Jumaat, 9 Mac 2012

ANDAI IMPIAN TIDAK SEINDAH REALITI..



Tajuk artikel dah seperti tajuk novel la pula. Herm... Sering terjadi dalam hidup ini, adakalanya kita selalu mengimpikan 'a' namun 'b' yang kita dapat. Andaikan seperti membeli sehelai baju. Kita dah jatuh hati dengan satu design sehelai baju. Belek pada harga, berpatutan. Kita pun minta pembantu jualan mencari saiz untuk kita namun.. 

" Cik, maaf yer..saiz untuk cik dah 'sold out', ni jer yang tinggal. " 

Dengan hati yang 'frust' kita mengucapkan terima kasih dan melangkah pergi.

Hinggalah pada suatu hari, kita menerima satu bungkusan hadiah dari (......) (anda isikan sendiri dari siapa yer. ) :-)  Dengan rakusnya kertas pembalut hadiah di koyak dan kotak di buka, wow.. jaket berhud hitam! Nice..


Moral of the story..

Pujuklah hati apabila sesuatu yang berbeza dengan kehendak kita berlaku dalam hidup ini. Setiap yang Allah takdirkan pasti ada hikmah dan kebaikannya. 

Mungkin kita inginkan kesenangan, tapi Allah anugerahkan kesabaran. Kita inginkan keindahan, tetapi Allah kurniakan kebenaran. 

Bukankah kesabaran dan kebenaran itu lebih berharga daripada keindahan dan kesenangan?


6 ulasan:

Faiz berkata...

salam kak..
saya kenal kata2 tu..dari ustaz pahrol kan?..
kadang2 rasa sukarnya nak memujuk hati..

gadisBunga berkata...

er jap, awak betul2 dapat ke hoodie jacket tuh? hihi~

iboo berkata...

yup so true...kita hanya mampu merancang, selebihnya serahkan pada Dia. :)

GreenAppleKu.com berkata...

Faiz ~ Salam. Yup. Betul. Ustaz Pahrol merupakan salah seorang penulis kegemaran Sis. Banyak penulisannya yang terkesan di jiwa. Namun biasalah, penulisan ustaz2 ni, ramai yang kurang gemar, jadi gunakanlah kreativiti anugerah Allah untuk sebarkan ilmu untuk manfaat semua. (Jgn lupa kreditkan pd blog mereka)

Tapi kebanyakkan Ustaz memberi kebenaran untuk kita sebarkan tanpa mengharapkan sebarang kredit kerna bagi mereka, idea dtgnya dari Allah dan keberkatan dari Allah yg menjadi impian.

Saham di akhirat lebih UTAMA dari 'kredit link' dari manusia. Dan konsep ini Sis gunakan utk blog picisan ini. Share dan sebarkan apa2 artikel yg terkesan di hati. Tidak perlu letak link blog greenappleku. :)

adikz_in berkata...

ANDAI IMPIAN TIDAK SEINDAH REALITI..

Impian yang diidamkan kadang2 hanya bersifat sementara..sebab yg tbaik ada di depan kita..cume kita yg x tahu..bila impian x seindah mimpi..serah dan yakin kepada Allah..insyaAllah Impian yang mungkin bg kita telah musnah skrg akan nampak kebaikan nya di masa akan dtg.. dan itulah REALITI yg kdg2 buruk di mata kita sebaliknya terbaik di mata orang lain..

Hanya DIA yang tahu.. yakin lah..

~aZrin~

Faiz berkata...

benar tu kak..insyaallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...