My Instagram

Bagaimana nak tahu tunang lelaki anda betul betul beriman, mudah sahaja caranya.



Pertama korang kena pastikan lokasi tempat tinggal pasangan korang, adakah mereka berada di Sabah? Terengganu? Atau di mana mana sahaja, lepas tu sila rujuk lokasi mereka dengan jadual waktu solat dengan klik pada web web Islamic, boleh rujuk sidebar blog keretamayat.

Ok, sekarang, lepas 5 minit masuk waktu solat di lokasi pasangan anda berada, cuba telefon (atau suruh muhrim telefon) dan dengar jawapan pasangan anda. Jika:

Jawapan A: Rindu kat abang ke? Sedang buat apa tu, kitapun rindu kat awak.

Jawapan B: Saya baru nak makan, awak dah makan?

Jawapan C: Saya baru nak tidur, terima kasih telefon saya kerana nak teman saya tidur.

Jawapan D: Saya baru nak solat, awak uzur ke? Telefon lagi 15 minit, insyAllah.

Jawapan E: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS, “saya solat tadi. Kenapa?”

Jawapan F: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS: “Tolong jangan telefon saya selepas azan, kerana saya ada temu janji dengan Tuhan.”

Jawapan G: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS: “saya solat di masjid tadi, jika mahu bincang pasal kahwin saya akan call sekarang, jika tiada apa apa, baik SMS sahaja,.”

Dah selesai hubungi tunang anda selepas 5 minit azan selama tiga hari bertutut turut?



Berikut adalah KEPUTUSAN kepada ujian telefon 5 minit selepas azan di atas:

Jika jawapan A:
Sah belum sempurna iman tunang kau, sebab solat lengah lengah dan tak rasa bersalah, sebaliknya ghairah nak bercakap tentang cinta dan kasih sayang, jap lagi jika di layan, akan cerita dalam kain lah tu, astarfrullahal azim..

Jika jawapan B:
Belum jelas jugak akan tahap iman tunang awak, sebab makan dulu baru solat, mungkin tunang akan cakap, saya jika tak makan, nanti solat tak khusyuk, tapi jawapan orang yang beriman, saya tak boleh nak khusyuk untuk makan sebab teringat pada solat. Woha!

Jika jawapan C:
Ni lagi sekor, dah azan pun nak tidur dulu? Memang naya dapat tunang macam ni. Putus sahaja!

Jika jawapan D:
Alhamdullilah, ada ciri ciri orang beriman. Kan sedap ‘bunyi’nya.., kan?

Jika jawapan E:
Alhamdullilah, lagi bagus dari D, sebab SMS sahaja, jaga aurat, jaga adab, jaga akhlak. Tahniah!

Jika jawapan F dan G: Markah penuh! Sangat sesuai dijadikan suami.

woha


Sekian, sila telefon waktu haid, sebab lepas azan 5 minit masih sempat telefon tunang, itu tanda kaupun ada masalah iman. Dua dua hampeh.

GreenAppleKu : Blogger Kereta Mayat yang amat sinonim dengan ayat WOHA. Bila nak lakukan ujian ini terhadap tunang anda?:)

Buat yang masih tercari-cari pasangan hidup, sila pilih calon anda berdasarkan dua perkara berikut..

Pertama : Baik dari segi agamanya..
Kedua : Baik dari segi akhlaknya...

Insyaallah.. bahagia. Salam sayang buat semua.

5 ulasan

Tentang Kita berkata...

rasanye ramai yg berlakon tang solat...cakap jer solat tp sebenarnya tak buat...kata2 x selari dgn perbuatan...

Mooniqueen berkata...

Hehe... Bagus la entry ni utk pasangan yg nak mencari calon suami or isteri...

Ismi Iman berkata...

^_^

Tanpa Nama berkata...

tapi.. saya rasa yg E,F,G tu cam tgh menipu, nak elakkan kantoi. boleh?

logorithm berkata...

Lama tak singgah sini...

Jawapan F dan G tuh rasanya macam inmpossible...