SYARAT-SYARAT UNTUK BERJAYA DALAM PERCINTAAN..



Salam ceria buat semua. Satu tajuk artikel yang sentak pemikiran bila terbaca. Siapa yang tidak mahu berjaya dalam percintaankan. Bukan sesuatu yang mengejutkan sekiranya kita biasa terdengar hatta terbaca, ada sesetengah manusia yang sanggup mengamalkan pelbagai cara, mengumpul segala tips agar diri berjaya dalam percintaan. 

Ada yang sanggup mandi bunga, pakai susuk penyerilah dan ada yang lebih drastik sehingga sanggup menggunakan perkhidmatan bomoh! Semua ini semata-mata hanya kerana CINTA. 

Hati terasa gembira bila si dia idaman menjadi milik kita. Namun, setelah beberapa tempoh perkenalan, tiba-tiba bagai ada yang tidak kena dengan percintaan itu. Terputus di tengah jalan. Dimana silapnya? Salah siapa? Dan jika 'putus cinta' ini berulang kali di alami, tidak mustahil kita akan berkata, AKU TAK PERCAYA CINTA.

Mari muhasabah diri berfikir KERANA APA AKU CINTA DIA...


CINTA kerana RUPA, cinta yang PURA-PURA..
bila MENINGKAT USIA, cinta LAYU bersama..

Cinta kerana WANG, sangat mudah TERBANG..
ada WANG hati pun SAYANG, tiada wang cinta MELAYANG..

Cinta kerana PANGKAT, cinta yang TIDAK LEKAT..
manakan bisa mendapat BERKAT jika hanya memandang DARJAT..

Cinta kerana ILLAHI, itulah cinta HAKIKI..
rasa cinta yang TIADA MATI..
bersemi lagi di SYURGA FIRDAUSI..


Nota : Jangan lupa senyum ye.


Ulasan

Scarlett O'Hara berkata…
Cinta tu sbenarnya adalah ubat yang pahit...
sha my heart berkata…
suka kata2 tu =)

Self-Rewards

NetKL Network

Catatan popular daripada blog ini

CERPEN : NAFAS CINTA INSYIRAH

D'FOLIA MENJADIKAN WANITA LEBIH BERSERI DARI DALAM

AYAH GAY MALAS BEKERJA

DATO' HARON DIN, PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA'