Apakah perbezaan antara "sudah siap" dan "sudah sempurna"? Ada perbezaan besar antara kedua-duanya. 

Sudah siap tidak semestinya sempurna, tetapi jika sudah sempurna, itu tandanya sudah siap.

Pencapaian kerjaya seseorang diukur dengan KPI (Key Performance Index). Kualiti sesuatu produk pula boleh dipantau oleh SIRIM. Kemantapan pengurusan sesebuah institusi boleh disahkan oleh ISO. 

Namun, kualiti ibadah, mampukah kita nilai sebelum di timbang di mizan?

Apa kata kita laksanakan satu konsep yang mudah : sempurnakan ibadah, bukan sahaja melaksanakan sehingga selesai. Itulah yang akan menentukan kualiti ibadah kita terjaga. 


Apa sangatnya cerewet sedikit dengan kualiti dan kuantiti ibadah kita. Untuk masuk ke dalam syurga bukannya percuma bukan? Kita perlu "membayarnya" dengan "harta" tertentu terlebih dahulu di dunia. Lebih baik bersusah-susah dahulu di dunia, agar dapat bersenang-senang kemudian di akhirat. Jangan pula merana dek kerana bersenang-senang dahulu di dunia, bersusah-susah kemudian di akhirat. Nauzubillah.


Mulai saat ini, pastikan ibadah kita sempurna ; sebelum, semasa dan juga selepasnya.


Sebelum dengan niat yang ikhlas dan ilmu yang mencukupi, semasa dengan penghayatan ibadah yang luar biasa dan seterusnya diakhiri dengan rasa takut dan berharap yang seimbang.




sumber rujukan : Majalah Solusi isu no.46

2 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama