Ibunda's Delight

Sabtu, 12 Mei 2012

Fruits chocolate tart. Ada sesiapa yang suka makan tak?

Teruja melihat gambar tart chocolate yang cantik. Hati terus terpikat. Terpikat untuk merasa keenakkan tart tersebut. Lalu resepi di copy paste untuk simpanan peribadi tuan blog. Ada masa nanti bolehlah mencuba resepinya. Nyum..nyum..


Tengok 'based' pun dah sedap. Ada juga yang kena ratah sebelum diletak intinya.


Tart yang telah di letakkan inti. Hias dengan buah-buahan kegemaran. Saya nak letak hirisan epal hijau. :P



Zoom 90%. Baru jelas penglihatan. 



Sedia untuk di makan. Tunggu apa lagi, serbuuuuu. :P

Kepada yang tidak sabar untuk mencuba resepinya, berikut adalah bahan dan cara membuat fruits chocolate tart. Selamat mencuba dan semoga berjaya ya.

FRUITS CHOCOLATE TART

250 gm coklat gelap kompaun ~ dicairkan
Buah-buahan segar
Acuan cawan kecil ~ ita guna silicon 

Filling
250 gm cream cheese
1/4 cawan gula kastor
50 gm Non Dairy Whipping Cream

Pastikan acuan benar-benar kering sebelum diisi coklat ( boleh gunakan alat pengering rambut ) 
Mula-mula kita cairkan coklat secara double boiler.
Ita cairkan juga sedikit coklat putih untuk memberikan corak marble
Ita sapukan sedikit coklat putih dalam acuan cawan kecil, kemudian tuangkan pula coklat gelap kompoun yang telah cair tadi ke dalam acuan.
Ratakan coklat
Hentak-hentak sedikit acuan untuk mengeluarkan gelembung udara
Terbalikkan acuan untuk mengeluarkan semula lebihan coklat ~ terbalikkan dalam bekas coklat tadi
Biarkan sebentar
Sejukkan dalam peti ais
Jika terlalu nipis ulang semula langkah tadi sehingga dapat ketebalan yg diinginkan
Keluarkan coklat daripada acuan.

Satukan cheese dan gula halus dan pukul hingga sebati dan bercream
Pukul Non Dairy Whipping hingga kental
Satukan kedua bahan tersebut dan kaup balik adunan hingga rata
Masukkan adunan dalam piping bag, dan paipkan dalam cawan coklat
Hiaskan dengan buah-buahan segar
Sejukkan dalam peti ais hingga krim mengeras
Sedia dinikmati.

* Boleh juga kalau nak letak inti kastard.

Kalau filling cream cheese tak boleh letak kat luar lama ye.. kalau kastard boleh dan sesuai juga buat gift.. kot untuk hari Ibu atau hari guru.

GreenAppleKu : Terima kasih kepada Azlita Aziz di atas perkongsian resepi ini.   


2 ulasan:

efa berkata...

Bluppp...sedapnya nanak jga T__T

babycomel berkata...

sgt teruja nak makan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...