Rabu, 30 November 2011

MENJADI PEMANDU UNTUK NAFSU


Kredit to Doodle Dakwah













Satu cara untuk mengetahui sejauh mana kita benar-benar beriman ialah dengan mengukur sejauh mana kesan dosa terhadap hati kita? 

Apakah hati kita akan terasa kesal dan menyesal dengan dosa? 

Atau kita merasa biasa-biasa sahaja apabila berdosa? Jika terasa menyesal, itu petanda iman masih ada di dalam dada. 

Sebaliknya, jika dosa tidak memberi kesan apa, malah kita tetap gembira… itu satu petanda buruk. Iman kita amat lemah, Hati kita sedang sakit. Boleh jadi sudah menanti masa sahaja untuk melayang.

Apa tanda menyesal? 

Menyesal bukan menyesal jika kita hanya berasa sedih tanpa berbuat apa-apa. Tetapi menyesal yang sebenarnya apabila kita mula bertindak selaras dengan apa yang kita kesalkan. 

Kita menyesal dengan dosa? Langkahnya, terus kita tempuhi jalan-jalan taubat dengan memberhentikannya, niat tidak akan mengulanginya lagi dan berbuat baik sebagai ‘galang-ganti’ kepada kejahatan yang kita lakukan itu.


GreenAppleKu : Sebagai penambah ilmu untuk diri sendiri. Untuk baca selanjutnya, klik blog Ustaz Pahrol Mohd Juoi.







BERAPA KALI SEHARI KORANG CALL LOVER KORANG?


GreenAppleKu : Wordless Wednesday tapi saya memang banyak word yang hendak di share dengan semua. Berapa kali sehari korang call LOVER korang?

TQ to Doodle Dakwah

Selasa, 29 November 2011

SILIH GANTI RASA


GreenAppleKu : Petikan dari tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Di Mana DIA di Hatiku?



ANDA TAK NAK OBESITI? KETAHUI CARANYA DI SINI..


Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada menghadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. ~ Wikipedia


GreenAppleKu : Lebihkan SERAT kurangkan SARAT. 





Jumaat, 25 November 2011

CINTA TERAKHIR

TQ to Rusydee Artz





Nota : Sila klik lagu di bawah untuk lebih 'feel'. :) 


AIMAN: "Aku dengar, perempuan yang kau sangat cintai itu tak balas cinta engkau."

ZACK: "Ya."

AIMAN: "Tapi kenapa aku tengok engkau tidak bersedih pun?"

ZACK: "Buat apa aku nak bersedih? Aku hanya kehilangan orang yang tidak cintakan aku. Tetapi dia kehilangan orang yang benar-benar mencintai dirinya."


GreenAppleKu  

Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah.

Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati.

Hari ini dan esok, bak kata Saiyidina Umar: "..waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri.."

Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Sabarlah hingga kau temukan permata.






Rabu, 23 November 2011

3 DERIA BUAT SUAMI TETAP LEKAT


GreenAppleKu : Artikel perkongsian ilmu rumahtangga Dr.Juanda untuk mereka yang telah bergelar suami isteri, mereka yang telah bertunang, baru hendak bertunang dan buat mereka yang sedang tercari-cari calon isteri dan calon suami. Lengkapkan ilmu di dada moga kebahagian milik anda. 

Kredit to GOOGLE
Kepuasan lelaki ada pada wanita, kerana wanita diciptakan untuk mendampingi lelaki yang dahagakan kasih sayang, dan begitulah sebaliknya. Keresahan dan kegelisahan suami hanya terubat dengan ketenangan dan kelembutan tangan isteri. Sentuhan dan belaian isteri mampu menenteramkan jiwanya. Jika kebahagiaan suami di tangan isterinya, maka kesengsaraannya juga berpunca dari kelemahan isteri memenuhi tanggungjawabnya. Jika ada kepincangan ketika keduanya melakukan tugas sebagai sepasang kekasih maka suasana saat itu pasti menjadi tegang, masing-masing menuntut pasangannya berperanan dengan sempurna.

Isteri yang kurang mahir menjaga makan minum suami berada pada kedudukan yang amat merbahaya. Begitu juga suami yang tak pandai mengambil hati isteri menyebabkan isteri cepat tersinggung, akhirnya membawa keretakan yang sedikit demi sedikit melemahkan mahligai rumahtangga mereka.

Para isteri sebenarnya mampu menambat hati suami mereka dengan menguasai tiga deria sensitif suami anda.

1. Deria penciuman.
Untuk melegakan stress suami yang penat seharian bekerja, anda digalakkan mandi dan berhias, memakai wangian yang lembut, mengemas bilik tidur dalam keadaan rapi dan wangi, tentu saja bukan hanya suami yang rasa tenang, anda sendiri juga akan merasakan kelapangan hati walaupun duduk di rumah yang sempit. Perlu diingat oleh para isteri, bauan yang wangi itu adalah hak suami, semestinya di dalam rumah anda, mesti lebih cantik dan wangi berbanding di luar rumah.

2. Deria penglihatan.
Mata adalah organ seks yang pertama terangsang. Oleh itu di dalam Al-Quran, surah Al-Nur ayat 30-31 jelas menerangkan tentang suruhan menundukkan pandangan bagi lelaki dan wanita yang bukan mahram. Maksud ayat tersebut: ”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka, sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan.” 

Demikianlah kehebatan mata, kerana panahannya terus jatuh ke hati. Apabila isteri tidak suka berhias untuk suaminya, ke manakah pandangan mata suami akan tertumpu? Relakah anda jika suami lebih berminat memandang wanita lain? Kecantikan adalah daya tarikan luar biasa bagi setiap lelaki. Jangan beralasan, ”Tak pa! Suami I kuat imannya!” Iman boleh padam juga kalau hari-hari dicabar dengan pemandangan yang menaikkan berahi. Nauzu billah! Semua lelaki adalah insan biasa, bukan malaikat yang tak pernah berdosa.

3. Deria rasa.
Kalau sudah pandai memasak, belajarlah menghidang dengan cara yang menyelerakan. Hidangan ala restoran mahal walaupun bahan yang digunakan murah sahaja. Apabila suami dan isteri sama-sama penat seharian bekerja, bolehlah anda minta supaya suami temankan anda memasak, dia tak reti tak memasakpun tak apa asalkan duduk bersama di dapur sambil bersembang, si suami pula jangan anggap isteri itu macam orang gaji. 

Kalau mahukan sesuatupun mintalah dengan lemah lembut gaya bahasa 2P; Puji dan pujuk. Cukup senang menambat hati suami anda, tolong jaga makan minumnya dan waktu rehatnya. Jika isteri mampu lakukan semua itu, dialah syurga di hati suami.

Kepada para suami, hendaklah diingat!!
Isteri bukan pelayan anda! Isteri adalah pendamping setia, tetapi kerana cinta, dia sanggup menjadikan seorang suami sebagai raja. Kalau anda mahu kekal berada di hatinya, jadikanlah diri anda raja yang bergantung kepada kekuatan isteri. Kerana anda bukan apa-apa jika tiada di sisinya.

Bagi isteri pula jangan ambil kesempatan atas sikap suami yang penurut dan taat. Kebanyakan suami jenis ini manis di rumah tetapi di luar semasa ketiadaan anda dia boleh melepaskan ‘ketidakpuasannya’ kepada yang lain. Banyak kita dengar suami mencari-cari kelemahan isteri ketika ia menjalin cinta dengan wanita lain. Sebelum nasi itu jadi bubur sebaiknya anda pastikan suami tetap lekat dengan petua-petua di atas.

Elok juga jika suami anda jenis yang mahukan segalanya sempurna (perfect), rumah kemas, anak-anak kemas, isteripun kena timbang berat badan, makan ubat dan ramuan yang meningkatkan keintiman, isteri mesti belajar memasak dan sebagainya, walaupun isteri merasa tertekan dengan karakter suami yang sebegini tapi pada akhirnya keperibadian isteri akan semakin hebat. 

Biarlah suami anda kuat berleter jika itu demi kebaikan anda juga, tetapi jika suami jenis tak kisah rumah berselerak, anak-anak tak terurus, isteri tak jaga penampilan, makan minum di luar, jangan terkejut jika ia langsung tak berminat kepada anda lagi. Bukan hendak salahkan isteri, tetapi anda dan suami mesti saling menolong menjaga hati masing-masing.


Selasa, 22 November 2011

AKU BUKAN BAIK SANGAT.


TQ Zack Zukhairi


Pernah kita dengari ini...?

"Aku bukan baik sangat. Tak layak pun nak cakap hal-hal islamik ni", kata GreenAppleKu (bukan nama sebenar). Nadanya bercampur baur seolah-olah mengkritik dirinya sendiri.

"Aku takdela jahat sangat. Jahat-jahat aku pun, aku pandai solat lagi. Cakap pun takdela jahat-jahat sangat", luah Zack (bukan nama sebenar juga).

"Paling-paling kurang pun aku pakai tudung, tak macam kau yang free hair tu", getus Lisa (juga bukan nama sebenar). Kata-kata perlinya memuncak. Terasa puas dapat diluahkan.

Kita sering mendengar perbualan sebegini. Pernahkah kita terfikir, siapa kita untuk menilai kebaikan dan keburukan diri sendiri? Adakah kalimah-kalimah 

"Aku bukan baik sangat", 

"Aku memang jahat pun", 

atau berbagai lagi kata-kata kesat kepada diri sendiri adalah satu kepuasan?

Tanpa kita sedar, kita seolah-olah berlagak seperti tuhan untuk mengklasifikasikan sejauh mana baik atau buruk diri sendiri. Kita memang wajar merendahkan diri dan menjauhi riak, tetapi tidaklah keterlaluan sehingga boleh menggambarkan keaiban diri.

Allah swt menyuruh kita supaya muhasabah diri dan perbanyakkan menghitung kesalahan sendiri bukanlah semata-mata menghitung kesalahan, tapi memperbaiki diri ke arah lebih baik adalah lebih bermakna... 

Sama-sama muhassabah diri kita...


Isnin, 21 November 2011

PANDUAN MENCARI JODOH UNTUK WANITA PROFESIONAL


TQ, Google


Sepatah dua kata dari tuan blog : Cuti sekolah tiba lagi. Jalan raya tidaklah sibuk jika hendak di bandingkan dengan semasa musim persekolahan. Mak ayah sibuk 'plan' mana nak bawa anak-anak sepanjang cuti sekolah ni. 

Ada yang hantar anak ke kem motivasi, dengan harapan adalah perkara berfaedah yang di lalukan oleh anak dari hanya sekadar makan, main dan tidur. Hahaha. 
Dan ada juga yang hantar anak balik ke kampung untuk lepak bersama atok dan nenek tercinta. Biar riuh suara datuk dan nenek mengejar cucu keliling rumah. :)

Waktu cuti sekolah juga amat sinonim dengan musim kenduri kendara. Asal cuti sekolah jer kenduri. Asal kenduri jer cuti sekolah. 

Wahhh, panjang lah pula bebelan dari tuan blog yang agak lama tidak membebel di dalam blog dek kerana kesibukkan dengan aktiviti dan lambakan tugasan harian. Terima kasih yang tidak terhingga buat korang yang selalu terjah, singgah, baca dan komen. Terharu tuan blog di hati. 

Berikut adalah artikel perkongsian untuk semua terutamanya buat mereka yang masih belum bertemu jodoh. Jika anda telah bertemu jodoh, boleh juga di 'share' pada rakan yang masih solo. :) 


Agak panjang. Anda di sarankan sabar ketika membaca sehingga ke titik akhir. Mempersembahkan... 


Keperluan kepada teman hidup di alam perkahwinan menjadi impian setiap wanita. Walaupun jodoh dan rezeki, ajal dan maut telah ditentukan ketika kita masih di alam rahim lagi, bukan bererti anda patut berserah diri dan tawakal buta semata-mata. Allah SWT menyukai hamba-hamba-Nya yang berikhtiar dan jerih payah mereka akan mendapat ganjaran pahalanya.

Bagi wanita profesional yang sangat sibuk dengan kerjaya tentu saja mereka ada impian untuk berumahtangga, akan tetapi perancangan yang dibuat belum dapat terwujud disebabkan faktor-faktor tertentu yang menghalang hasrat mereka itu. Bagi mereka yang ingin mendapat jodoh yang baik dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat seelok-eloknya anda meneliti beberapa tips yang akan membantu anda mencapai impian tersebut.

1. Tanamkan niat yang ikhlas.
Cuba selami hasrat hati anda dan temukan kejujuran di dalamnya bahawa anda amat memerlukan pasangan hidup, jangan mengelak dan menafikan kebenaran ini. Kemudian sandarkan hasrat itu pada ganjaran pahala yang dijanjikan Allah. Pernikahan adalah ibadah. Jalan untuk mensucikan diri dan akhlak, menambah rezeki dan amalan yang menyamai setengah dari agama. Sepertimana sabda Baginda SAW: ”Apabila seorang hamba telah berkeluarga, bererti ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya. Maka takutlah (bertakwa) kepada Allah dengan separuh yang lainnya.” (Hadis riwayat Al-Thabrani).

Bahkan taraf pernikahan sama dengan kemuliaan berjihad di jalan Allah. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW: ”Tiga golongan orang yang pasti mendapat pertolongan Allah, iaitu hamba mukatab yang bermaksud melunasi perjanjiannya, orang yang menikah dengan maksud memelihara kehormatannya dan orang yang berjihad di jalan Allah.” (Hadis riwayat Al-Turmudzi, Al-Nasai, Al-Hakim, Al-Daru Quthni dengan darjat sahih).

Niat untuk mendapatkan rezeki berupa zuriat yang salih adalah menjadi pendorong untuk menyegerakan pernikahan. Semaklah kata-kata Umar bin Al-Khattab ketika berkahwin. ”Sungguh, aku memaksakan diri berkahwin dengan harapan Allah akan mengkurniakan dariku makhluk yang akan bertasbih dan berzikir kepada-Nya.” Betapa besar pahala amal jariah yang dilakukan oleh pasangan yang menikah kerana Allah, kerana dari pernikahan itu akan lahir hamba-hamba Allah yang bersujud dan tersebarlah agama Allah ini dengan berkat pernikahan yang diredai-Nya.

2. Lakukan Muhasabah Diri.
Seorang wanita yang kenal dengan keperibadiannya sendiri adalah wanita yang cerdik dan matang. Sesetengah wanita merasa tiada keyakinan untuk hidup bersama seseorang yang bernama suami. Anda takut menghadapi risiko dan mungkin krisis rumahtangga yang menjejaskan kebahagiaan. Akhirnya perkahwinan menjadi suatu fobia bagi diri anda. Janganlah merasa bimbang kerana itu adalah hal yang normal, tetapi sikap putus asa dan tidak mahu berusaha untuk memperbaki diri adalah perkara negatif yang harus dielakkan. Segala sesuatu mempunyai risiko, hidup ini adalah perjalanan yang penuh dengan risiko. Yang terpenting adalah bagaimana anda menghadapinya dengan berani dan bersungguh-sungguh. Jangan takut sebelum berjuang. Kerana itu adalah sikap orang yang lemah.

Muhasabah diri maknanya anda melengkapkan diri anda dengan sikap yang baik, minda yang positif, menjadi orang yang mudah didekati dan yang paling penting adalah menjaga hubungan dengan Allah sebaik-baiknya. Kerana apabila Rahmat Allah telah tercurah di hati seorang wanita, maka Allah menjadikan seluruh manusia sayang dan kasih kepadanya. Jika orang-orang di sekeliling anda melihat sesuatu yang istimewa pada diri anda, pastikan ianya berasal dari keteguhan iman dan keperibadian anda yang salihah. Demikianlah sabda Rasulullah SAW: Dalam hadis qudsi Allah berfirman: ”Sesungguhnya Aku mencintai si fulan, maka cintailah ia. Kemudian Jibril mencintai orang itu dan berkata ia kepada penghuni langit, ”Sesungguhnya Allah mencintai si fulan maka cintailah dia. Maka penghuni langitpun mencintai orang itu, setelah itu kecintaan-Nya diteruskan kepada penghuni bumi.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3. Ikhtiar Mencari Pasangan.
Dalam Islam, hak memilih pasangan bukan hak monopoli lelaki saja. Wanita juga disuruh untuk menentukan dengan siapa dia mahu dikahwinkan. Sesuai dengan sabda Rasulullah SAW: ”Jangan kamu kahwinkan seorang gadis kecuali dengan izinnya, sedangkan persetujuannya adalah diamnya.” Usaha untuk mendapat teman hidup mesti dilakukan dengan serius dan bersungguh-sungguh. Dengan syarat anda mesti menjaga adab-adab dan akhlak dalam menjalinkan perhubungan dengan kaum lelaki. Penglibatan anda dalam pelbagai komuniti selain di tempat kerja adalah amat digalakkan agar anda dapat berkenal-kenalan dengan tujuan dan niat yang ikhlas. Tidak salah jika anda meminta tolong orang lain untuk mencarikan lelaki yang sesuai. Begitulah yang pernah dilakukan oleh Khadijah RA ketika meminang Rasulullah SAW, tetapi anda harus memilih orang yang amanah dan jujur untuk kerja ini. Pilihan orang tua tiada salahnya untuk dipertimbangkan.

Yang paling penting ialah proses memilih mesti dengan syarat. Iman dan akhlak yang mulia dijadikan syarat mutlak bagi lelaki yang akan mendampingi hidup anda sepanjang hayat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW: ”Jika datang kepada kalian orang yang baik agama dan akhlaknya maka nikahkanlah dia dengan putrimu.” (Hadis riwayat al-Turmizi). Jangan lupa berdoa dan sembahyang istikharah supaya Allah menenteramkan hati anda untuk bersedia memilih yang terbaik. Ingatlah sabda Rasulullah SAW: ”Mintalah fatwa (pendapat) pada hatimu, kebaikan itu adalah apa-apa yang tenteram jiwa padanya dan tenteram juga hati. Dan Keburukan (dosa) itu adalah apa-apa yang syak dalam jiwa dan ragu-ragu dalam hati walaupun orang-orang memberi fatwa (pendapat) kepadamu dan mereka membenarkannya.”

4. Jangan cerewet memilih dan jangan pula terburu-buru.
Apabila anda disuruh menilai lelaki yang akan menjadi calon suami anda, akan timbul perasaan sensitif dalam hati anda. Bahkan anda akan lebih berasa sensitif dari kebiasaannya. Anda menjadi lebih kuat insting dan ketajaman menilai orang lain. Peka dengan kekurangan-kekurangan pada diri lelaki tersebut. Atau sebaliknya merasa dia lebih hebat dari anda sehingga timbul sikap rendah diri yang akhirnya memusnahkan keinginan untuk meneruskan perhubungan itu. Dilema yang dihadapi timbul dari penyakit-penyakit hati yang kurang ikhlas. Menjadi sensitif adalah baik dalam hal-hal yang penting dan asasi seperti agama dan akhlaknya, tetapi sikap terlalu cerewet dalam hal yang remeh temeh sudah menunjukkan anda tidak matang dalam memilih. Padahal lelaki itu hanya kurang sedikit tinggi atau agak gelap kulitnya. Bukankah yang paling mulia di sisi Allah yang paling takwa?

Akan tetapi jangan pula terburu-buru menerimanya tanpa usul periksa. Sikap berhati-hati amat penting sepertimana kisah berikut ini ketika Umar RA menilai seorang sahabat yang meminta jawatan penting dalam pentadbirannya. Lalu beliau menyuruh orang tersebut memanggil sahabat terdekatnya. Umar bertanya: ”Apakah engkau kenal orang ini? Jawabnya: ”Ya”. ”Apakah engkau menemaninya dalam perjalanan yang jauh sehingga engkau tahu perangai serta akhlaknya? Jawabnya: ”Tidak.” ”Apakah engkau pernah bermuamalah dengannya sehingga engkau tahu dia sangat takut memakan harta yang haram? Jawabnya: ”Tidak.” ”Apakah pernah terjadi permusuhan antara engkau dan dia?” Jawabnya: ”Tidak” Apakah kau hanya mengenalnya ketika ia duduk di masjid? ” Jawabnya: ”Ya. Pergilah kau dari sini, kamu sesungguhnya tidak mengenal saudaramu itu selain melihatnya mengangkat dan menundukkan kepala di masjid.” 

Dalam memeriksa dan menilai orang lain khalifah Umar RA amat teliti dan berhati-hati. Demikian pula dengan anda yang hendak memilih seorang pendamping yang akan membimbing anda di jalan Allah dalam suka dan duka. Teliti tetapi jangan terlalu cerewet dan mintalah petunjuk Allah dalam memilih. Dan jangan pernah berhenti berikhtiar untuk mendapatkan syurga dunia dan akhirat.



Ahad, 20 November 2011

AL QURAN SEBAGAI UBAT MELERAIKAN DUKA




Al Quran itu mengandung mukjizat sebagai ubat penenang bagi siapa yang ditimpa kecemasan, gelisah, sukar tidur, dan dibayang-bayangi oleh pikiran buruk. “Syekh Abi Qasim Al Qusyairi merasa sedih karena putra tersayangnya sakit keras. Ketika sedang tidur, ia bermimpi berjumpa “Rasulullah S.a.w. Ia mengeluhkan keadaannya kepada RasulullaS.A.w.. Bagaimana usahamu dengan ayat-ayat penyembuhan (syifa?),“ tanya Rasulullah S.A.W.

Ketika bangun ia berfikir tentang ayat-ayat penyembuhan itu. Dia menemukan 6 (enam) ayat tersebut dalam kandungan Al Quran yaitu :

1 “ Serta melegakan hati orang-orang yang beriman.“ (Q.S. At -Taubah :14).

2. “ Dan Al Quran itu penyembuh bagi penyakit-penyakit yang berada dalam dada.“ (QS.Yunus : 57 ).

3. “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia.“ (QS. An-Nahl : 69.)

4. “Dan Kami turunkan dari Al Quran itu suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.“ (QS. Al- Isra : 82).

5. .“Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan aku.“ . (QS.Asy-Syuara :80).

6. “Katakanlah Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman.“ (QS. Fhusilat : 44).

Segera ia membacakan ayat-ayat tersebut kepada anaknya dan ternyata ia seakan terlepas dari belenggu ikatan yang memberatkan. Maka dari itu diantara Doa Rasulullah S.A.W, tiap selesai membaca Al Quran, “Aku bermohon kepada-MU ya Allah, Jadikanlah Al Quran yang agung ini sebagai penyembuh dadaku, pembebas sedihku dan kesembuhan untuk dadaku.“

Seorang lelaki menceritakan perihalnya kepada Abdullah bin Mas’ud , “Wahai Ibnu Mas’ud! Sudah lama aku menderita. Makanku tidak enak, tidurku tidak nyenyak, dan hatiku selalu gelisah.“ Laksana seorang doktor yang teramat ahli, Abdullah bin Mas’ud langsung berkata, “Kalau demikian keadaanmu, maka aku nasihatkan agar engkau melakukan tiga perkara :

Pertama bacalah Al Quran. Kalau kamu tidak mampu membacanya, cukup mendengarkan dan hayati maknanya. Kemudian yang kedua hadiri tazkirah – tazkirah agama. Dan ketiga, bawa hatimu berdiam dimalam sepi dengan melakukan solat tahajjud. Insya Allah penderitaanmu akan berakhir.“ Masya Allah. Baru saja lelaki itu mendengar resepi yang teramat mujarab dari salah seorang sahabat dekat Rasulullah S.A.W, ini hatinya mulai tenang, dan wajahnya nampak ceria,bersegera pulang ke rumahnya.

Dia ambil mashhab Al Quran yang memang sudah lama tidak dibacanya itu. Pelan-pelan tapi pasti. Tiap ayat demi ayat yang dibacanya, hatinya bertambah lega. Akhirnya bukan saja rasa dukacitanya sirna, tapi ia menjadi ketagihan membaca Al Quran. Sungguh ajaib. Masya Allah.

Rasulullah S.A.W bersabda :

“Sinarilah rumah-rumah kamu sekalian dengan SOlat Sunat dan bacaan Al Quran“ (HR.Baihaqi).

Rumah nampak terang benderang menurut pandangan Allah Subhanahu wa Ta’ala apabila di dalamnya selalu ada ayat-ayat suci Al Quran yang dibaca. Hati menjadi lega, pemaaf, dermawan dan sifat terpuji lainnya.

Dalam Hadis lain Rasulullah S.A.W menegaskan :

“Dan tidaklah suatu kelompok yang ada di dalam masjid Allah merasa tenang, kecuali mereka membaca kitab Allah dan menderasnya serta berusaha menyingkapkan kata-kata kepada pengertian yang benar dari ayat yang dibaca.“ Abu Hurairah R.A berkata, “Rumah yang didalamnya dibacakan Al Quran akan dilimpahi kebaikan, dihadiri para malaikat dan akan dijauhi oleh syaitan. Dan rumah yang dialamnya tidak pernah dibacakan Al Quran, akan terasa sempit, tidak ada kebaikan, didatangi oleh syaitan dan dijauhi oleh malaikat“ (Az-Zuhud). “Diceritakan, ada seorang lelaki mengeluh kepada Rasulullah Rasulullah S.A.W. “Ya Rasulullah. Dadaku merasa sempit dan sesak nafasku.” Rasulullah S.A.W. menjawab, “Bacalah Al Quran “ (HR. Abu Said Al Khudry).

Para kaum shalafus solehin (orang-orang soleh)’ menjadikan Al Quran selain sebagai sumber hukum, juga sebagai penyiram dan penyejuk hati ditengah gersangnya kehidupan. Serta mereka menjadikan Al Quran sebagai wirid dalam beribadah. Sangat dianjurkan ketika membaca Al Quran sekaligus menghayati maknanya.

Ujar Ibrahim al-Khawash, “Yang menyembuhkan penyakit hati ada lima yaitu :

Pertama, membaca Al Quran dengan menelaah maknanya. Kedua perut yang kosong (shaum/puasa). Ketiga, Qiyamul lail., Keempat, Mendekatkan diri kepada Allah diwaktu sahur, dan Kelima bergaul dengan orang-orang soleh“ (At-Tibyan).

Rasulullah S.A.W pun pernah memberi resepi kepada Khalid bin Walid, ketika mantan panglima perang Islam kenamaan itu menderita sakit neurosa. Yang pertama agar ia istiqamah membaca Al Quran. Yang kedua, agar banyak berdoa dan yang ketiga jangan meninggalkan qiyamul lail.

Karena itu pesan salah seorang Ulama Tabi’in, “Hendaknya disedari betul, bahawa Al Quran itu mempunyai Dwi fungsi, iaitu di dunia ini menenteramkan jiwa yang gelisah, mengubati penyakit yang tak mampu disembuhkan oleh doktar, menerangi keadaan yang gelap, sedang di akhirat memberikan kenikmatan hidup yang abadi.“

Sahabat-sahabat yang di rahmati Allah S.W.T,yang benar haq semua dari Allah S.w.t,yang kurang dan khilaf mohon maaf sangat ’’akhirul qalam “Wa tawasau bi al-haq Watawa saubil shabr “.

Semoga Allah Subhanahu wa ta’ala . sentiasa menunjukkan kita pada sesuatu yang di redhai dan di cintai-NYA..Aamiin Allahuma Aamiin.

sumber : Jannati Baiti


Sabtu, 19 November 2011

SUCIKAN HATI DENGAN BERTAUBAT



" And singing life is all that we need..
But the lies is all that we see..
Raise your hand high up in the sky..
Missing secrets you will find......"

GreenAppleKu : Tak nak intro panjang lebar. Mari menghayati penulisan Rusydee yang wajib di baca hingga habis.



Taubat: Pintu Gerbang Kehidupan Baru
Kalam agungNya dalam Surah al-Baqarah [2:222]:
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri."
Saya meneliti bahawasanya Islam sangat mementingkan kesucian diri lahiriyyah dan batiniyyah (luar dan dalam), contohnya manusia tidak dapat lari dari terkena kotoran samada berupa debu, najis dan sebagainya. Lalu, Allah memerintahkan manusia dengan berwudhu' untuk menyucikan diri dari debu-debu dan mikroorganisma2 yang melekat pada tubuh. Kemudian memperbaharui wudhu' itu lagi setiap kali hendak bersolat. 5 kali solat, 5 kali wudhu', 5 kali kita bersih dari kotoran. Jika dah bersih dan suci dari kotoran, susah kan nak kena penyakit? Malah ada kajian mengatakan kulit yang bermasalah (berjerawat dsb) boleh dikurangkan hanya dengan kerap berwudhu'. Bukan itu sahaja kelebihannya, malah disebut dalam hadis, Rasulullah menanti orang2 yang mempunyai tanda-tanda putih di kepala dan kakinya kerana bekas wudhu'. Dan baginda menanti di telaga Kautsar di akhirat kelak. Dah ambil wudhu', jangan lupa solat plak.

Itu dari kesucian luarannya. Bagaimana pula mensucikan seluruhnya luar dan dalam?; dari noda dan dosa-dosa silam tidak kiralah kecil atau besar dosa itu. Ya, Taubat Nasuha. Untuk memulakan kehidupan baru, tidak cukup hanya dengan azam dan perbuatan, tetapi perlu dibuka dengan Taubat. Jika dah berubah, tetapi tidak bertaubat saya kira ianya tidak balance.

Jangan Takut 'tuk Sujud Bertaubat

Dalam riwayat Muslim ada menyebut, dari Abu Musa bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah membukakan TanganNya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada petang harinya. Allah juga membukakan TanganNyapada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa pada malam harinya, sampailah matahari terbit dari tempat tenggelamnya (kiamat)."
Lihat, 24 jam waktu Allah buka untuk mengampunkan dosa-dosa kita. Betapa Pemurahnya Tuhan kita. Masjid pun tak bukak 24 jam kat Malaysia ni. Tapi kita masih lagi menangguh-nangguh, menunggu-nunggu, beralasan 'tak sampai seru lagi' (ala2 kaum Jabbariyyah), masih tak ready untuk bertaubat. Hairan. Saya pun juga hairan dengan diri sendiri. Lebih kurang je. Peluang kat depan mata, tapi taknak jugak grab cepat-cepat. Bila dah nyawa di kerongkong, pintu taubat sudah tertutup. Menyesal pun dah tak guna. 

Apakah itu Rân?

Firman Allah dalam Surah al-Muthaffifin [83:14]:
Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.
Dengan kata lain, saya fahami sebagai kotoran yang berupa titik-titik hitam yang kita kumpulkan sehari-hari bersumber dari dosa-dosa kecil sehinggalah dosa besar. Kotoran hitam pekat yang menyelaputi hati kita. Tiada cara lain untuk membersihkan Ran ini kecuali dengan taubat dan mohon keampunan dari Allah. Pentingnya buang Ran ni sebab jika hati dah hitam, hidup akan jadi tidak bertujuan. Iman tergugat, tercabut iman. Tidak tenang, resah gelisah, cepat marah, murung, sakit hati, sakit hati pada orang lain dan sedih. Semuanya adalah kerana Ran inilah. Segala penyakit jiwa dan hati adalah kerana kuantiti Ran yang menancap kuat pada hati kita. Mari kita nyahkan Ran ini dengan taubat. Stop maksiat, mari taubat. Ayuh!

Untuk berjuang, membangunkan umat, menjaga umat Islam dan agama kita..marilah kita taubat. Buang Ran, hidup tenang. InsyaAllah.


Cara Taubat Paling Senang

Solat sunat dua rakaat diniatkan dengan sungguh-sungguh semata2 memohon keampunan dari Allah. "Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala". Bacalah apa sahaja surah yang diketahui. Yang penting, insaf betul-betul, tidak lagi mengulangi dan mengharapkan hidup baru dalam redha Allah.

Saya doakan diri saya berjaya taubat. Juga kamu sekalian. Amin.

Jumaat, 18 November 2011

WAHAI TEMAN WANITAKU, JAGALAH KESUCIAN DAN KEHORMATAN DIRI..




Ringkasnya, wahai teman wanitaku jagalah kesucian diri dan kehormatan diri sebelum berkahwin. Jangan pegang-pegang, jangan sentuh-sentuh. Jagalah hati tetap untuk satu cinta dunia yakni pada suami yang berhak. Teguhkan hati untuk satu cinta kekal selama-lamanya yakni pada Allah dan Rasulullah. Kemudian, kamu mampu berbangga dan bersyukur jika berjaya mempertahankannya sehingga saatnya kamu di akadkan. Tidak salah mendabik dada (tidak berlebihan) depan suami. Kamu memang layak berbangga.

Namun, bagaimana pula dengan yang tidak berjaya mempertahankan kesucian, kehormatan dan imannya sebelum berkahwin? 

Bertaubatlah, nescaya taubat nasuha mensucikan diri anda kembali hati dan iman. Simpanlah dan lupakanlah aib, kisah hitam anda sampai mati. Jika dengan aib itu, akan merosakkan hubungan dua insan dan rumahtangga maka rahsiakanlah. Tidak wajar mendedah aib sendiri walaupun berterus terang adalah lebih baik. 
Kadang-kadang ada yang perlu disembunyi dari didedahkan. Kerana manusia bukan Tuhan. Manusia menghakimi dengan kejam dan tidak adil berdasarkan kisah-kis silam kita, tapi Allah tidak begitu. Allah Maha Pengampun sedang manusia bukan pemberi sebarang pengampunan. Manusia hanya memaafkan, tetapi tidak mengampunkan dosa hitam. 

Akhir kata, jagalah kesucian dan kehormatan anda demi satu cinta yang murni. Yang tidak lagi suci, sucikan kembali diri dengan penyesalan yang sungguh-sungguh, tidak mengulangi lagi silap yang sama dan mulakan hidup baru dengan percaya penuh, Allah masih beri peluang untuk kita walaupun manusia tidak beri peluang pada diri kita. Ingat, kita tak perlukan manusia utk menilai kita, tapi kitalah yang nilai diri kita sendiri dan kita sendiri yang bagi peluang diri sendiri berubah.



Khamis, 17 November 2011

HATI ANDA ADALAH CERMIN WAJAH ANDA..




Semua orang pun cantik dan lawa sebenarnya. Tiada istilah hodoh, buruk pada ciptaan Allah SWT. Bersyukurlah dengan diri anda sendiri. Setiap orang ada kelebihan masing-masing. 

Acapkali manusia tertipu dengan kecantikan wajah, dan mengenepikan kecantikan akhlak. Seiringkanlah..jika hati cantik, akhlak cantik..insyaAllah wajah kita pun akan tempias dengan kecantikan dalaman kita. Hati anda cerminan wajah anda. :)


GreenAppleKu : Jangan takbur, jangan riak, jangan pandang rendah pada orang lain apatah lagi pandang hina pada orang. Sebab di sisi Allahswt, kita semua sama sahaja tarafnya iaitu HAMBA Allahswt.





Rabu, 16 November 2011

CINTA BUKAN MILIK KITA. SETIAP PERPISAHAN TIDAK SIA-SIA.




Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah.

Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati.

Hari ini dan esok, bak kata Saiyidina Umar: "..waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri.."

Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Sabarlah hingga kau temukan permata.



PERTANDINGAN SIAPA PALING BEST SELAMATKAN KELUARGA DARI AZAB API NERAKA.



Hidup ini bukan pertandingan paras rupa pasangan siapa paling best, tetapi pertandingan siapa paling best selamatkan keluarganya dari azab api neraka.

Qurratul Ain = penyejuk mata, sejuk pada pandangan, redup pada pandangan mata kasar dan mata hati.








Isnin, 14 November 2011

STOP LOOKING FOR LOVE.





Stop looking for love, let it find you. Usually, when you look for it, you find it in all the wrong places and the wrong people. That's why you have all of those failed relationship attempts, that's why you always have your heart broken. When you least expect it, love will find you, it's gonna feel amazing 'cause this time, you didn't try to find someone, someone found you.



MENUTUP AURAT ADALAH PAKAIAN WANITA SOLEHAH. WANITA YANG JAHAT TIDAK AKAN MAMPU MEMAKAI PAKAIAN WANITA SOLEHAH.


GreenAppleKu : Seringkali kita terdengar mahupun terbaca tajuk di atas menjadi bual bicara. Semoga dengan perkongsian artikel ini, terbuka minda untuk berubah. 




Anak muda di hadapan saya terus mengasak saya dengan hujah-hujah logiknya. Senang melihat anak muda yang berani dan berterus-terang begitu. Hujahnya tajam dan menikam.

“Tidak semestinya wanita yang menutup aurat itu baik, “ tegasnya.

“Saya kenal beberapa orang wanita yang menutup aurat… perangai mereka ada yang lebih buruk berbanding wanita yang tidak menutup aurat,” tambahnya lagi.

Saya diam melihat dia berhujah dengan akal dan pengalaman. Namun pengalamannya agak terbatas. Berapa ramai wanita yang dikenalinya dalam usia semuda itu? Dan akalnya juga terbatas – aqal perlu dirujuk kepada naqal. Mesti memahami prinsip ilmu wahyu terlebih dahulu, kemudian barulah kita bebas menggunakan fikiran dan pengalaman tanpa terbabas.

“Sebenarnya, apa yang cuba awak sampaikan?” tanya saya lembut.

“Saya nak tegaskan bahawa wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat.”

“Justeru, wanita yang jahat itu ialah wanita yang menutup aurat?” jolok saya melayan pola logiknya berfikir.

“Er, er, bukan begitu. Maksud saya, baik atau buruknya perangai seseorang wanita tidak bergantung pada pakaiannya, samada dia menutup aurat atau tidak.”

“Apa ukuran awak tentang nilai kebaikan seorang wanita?” kilas saya tiba-tiba.

“Jujur, terus-terang, pemurah, lemah-lembut…”

“Itu sahaja?”

“Ya. Pada ustaz pula apa ukurannya?”

“Kita hanya manusia. Akal kita terbatas. Ukuran dan penilaian kita juga pasti terbatas. Jika diserahkan kepada manusia mentafsir apa itu kebaikan, akan celaru dibuatnya.”

“Mengapa?”

“Kerana setiap manusia ada jalan berfikirnya sendiri. Saya bimbang nilai kebaikan akan menjadi suatu yang relatif dan subjektif, padahal kebaikan itu juga seperti kebenaran… ia suatu yang objektif dan mutlak, ” akui saya terus-terang.

“Habis, untuk apa kita diberi akal? Kita harus rasional dan logik!”

Saya cuba senyum lantas berkata,” akal perlu tunduk kepada penciptanya, Allah. Fikiran mesti merujuk kepada Al Quran dan Hadis. Itu kan lebih tepat… Ilmu kita terbatas, ilmu Allah Maha Luas.”

“Jadi akal kita untuk apa?” desaknya lagi.

“Untuk memikirkan apa hikmah kebaikan yang telah ditentukan Allah dan bagaimana melaksanakannya dalam kehidupan.”

“Ertinya akal kita terikat?”

“Akal kita bebas, tetapi dalam lingkungan syariat. Sama seperti bumi yang sedang ligat berpusing ini… tetapi tetap pada paksinya.”

“Bukankah agama ini untuk orang yang berakal?”

“Betul. Tetapi tidak semua perkara dapat dicapai oleh akal. Lebih-lebih lagi perkara-perkara yang ghaib, tidak akan terjangkau oleh akal. Syurga, Neraka, Titian Sirat, Mahsyar misalnya, wajib dipercayai dan diyakini tanpa perlu dilogik-logikkan lagi. Itulah iman.”

“Ah, jauh kita menyimpang. Bukankah tadi kita berbincang tentang wanita yang baik? Saya ulangi, wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat, betulkan?”

“Separuh betul,” jawab saya.

”Kalau dia wanita yang jujur, terus-terang, pemurah dan lemah lembut… ya dia ‘baik’ di sudut itu. Tetapi jika dia mendedahkan auratnya, dia telah melanggar perintah Allah di sudut yang lain. Dia ‘tidak baik’ di sudut berpakaian, kerana hukum menutup aurat telah termaktub dalam Al Quran.”

Anak muda di hadapan saya muram. Nampaknya dia belum berpuas hati.

“Tetapi dia jujur, amanah…”

“Orang yang baik menurut Islam ialah orang yang baik hubungannya dengan Allah dan manusia. Menutup aurat perintah Allah.”

Anak muda di hadapan saya masih tidak puas hati. Perlahan-lahan saya tusuk dengan hujah yang memujuk, “namun percayalah jika benar-benar hatinya baik, insyaAllah lambat laun dia akan menutup aurat juga.”

“Apa hujah ustaz? Pengalaman? Fikiran atau telahan?”

“Masih merujuk kepada Al Hadis.”

“Hadis yang mana?”

“Hadis riwayat Bukhari mengisahkan seorang wanita pelacur berbangsa Yahudi yang telah memberi minum seekor anjing yang kehausan. Atas sebab sifat belas kasihannya itu dia mendapat hidayah lalu menjadi wanita yang solehah.”

“Apa kaitan cerita itu dengan subjek yang kita bincangkan ini?”

“Secara tidak langsung itu menunjukkan bagaimana jika hati seseorang mempunyai sifat-sifat baik seperti kasih sayang, belas kasihan dan pemurah, sekalipun kepada anjing, itu boleh menjadi sebab Allah kurniakan hidayah untuk dia beriman seterusnya menjadi wanita solehah.”

“Maksud ustaz?”

“Jika seorang wanita itu benar-benar baik hatinya insya-Allah lambat laun dia akan menutup aurat walaupun sebelumnya tidak menutup aurat.”

“Oh, begitu. Kenapa ya?”

“Allah menilai pada hati. Jika hati itu baik, lambat laun hal-hal luaran pasti mengikutnya jadi baik.”

“Apa pula pendapat ustaz tentang wanita yang menutup aurat tetapi akhlak dan perangainya buruk?”

“Bab aurat dia telah selamat. Alhamdulillah, kewajiban menutup aurat telah dipatuhinya. Apa yang tinggal… dia perlu membaiki akhlak dan perangainya. Dia perlu terus berusaha.”

“Jika ada berpura-pura? Menutup aurat hanya untuk menunjuk-nunjuk atau sekadar tuntutan fesyen dan trend?”

“Hati manusia kita tidak tahu. Kita tidak tahu hati wanita yang menutup aurat tu jahat atau tidak, samalah seperti kita tidak tahu samada hati wanita yang tidak menutup aurat itu baik atau tidak. Soal hati hak Allah…”

“Tetapi katalah hati wanita yang menutup aurat itu benar-benar jahat…”

“Jika hatinya benar-benar jahat… lambat laun dia akan mendedahkan auratnya semula.”

“Mengapa?”

“Menutup aurat adalah pakaian wanita yang solehah. Wanita yang jahat tidak akan mampu memakai pakaian wanita solehah.”

“Patutlah saya lihat ada wanita yang dulunya memakai tudung labuh, tapi kemudiannya tudungnya semakin singkat, lama kelamaan mula memakai seluar ketat, kemudian berubah kepada memakai baju T sendat… lama-kelamaan bertudung ala kadar sahaja.”

“Perubahan luaran gambaran perubahan hati. Yang tidak menutup aurat… akhirnya perlahan-lahan meningkat untuk menutup aurat kerana hatinya beransur jadi baik. Sebaliknya, yang menutup aurat… secara beransur-ansur akan mendedahkan auratnya jika kualiti hatinya semakin merosot.”

“Siapa wanita yang paling baik?” tiba-tiba anak muda di hadapan saya bertanya sambil merenung muka saya. Serius dan tajam renungannya.

“Tentulah isteri-isteri dan anak-anak nabi Muhammad s.a.w.” jawab saya pasti.

“Bagaimana pakaian mereka?”

“Tentu sahaja mereka menutup aurat. Dan mereka juga pasti memiliki hati yang baik. ”

Kali ini dia pula terdiam. Melihatnya begitu saya terus mengasak, “kalaulah hati yang baik sahaja jadi pernilaian Allah, tentulah isteri-isteri dan anak-anak perempuan Rasulullah tidak perlu menutup aurat. Hati mereka sudah baik. Namun tidak begitu, hati yang baik bukan alasan untuk mendedahkan aurat.”

“Wanita yang baik mesti menutup aurat?”

“Ya.”

“”Wanita yang jahat mesti mendedah aurat?”

“Tidak semestinya, kerana ada wanita yang berhati baik tetapi belum menutup aurat kerana mungkin dia sedang berusaha untuk mengatasi halangan-halangan luaran dan dalamannya untuk menutup aurat.”

“Apa yang boleh kita katakan kepada wanita begitu?”

“Dia sedang berusaha menjadi wanita yang baik.”

“Bagaimana pula dengan wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangainya? Wajarkah mereka mendedahkan aurat supaya tidak hipokrit.”

“Perangai yang buruk bukan alasan mendedahkan aurat. Bagi mereka ini, tuntutan menutup aurat sudah ditegakkan, alhamdulilah. Tinggal satu lagi, tuntutan memperbaiki akhlak… itu sahaja yang perlu dilaksanakan. Satu selesai, tinggal lagi satu. Namun bayangkan jika disamping perangai buruk, mereka juga turut mendedahkan aurat … Itu lebih buruk lagi. Dua perkara tak selesai, bab aurat dan bab perangai!”

“Jadi apa kita nak kata tentang wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangai ni?” Sekali lagi dia mengajukan soalan yang sama.

“Wallahua’lam. Boleh jadi mereka juga sedang berusaha mengatasi halangan dalaman dan luarannya untuk memperbaiki perangainya. Dan nauzubillah, boleh jadi juga iman mereka sedang merosot sehingga menjejaskan akhlak mereka… yang lama kelamaan jika tidak diatasi akan menyebabkan mereka kembali mendedahkan aurat!”

Dia senyum. Alhamdulillah.

“Saya tahu apa yang saya akan lakukan sekarang…”

“Kenapa? Mengapa? Punya kekasih tidak bertudung tetapi baik hatinya? Atau dikecewakan oleh wanita bertudung tetapi buruk perangainya?”

Soalan akhir itu tidak terluahkan oleh saya. Saya simpan sahaja di dalam hati. Biarlah anak muda ini belajar dari pengalamannya… insyaAllah esok apabila dia mengalaminya sendiri, dia akan ingat satu persatu apa yang didengarnya pada hari ini!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...