmat, dipertengahannya maghfirah dan diakhirnya pelepasan dari azab api neraka".

    BalasPadam
  2. Teruskan usaha, kalau ada apa2 termampu kita bantu, kita kongsikan maklumat sama2.

    BalasPadam
  3. Tahniah! Teruskan usaha berkongsikan maklumat2 berguna begini

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama