My Instagram

Prioriti tinggi untuk dijadikan calon menantu dan calon suami.



Lelaki rambut style up-to-date memang nampak segak, tapi rasa macam lebih segak pula bila pakai kopiah. Suci gitu. Tapi, kalau pakai kopiah, sembahyang malas tak jadi apa juga.

Kemon la, hentikanlah kata yang pakai kopiah tu "ustaz" or yang pakai tudung labuh tu "ustazah" (dengan nada nak perli orang). Biarlah dia nak pakai kopiah, puji sikit bagi semangat bagus juga.

Pelajar-pelajar agama tak perlu segan dan malu pakai kopiah. Ni tengok orang lain tak pakai kopiah, nak buang kopiah gak.

Tapi takpe, bukan benda wajib pun kan. Cuma nampak lebih..sopan kot.

:)

Kelebihan memakai kopiah:

- sunnah or syiar Islam

- dapat pahala, insyaAllah

- nampak macam orang masjid, so kenalah rajin ke masjid solat. Jangan 'nampak' je.

- mencegah mata dari melihat awek-awek seksi or mengurat tak tentu hala. ingatlah kopiah di kepala. ingatlah Allah melihatmu jua.

- mencegah dari masuk ke tempat-tempat tak sepatutnya seperti karaoke, disko, gigs, konsert2 dll.

- mengingatkan diri supaya sentiasa jadi baik, praktis mek perfek.

- prioriti tinggi untuk dijadikan calon menantu dan calon suami.

- muka lebih jernih walaupun tak hensem, insyaAllah.



Tiada ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!