My Instagram

DI FITNAH!!




‎" Memfitnah lebih buruk bahayanya daripada membunuh.." 
 Tak takutkah pada Allah ?


Fitnah melibatkan manusia dan manusia yang lain. Tidak terjadi di kalangan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Oleh itu dosa ini digolongkan dosa sesama manusia. Maka dosa ini tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan meminta ampun orang yang difitnah. Kini, menyebar fitnah seolah-olah perkara yang kecil bagi manusia sekarang.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 

Betapa besar hukuman yang dikenakan terhadap mereka yang menjadi penyebar fitnah. Tidak masuk syurga! Jika tidak masuk syurga ke nerakalah tempatnya. Tidak ada istilah ‘duduk di tengah-tengah’ bagi mereka yang melakukan kejahatan.


GreenAppleKu : Sebarkan fitnah ni 'sedap'. Sebab tu tidak terasa langsung kesannya apatah lagi nak terfikir akan balasannya kelak kan. Ada masa, jom layan ceramah Ustaz Kazim Elias untuk menambah ilmu bab fitnah ni. 
Bagaimana terjadinya fitnah ? Adakah kita pernah terlibat secara tidak sengaja  dan kita tidak sedar yang kita sedang menyebarkan fitnah.





2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Eiza.. betul tu fitnah lebih bahaya dari membunuh...Dunia maya adalah satu medium yg sangat mudah utk menyebar fitnah... oleh setiap apa yg kita baca pastikan dulu kebenaran sumbernya dan jangan mudah telan bulat2 apa yg dibaca di dunia maya ini sebelum ada bukti yg jelas... apatah lagi selepas baca sesuatu berita fitnah kita pergi sampaikan pula kpd org lain melalui facebook atau blog sedangkan kita blm pasti kebenarannnya... tak pasal-pasal kita pun bersekongkol sekali...

    BalasPadam
  2. Dr Hafiz , Waalaikumsalam Dr.
    You are right. Pastikan dahulu kebenaran sesuatu cerita sebelum di sebarkan. Jika was2, lebih baik berDIAM.

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!