Rabu, 31 Ogos 2011

MELEPASKAN RINDU DI AIDILFITRI



Aidilfitri merupakan hari di mana kita dapat berkumpul dan bertemu dengan sanak saudara mahupun sahabat handai yang hampir setahun kita tidak berjumpa dek kerana sibuk dengan urusan masing-masing. ( Sila tarik nafas sebentar )

" Ya allah, bertuahnya kau. Duduk tak lah jauh mana. Kalau drive tak sampai setengah jam dah sampai rumah makcik. Tapi itulah, hari raya ni barulah makcik dapat jumpa kau." 

Sambil bersalaman dengan salah sorang makcik kesayanganku, sempat juga di tarbiahkan olehnya. Terasa rindunya pada diri ini ikhlas. Tersentuh hati kecilku ini.

" Busy dengan kerja makcik. "

Jawapan standart untuk menyelamatkan diri. 

Jangan lupa ziarah sanak saudara, makcik pakcik, mak sedara pak sedara di Aidilfitri ini. Mana tahu ada rindu yang dapat di lepaskan. Hidup ini sementara sahaja. Gembirakanlah hati, insan-insan yang kita sayangi. 


Selasa, 30 Ogos 2011

MACAM TAK PERCAYA SAHAJA DAH RAYA


Bangun pagi ni, buat apa yang patut, buat apa yang sunat dan buat apa yang wajib, tibalah masa untuk acara 'makan sekeluarga'. Tetapi jauh di sudut hati nurani ku ini, kejanggalan terasa setelah sebulan tidak menjamah makanan di pagi hari. Ada juga timbul rasa, "eh, kang terbatal juga puasa aku". 

Back to realiti, hari ini adalah hari pertama umat Islam di Malaysia menyambut Aidilfitri tanda kemenangan setelah berjaya berpuasa selama sebulan. Maaf cakap ~ kepada yang tidak ambil berat akan hal bab puasa ini, mungkin tidak merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena, ada sesuatu yang telah pergi meninggalkan kita. :(

Part yang paling banyak scene air mata ialah sewaktu bersalaman dengan kedua ayah dan ibu tercinta. Biarlah se'brutal' mana wajah dan perwatakan kita, bila tiba waktu mengucapkan...

" Mak, selamat hari raya. Mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. " (Skrip yang selalu kita dengar dalam drama raya)

Konfem secara automatik, air mata mula bercucuran membasahi pipi menandakan rasa sebak mengenangkan betapa sabarnya kedua ibubapa kita melayan kerenah kita. :) Eh, korang tak mengalami situasi tu ker ? Tahniah sebab korang seorang anak yang sejuk di mata dan hati kedua ibubapa.


" Assalamulaikum, kami datang nak duit raya beraya!!! "


Kunjungan tetamu kecil berjaya menyelamatkan scene air mata di pagi raya. Tahun ini berapa anggaran buget korang untuk beri duit raya yer ?


Isnin, 29 Ogos 2011

MALAM RAYA



Sebelum pengumuman hari raya di siarkan di TV lagi, di sekitar kawasan perumahan saya telah meriah dengan bunyi bunga api, bunyi meriah buluh saling berbalas tembakan di antara kawasan A dengan kawasan B. (Macam konfem jer esok raya..)

Lagilah menjadi-jadi aktiviti membakar bunga api, meriah buluh dan segala jenis bunga api yang namanya saya kurang pasti, yang boleh sentak jantung di buatnya sebaik sahaja selesai pengumuman hari raya.

Semasa saya sedang menaip entri yang 'fresh' dari ladang ini, entah bagaimana salah satu bunga api sesat, betul-betul meletup di tepi tingkap bilik tidur saya. Nasib baik langkah berjaga-jaga iaitu menutup tingkap telah saya ambil dari awal. Jika bunga api tadi tersasar masuk dalam bilik tidur melalui tingkap yang terbuka, siapa yang dapat susah yer ?

Rasanya lena malam ini akan bertemankan dendangan bunyi bunga api yang hanya setahun sekali dapat kita dengar. huhu..

Nota : Korang dah siap seterika baju raya ker ? Kalau dah, malam ni jom tonton telemovie, drama mahupun filem sambil masukkan kuih raya ke dalam balang, sambil-sambil tu makan kuih raya dengan niat yang ikhlas untuk merasa, ok ker tak kuih tu. :)




SELAMAT HARI RAYA BUAT KORANG SEMUA.





Ahad, 28 Ogos 2011

TAK NAK SHOPPING RAYA LAST MINUTE

Kerana laluan trafik bergerak perlahan dan amat perlahan. Bukan laluan di lebuhraya tapi laluan untuk mencari parking di dalam shopping komplek membeli belah. Kepada yang punya tahap kesabaran senipis kulit bawang, memang boleh bikin gaduh kerana terpaksa berbaris lama untuk mencari parking di samping menahan sabar menghadapi gangguan emosi apabila tiba-tiba kereta anda di potong oleh mereka yang kurang sabar.

Lif.
Didalam lif lagilah dasyat dugaannya kerana terpaksa bersesak-sesak di dalam lif dek kerana ramainya manusia yang shopping raya last minit kerana sibuk dengan urusan kerja dan ada juga yang baru dapat gaji + bonus raya.

Stok baju raya, kasut raya, tudung raya dan yang lain-lain.
Salah satu yang tidak best membeli belah di saat akhir ni apabila jurujual berkata, saiz yang kita cari dah habis. Dah satu hal kena cari alternatif lain. Tema warna baju raya juga turut akan terkejas gara-gara kehabisan stok ni. Grrr...

Biskut raya, bahulu raya dan apa-apa aje makanan yang wajib ada di hari raya. huhu..
Bab ni memang boleh jadi nangis. Bayangkan jika kuih raya yang telah tersenarai dalam list tetiba pihak pengedar yang setiap tahun kita biasa berurusan dengannya kata, "stok dah habis. Yang ada kuih ini saje."

Nak beli dari jenama yang lain risau rasanya tidak sesedap rupanya. Tension tak? Siapa suruh membeli-belah di saat akhir. Meriah memang meriah tapi meriah mencari ganti kerana hajat di hati tidak kesampaian. 


Nota : Bukan saya yang membeli di saat akhir tapi saya membeli stok barangan dapur yang memang setiap awal bulan telah menjadi rutin bulanan saya. Bila sesekali bertempung dengan situasi ini, rasa syukur sebab persiapan raya telah saya selesaikan lebih awal. Mana nak cari lemang yer? Yang ini tak boleh beli awal-awal kan. haha.. 

Grrrrrr...(TQ Google.)




Sabtu, 27 Ogos 2011

SWEET APA LELAKI PAKAI BAJU WARNA PINK


Semalam, semasa saya jalan-jalan cari pasal temankan BFF saya untuk membeli tudung dan butang baju melayu untuk anak lelaki tunggal dan suaminya, sempat juga saya lepak di bangku melihat gelagat orang ramai yang sedang sibuk memilih baju untuk di gayakan di hari raya nanti.

Penatlah melayan kerenah BFF saya tu, pilih butang baju melayu pun hampir 15 minit. Tanya ok ker tak, cun ker tak. Akhirnya saya kata, pilih warna yang boleh di sesuaikan dengan semua warna baju. Kalau pilih butang warna hijau di pakaikan dengan baju melayu warna pink, agak-agak koranglah, sesuai ker tak? Lainlah kalau korang ada buget lebih. Boleh borong semua warna butang baju melayu tu. hehe..

Nak pilih tudung pun, makan masa gak, memula nak cari warna yang seakan-akan sama dengan warna baju kurung, kemudian corak tudung pula, dan kemudian tengok harganya. Hati-hati korang, bila shopping di saat-saat akhir ni, sebab ada segelintir peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga tudung, butang baju melayu, jubah, blouse, baju kurung dan pendek cerita, kelengkapan hari raya. Jadilah pengguna yang bijak. Kalau korang rasa sesuatu barang tu harganya memang dah tak masuk akal, cari alternatif lain jer.

Okay, sambung cerita semasa saya lepak di bangku tadi, tetiba di hadapan saya, berdiri seorang jejaka yang mengenakan baju melayu berwarna pink. Rasanya jejaka tersebut baru lepas menunaikan solat jumaat. Dia dan beberapa orang rakannya, sibuk memilih butang baju melayu.

Sweet pula bila melihat lelaki mengenakan baju berwarna pink. Siapa kata tidak sweet ? Nampak cool sahaja. Tetapi jangan sehingga warna baju mempengaruhi perwatakkan anda ye. Nanti tak pasal-pasal kena label, lelaki lembutlah dan apa lagi yer...

Setakat ini dahulu, coretan santai saya untuk kali ini, di hari minggu. Hari minggu kita tulis entri yang santai-santai. Tenangkan minda dan hati. Untuk pengetahuan korang, dah hampir seminggu Pulau Pinang di landa musim hujan. Sejuk dah macam di Genting Highland dah.

Nota : Saya sekadar membeli sehelai selendang berwarna hitam yang ada manik-manik silver di hujung selendang tersebut. Senang nak lilit-lilit di pagi raya nanti. Kenakanlah dengan apa-apa warna inner. Konfem cun bergaya. Haha..



Jumaat, 26 Ogos 2011

NOTA BUAT MEREKA YANG PUTUS CINTA.

Buat mereka yang 'frust' dalam percintaan, yang cinta tidak kesampaian, yang kekasih tiba-tiba beritahu, " Awak, kita putus. Antara kita memang tidak ada jodoh.", ataupun " I dah bosan dengan you. I meet someone yang lebih better than you. Yang mampu membahagiakan i."

Sila bawa tenang-tenangkan hati. Lihat pada awan dan langit yang biru. Sila jangan buat perkara yang boleh menambahkan lagi rasa anda nak menangis seperti melayan lagu cinta, tengok movie cinta dan membaca novel cinta.

Kawan-kawan hanya mampu berkata " Sabar yer, setiap yang terjadi pasti akan ada hikmahnya." Sakitnya rasa bila putus cinta..Allah sahaja yang tahu dan hanya masa yang boleh mengubatinya. Bak kata omputih, its take time.

Jangan sedih-sedih, dah nak raya ni. Jom layan lagu raya. Jom bayangkan wajah ayah, ibu, adik, abang, akak, makcik, pakcik dan rakan-rakan di kampung yang sedang menanti kepulangan kita di hari raya nanti. Raya nanti buat jadual, rumah mana yang akan kita serbu untuk beraya. Mana tahu, akan bertemu dengan cinta baru.


Pinjam gambar Otai blogger, Zack Zukhairi...

GreenAppleKu : Kau jangan layu yer bunga, saya sayang awak. Bulan puasa ni, terlupa nak siram pokok bunga. Tapi tak per, hari ni dah satu baldi aku siram kau bunga.



Khamis, 25 Ogos 2011

BAGAI KACANG LUPAKAN KULIT



Ikhsan dari GOOGLE..Tq

Satu jalan penyelesaian terlintas di fikiran tak kala mata ini memerhati dan fikiran ini tertanya-tanya, apa sudah jadi dengan sesetengah dari kita ini. Samaada kita sedar atau sengaja buat-buat tidak sedar, kita asyik dengan agenda kutuk mengutuk dan jatuh menjatuhkan sesama sendiri. Ada sahaja yang tidak kena pada orang lain di mata kita. 

Pandangan peribadi saya, daripada kita mengutuk seseorang itu, apa kata kita bertukar-tukar pendapat dengan orang yang kita rasa kita nak kutuk tadi. Kekadang berbezanya pendapat kita dengan orang lain, adalah satu rahmat dan hikmah yang tidak terfikir di fikiran kita. 

Jangan hidup seperti katak di bawah tempurung. Yang berasa selesa hidup di dalam dunianya sahaja. Selagi pendapat dan cara hidup seseorang itu tidak terbabas dari al-Quran dan Hadis, kenapa perlu ada sengketa ? 


Nota : Hendak pula orang yang kita kutuk tu, pernah berjasa pada kita. Pernah membantu kita pada suatu ketika dahulu. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit. Dah tak rangup kacang tu. hehe..


Selasa, 23 Ogos 2011

A SHOULDER TO CRY ON





Life is full of lots of up and downs, And the distance feels further when you’re headed for the ground, And there is nothing more painful than to let you’re feelings take you down, it’s so hard to know the way you feel inside,

When there’s many thoughts and feelings that you hide, But you might feel better if you let me walk with you by your side...

Nota : Kawan-kawan kata, saya ni ' a shoulder to cry on ' mereka. (For girl only, yang lelaki jangan nak ngada-ngada yer. hehe ) 


Isnin, 22 Ogos 2011

LAILA YANG MULIA



Daripada Aishah r.a."Bahawasanya Nabi s.a.w beriktikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan, sehinggalah baginda wafat, kemudian para isteri baginda meneruskan amalan beriktikaf selepas kewafatannya".

Iktikaf bererti berhenti dan berada di dalam masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang. Kebiasaannya Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf dengan memasuki masjid mulai petang 19 Ramdahan selepas waktu Asar dan tidak keluar sehinggalah selepas Maghrib hari terakhir Ramadhan. Isteri-isteri Baginda Mulia pula beriktikaf di rumah masing-masing iaitu di tempat yang biasanya mereka bersembahyang.

Jika kita tidak dapat beriktikaf di masjid sepanjang 10 akhir Ramadhan, maka berdoalah agar dipertemukan dengan Lailatul Qadar dan bangunlah beribadat di sepertiga akhir malam.

Bangunlah beribadah pada sepertiga akhir malam. Bangunlah kira-kira dalam pukul 2-3 pagi. Lakukan apa jua amalan misalnya membaca quran, sembahyang sunat, berzikir atau memikirkan kebesaran Allah kerana sesiapa yang bertemu dengannya dalam keadaan melakukan apa jua ibadat akan mendapat pahala seperti beribadat atau berfikir kebesaran Allah selama 1000 bulan atau 84 tahun.






SINI AREA 1 MALAYSIA...NAK RACIST, PI TEMPAT LAIN.

Satu lagi, isu TERLAJAK PERAHU BOLEH DI UNDUR, TERLAJAK KATA ATAU KOMEN, TERUK KO KENA HENTAM

Tajuk berita : 


Man complains about Muslim prayers at McDonald’s outlet <----(klik kepada yang nak baca )


Antara komen balas pembaca mengenai isu ini..

Elly
This guy is an idiot! 
When it was Chinese New Year, chinese songs lah!
When it was Deepavali, indian songs lah!
When it was Raya or Ramadan, of course Malay songs or prayers lah!
It's part of the festivities after all, don't like it, don't listen!
I'm a non-muslim bydway n I ve no problem at all since I'm living in a multicultural country like Msia.

Doppelganger
Do you see any comments made by Muslims when you burn the hell money , burn huge phallic resemblance joss sticks 24 hours dirtying the streets and the acrid smells of those joss sticks choking passers by with asthma , I guess thats tolerance when we get back to our roots dude .

Rakyat
Kepada saudara muslimin dan musliman ,sebagai seorang bukan muslim saya ingin memohon maaf atas pihak Alex Chang yang mengutuk tu. Alex bukan bersuara untuk pihak kami yang bukan Muslim. Kami ok je dgn issue ni. Enjoylah berbuka puasa tanpa was was. Cheers.

Kueh Swee Seng
Ho!!!, Santa Claus is coming to Town.Let us have Featival mood.To take our foods happily is the most important thing.The prayer remind us, we are all very lucky and fortune. See the pity Somalia! Let have our international languages the featival songs.Mr mcdonald,remember the copy right to the prayer.I am a chinese buddhist.Funny, I feel comfortable when the loud prayer from the mosque start their early morning prayer, which remind me, I am still alive and given a chance to post this comment.Bro & Sis,let us enjoy all our foods and have peace and be happy!

Mamu rentap otai
Salam 1Malaysia...rasanya this nonsense thing jadi di Singapore. Baru2 ni sy berbuka di KFC Restoran Jejantas Sg Buloh,along the queue ada seorang chinese ngan family dia, then dia nampak ada muslim belakang dia, he passed his turn to them. That's happen in Malaysia. Multi cultural boleh hidup sini, Singapore x tau la pulak!! Singaporean dah racist. Tapi mungkin dari pak menteri jugak.

Apapun, sini area 1 Malaysia...nak racist, pi tempat lain.


GreenAppleKu : Suka dengan komen Mamu, dah jadi tajuk artikel.



PENYIMBAH ASID, MELAYU ISLAM BELA ANJING


Pada pandangan saya, sesetengah kejadian yang berlaku di Malaysia sekarang ni dah lebih kurang sama dengan kejadian yang berlaku di negara yang luar dari Malaysia. 

Jika dahulu kejadian simbah asid ni kita dapat tahu dan dengar hanya berlaku di negara luar namun sekarang ni dah menjadi ikutan sebilangan masyarakat Malaysia. Malah semakin hari semakin meningkat kes seperti ini. Kekadang itu, mereka yang melakukannya hanya kerana sekadar suka-suka!

Ramai yang komen dan memberi pandangan, apakah hukuman yang selayaknya di terima oleh pesalah? Jika di lihat kesan pada mangsa yang seumur hidup akan terus kekal cacat, pada pendapat peribadi saya, balasan yang setimpal ialah simbah semula asid pada pesalah yang di dapati bersalah. Biar menjadi ikhtibar kepada yang lain. Biar dia rasa, camna azabnya rasa sakit itu.

Belum reda kes simbah asid, timbul pula kes sesetengah melayu yang beragama Islam memilih untuk membela anjing sebagai binatang peliharaan di dalam rumah. Sila fahamkan ayat yang telah saya gelapkan. Jangan pula nanti ada yang komen lain dari isu yang sedang berlaku. Kita fokuskan kepada masaalah yang sedang berlaku dan bukannya menjadikan alasan lain untuk menutup masalah bela anjing hingga di jadikan teman untuk tidur. Kucing dah tak glamour ker? Ini konfem nak ikut artsi dari luar negara yang suka belai anjing chihuahua.

Rata-rata komen yang saya baca, lebih suka menyatakan,

" kubur sendiri-sendiri, dia buat dia yang tanggung, jangan hendak panjangkan isu ini kerana risau boleh jatuh mengumpat, nanti dia akan samak dan ada juga yang kata itu hal peribadi dia, lantak dialah yang kita sibuk nak kisah hal dia buat apa."

Pandangan picisan dari saya, setiap perkara yang sah salah dan haram di sisi Islam, kita kena tegur dan tegah. Jika tidak ada yang berani untuk mempertahankan apa yang haram dan apa yang halal, apa yang boleh dan apa yang tidak boleh, bimbang perkara ini akan menjadi ikutan kepada mereka yang suka ikut apa yang orang lain buat sebab tidak ada orang yang tegur dan tegah.

Orang kita memang suka sangat ikut-ikut sikap, cara berfesyen dan cara hidup orang lain kerana nak nampak lain dari yang lain. Samada ada hal tersebut halal atau haram, letak tepi. Nanti bila tiba waktunya, boleh buat taubat nasuha.

~GreenAppleKu~


Ahad, 21 Ogos 2011

'DATING' DENGAN ISTERILAH PALING SERONOK



Hujung minggu ni, nak tulis entri santai-santai sahaja. Santai sambil merehatkan minda di hari minggu yang amat best jika di adakan aktiviti bersama keluarga tercinta. 

Buat yang telah berkeluarga, hujung minggu camnilah adalah hari yang terbaik untuk keluar berjalan-jalan bersama-sama. Kompleks membeli-belah penuh time-time cam ni. Hendak pula, tidak lama lagi kita akan menyambut aidilfitri. Sesak tempat parking kereta.

Seronok melihat adegan sesetengah keluarga semasa di shopping kompleks mahupun ke hypermarket membeli stok barang dapur. Ada keluarga yang happy go lucky. Bahagia sahaja melihat kemesraan dan keakraban mereka. Mana saya tahu ? Boleh tahu sebab itu semua akan jelas terpancar di wajah masing-masing.

Ada juga keluarga yang di lihat seperti ada masalah yang belum selesai. Isteri tolak troli sorang-sorang. Dalam troli ada anak. Bila tiba waktu untuk membayar. Terkial-kial si isteri mendail number handphone si suami. Si suami pula datang dengan wajah tidak puas hati. Apasal nih? 

Ada juga yang bila berjalan, isteri di belakang, suami di hadapan. Sambil jalan sambil marah-marah pada isteri. Yang si isteri, muka dah merah menahan malu di perlakukan sebegitu di hadapan public. Entah isu apa yang di balahkan sehingga terlupa, ada orang yang sedang memerhati gelagat mereka. Hilang macho!

Padahal 'dating' dengan isterilah adalah saat yang paling indah dan seronok. Sebab perhubungan telah di halalkan melalui pernikahan. Jika dahulu semasa ber 'couple', keluar dating adalah saat yang paling seronok dan di tunggu-tunggu sehingga ada yang tidak lena malam sebab memikirkan esok nak berjumpa kekasih hati tetapi mana pergi semua rasa ini setelah si dia benar-benar telah menjadi milik kita yang sah lagi halal.


DKNY YANG SEDIAADA


DKNY TERBARU DI PASARAN....


Nota : Dah lihat iklan DKNY ni tak? Jika terlihat iklan ni, lihat greenapple, ingat blog greenappleku yer. :)



Sabtu, 20 Ogos 2011

MENTAL DAN EMOSI YANG TERGANGGU

Petang semalam punya cerita. Mengambil sedikit masa untuk mencari maklumat, info, punca dan sebab kenapa perkara ini harus terjadi dan akan terus terjadi. Petang semalam, sedang saya menumpukan sepenuh perhatian membereskan tugasan di pejabat, lagu tema imam muda musim ke-2 kedengaran,

 "Ke arah satu perjalanan, dalam sebuah kehidupan, demi untuk menjejaki, hasrat murni di dalam hati.

Usaha dengan doa, masanya akan tiba, dengan restu Ilahi, kelak pasti akan di temui..."

Oh, rupanya handset saya berbunyi. Siapalah yang rindu pada saya pula nih ?

Nota : GA = singkatan untuk GreenAppleKu.

One of my BFF rupanya. Ini mesti nak ajak shopping raya nih. Betapa positif thinking nya saya. :)

"Yes dear, what up ?" ( lupa nak beri salam bila berborak dengan BFF, haha..)

"GA, aku tension nih. Aku dah tak tahan untuk hadapi semua ini."

Gulp. Saya terdiam seketika. Tidak terkata apa-apa. Selalunya, mulut ini tidak pernah sunyi untuk berkata sesuatu. Namun kali ini, mendengarkan suara esakkan di hujung talian, benar-benar telah menyentuh naluri kewanitaanku. 

"Kau apasal."

"Sebenarnya, aku malu untuk bercerita pada kau. Tapi aku tidak punya sesiapa lagi yang boleh aku percayai. Dah lama aku hadapi ini semua. Dah lama aku pendam ini semua. Tapi kali ini, apa yang terjadi benar-benar buat aku rasa seperti tidak berguna, aku rasa seperti aku ini satu bebanan buat dia. "

Bla..bla..bla.. (hampir 1 jam perkara ini diluahkan pada saya..)

Ringkasannya : 

Menjadi tanggungjawap SUAMI untuk menyediakan nafkah keluarga. Suami sepatutnya bersyukur dan berterima kasih jika ISTERI berkorban dan sudi membantu anda membayar ansuran bulanan kenderaan dan belanja rumah walaupun itu bukan tanggungjawab seorang isteri.

Namun, bila isteri di berhentikan kerja di sebabkan syarikat tempat dia bekerja muflis, tidak sepatutnya masalah ekonomi di jadikan alasan untuk menghukum emosi dan mental isteri kerana perlu diingatkan semula, tanggungjawap menyara keluarga adalah tanggungjawap suami bukan isteri.

Ada benarnya kata-kata ini, kita hanya mampu merancang namun untuk menentukan samada apa yang kita rancang akan terjadi seperti yang kita kehendaki, hanya Allahswt tahu jawapnya. 

Sepatutnya, bila timbul sesuatu masaalah di dalam rumahtangga, suami isteri perlu duduk dan bawa berbincang dengan baik. Bersama mencari jalan penyelesaian dan bukannya menuding jari menyatakan hal ini terjadi semuanya berpunca dari awak dan awaklah puncanya. (Nak kata bengap pun ada gak sebab isteri dia berhenti bukan kena buang kerja tapi SYARIKAT MUFLIS. Tu pun tak leh fikir ker..huhu. Maaf cakap yer.)

Tetapi bila saya memikirkan semula, apa sebab yang si suami marah sangat dengan isu ini. Bukannya si isteri tidak boleh cari kerja baru. Walaupun ianya mengambil sedikit masa, rasanya dengan income si suami, cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga sementara menunggu si isteri mendapat kerja baru.

Dengan sedikit soalan perangkap dari saya, rupanya si suami ada skandal dengan girl lain. Patutlah amuk bagai nak rak. Rupanya risau tak cukup nak belanja cik awek ker cik abang oii. 

"Setiap perkara yang terjadi, walaupun ianya pahit, rupanya ada hikmah di sebaliknya, ada perkara yang hendak Allahswt tunjukkan pada kita. "
~ GreenAppleKu~


Penderaan Emosi, Mental & Psikologi Dalam Akta


Jumaat, 19 Ogos 2011

BUKAN DITAMBAT TETAPI DIRANTAI

Karya Zackzukhari

Syaitan di tambat ? Bukan di tambat tetapi di rantai.

" Apabila datang Ramadhan, pintu-pintu Syurga di buka, pintu-pintu neraka di tutup dan Syaitan di rantai. " 
( Hadith Riwayat Al-Bukhaari dan Muslim )

Tetapi kenapa masih ada kejadian seperti.. 


Dan pelbagai kes dan peristiwa yang tidak sepatutnya terjadi di bulan yang penuh rahmat, keberkatan dan kemuliaan ini. 


BERJUTA ORANG MASIH HANTAR KAD RAYA RUPANYA!


Kad raya. Teringat zaman kanak-kanak dahulu, setiap kali jika ternampak encik posmen masuk ke kawasan perumahan, di hati ini penuh pengharapan, ada orang yang kirim kad raya lagi. Siap bertaruh dengan adik dan rakan, kad raya siapa yang paling banyak. Bangga melihat kad raya siapa yang paling banyak bergantung dalam rumah nanti. Tetapi selalunya saya kalah dengan adik lelaki saya yang ensem. Ramai peminat wanita, rakan wanita dan secret admire yang kirim kad raya kat dia. huhu..

Masa berlalu dan dengan kecanggihan teknologi terkini, ada yang mengambil langkah bijak dengan menghantar kad raya MMS, kad raya SMS mahupun kad raya FB sebagai penganti diri yang mana sekaligus dapat menjimatkan kos dan masa. Klik jer, dah hantar. Hebatkan.

Ada yang kata, dah tak ramai yang hantar kat raya seperti dulu-dulu. Iya ker? Rupanya tidak sama sekali. Masih ramai yang ‘setia’ menghantar kad raya kepada sanak saudara, kenalan dan sahabat handai mereka.

Berdasarkan rekod tahun lepas, daripada 5.11 juta keping kad ucapan raya yang dihantar, Lembah Klang mencatatkan jumlah penghantaran tertinggi iaitu pada kadar 57 peratus.

Sehubungan itu Pos Malaysia pada tahun ini menyasarkan peningkatan dua peratus bilangan penghantaran kad raya terutamanya dengan pengenalan kempen satu kadar rata bagi kad ucapan perayaan sejak 1 Ogos lalu.

Bahkan Pos Malaysia memberi jaminan bahawa semua kad ucapan raya yang diposkan selewat-lewatnya pada 24 Ogos akan sampai kepada penerimanya sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada 30 Ogos ini. ~ sumber ~


Nota : Kad raya ler best, nostalgia. Siapa setuju sila like banyak-banyak.


Khamis, 18 Ogos 2011

AKU YANG SEMAKIN PENDIAM ?


Dermmm.. itu sahaja ayat mukadimah pembuka bicara yang penuh sopan (sopanlah tu) sebagai tanda kecewa saya kerana hampir sehari tidak dapat menulis entri terbaru. Kata BFF saya merangkap pembantu setia yang banyak membantu menyelesaikan masalah teknikal blog picisan ini, memang ada masalah dan nasihatnya agar saya mencuba kaedah lain untuk settlekan the problem. 

Bincang punya bincang, chat punya chat, akhirnya settle satu masalah dan inilah hasilnya. Nak berkenalan ker dengan BFF blogger saya tu? Memang saya banyak menghuru harakan hidupnya di saat dan ketika blog saya tiba-tiba tidak berfungsi seperti sepatutnya. Sorrylah my BFF, awak jer yang terlintas di fikiran dan yang saya percayai. hehe..

Nak kenal ker? Ehm, rasanya saya terlebih dahulu terpaksa mendapatkan kebenarannya untuk membenarkan saya meletak link blog beliau sekaligus mendedahkan identitinya. Mana tahu kalau tetiba dia saman blog picisan ini kerana tidak membuat permohonan bertulis terlebih dahulu. huhu..

Kata rakan sepejabat, saya semakin menjadi PENDIAM. Saya lebih banyak mendiamkan diri semenjak dua menjak nih. Dan saya akui, memang saya semakin menjadi pendiam. Saya lebih banyak berfikir dari berkata-kata. Bercakap pun jika ianya betul-betul perlu. Jika tidak, saya lebih rela menghabiskan masa menghadap I MAC kesayangan, milik bos saya. Diam saya bersebab dan bukan kerana ego atau tak nak berkawan dengan BFF di pejabat. (Berapa banyak BFF yang saya ada yer? )

Antara penyebab yang menyebabkan saya semakin menjadi pendiam,
  1. Bersusunnya paper work, paper claim dan memacam paper yang memerlukan ketangkasan saya menyelesaikannya.
  2. Waktu inilah juga team sekerja mula turut menambah kesibukkan dengan menghantar borang permohonan cuti hari raya. Macam tak der hari lainlah korang ni. Tak raya tak bolehkah? haha..
  3. Big bos mula buat operasi menjejak hutang yang belum di bayar. Banyak fail lama bos dah mula buka. Tapi part ini, saya tidak jadi marah sebab ada kena mengena dengan bonus. So, just do the job sambil bayangkan bonus yang bakal di terima. 
  4. Dan ini adalah sebab UTAMA, kenapa saya menjadi pendiam dan lebih suka menghadap kerjaya utama. SEBAB SAYA NAK BALIK PADA JAM 4.30 PETANG. Sepanjang Ramadhan ini, waktu kerja di pendekkan. hehe..
Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati saya sehingga habis. Kepada yang singgah blog saya pagi tadi, tengah hari tadi, petang tadi dan senja tadi, maaf di hulurkan kerana tiada entri terbaru dari saya. 

Betullah kata-kata ini, KITA HANYA MAMPU MERANCANG..



Rabu, 17 Ogos 2011

BAGAIMANA MENJADIKAN PUASA KITA EFEKTIF ?


Cepatnya masa yang berlalu. Rasanya seperti baru semalam kita mula berpuasa dan hari ini telah masuk hari ke 17 Ramadhan. Terfikir di fikiran saya. Bagaimana dengan puasa saya sehingga ke hari ini? Efektif atau tidak ? Dan jika tidak, bagaimanakah caranya untuk menjadikan puasa saya efektif?

Puasa yang efektif adalah puasa yang dilaksanakan dengan penuh keimanan. Bermaksud, dengan berpuasa seluruhnya.

Mata berpuasa agar tidak menjamah dosa, tidak kira apa imej dan warnannya. 

Lisan berpuasa agar menyibukkannya dengan zikir dan membaca kalam Allah, bukannya dengan menutur kata-kata umpat keji atau berbau lucah (termasuklah gurauan dengan rakan sekerja) dan kata-kata pujuk rayu untuk mengajak orang melakukan dosa.

Tangan dan kaki berpuasa agar tidak terdorong ke tempat-tempat yang mendedahkan diri kepada risiko maksiat. Sebaliknya tangan dan kaki di dorong sebaik mungkin untuk melakukan kebaikan sesama manusia.

Puasa akan menepis sebarang bisikan dan lintasan maksiat dalam pemikiran dan hati, dengan istighfar. Puasa menghentikannya apabila diri memberitahu akal bahawa " AKU SEDANG BERPUASA ".

Secara ringkasnya, PUASA SEBENAR ADALAH PUASA YANG MENGAWAL PANDANGAN, LISAN, PERGERAKKAN ANGGOTA DAN PEMIKIRAN.

Masih belum terlewat untuk efektifkan puasa kita. Dan yang paling indah, jika akhlak ini dapat terus kita jadikan sebagai pegangan diri walaupun Ramadhan telah tiba ke akhirnya.


Selasa, 16 Ogos 2011

BAGAIMANA NAK TAHU, ADAKAH ANDA TELAH JATUH CINTA ?


Bagaimana nak tahu adakah anda telah jatuh cinta yer ? Siapa hendak tolong jawap persoalan ini. Sambil tekan butang search, cari info tentang cinta dan akhirnya tersesat jumpa pakar dalam bab percintaan iaitu tidak lain dan tidak bukan, meet Dr.Zack


[border+copy.jpg]


KATANYA...





GreenAppleKu : Erk! Betul ker itu tanda-tandanyer ?

Nota untuk diri sendiri,

Cinta yang meminggirkan cinta Allah adalah rendah mutunya dan tidak tahan uji. Cinta kelas kedua itu ialah cinta kelas bawahan. Apabila wajah kendur, cinta luntur. Apabila kemudahan hilang, sayang terus melayang. 

Sebaliknya cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku kerana tapak cinta itu di hati, bukan di mata. Cinta di mata boleh dipisahkan oleh jarak dan usia tetapi cinta di hati tidak ada sesiapa yang mampu menjarakkannya, apatah lagi memisahkannya!

Cinta yang dibina atas dasar cinta Allah akan menjadikan perkahwinan sebagai taman atau kebun percintaan. Mungkin sekali-sekala bergolak juga, tetapi atas dasar ibadah dan tanggungjawab, cinta dapat dibina semula… terbentur tetapi tidak patah. Genting tetapi tidak putus. Justeru bajailah cinta itu selalu dengan solat, zikir, membaca al-Quran dan sedekah.

Marilah kita saling berpesan demi kebenaran dan kesabaran ~ Genta Rasa ~


Isnin, 15 Ogos 2011

TAHUN 2011 ~ AIDILFITRI DAN MERDEKA DI SAMBUT SERENTAK



Nota : GA = GreenAppleKu.

Pada suatu hari, di pagi yang ceria, sedang aku bersemangat meng'up date blog' mengalahkan blogger 'otai' ( untuk mengambarkan betapa serius dan fokusnya aku ketika itu) tiba-tiba,

Zack : GA, kenapa cuti saya di potong sehari ? Saya mohon 9 hari cuti, tapi sekarang dah tinggal 8 hari. 

Terjah Zack pada aku tanpa sebarang salam dan ini sekaligus mengganggu fokus utama aku. Memang amat mengganggu. Dengan cool, aku terpaksa memberi tumpuan terhadap masalah yang sedang menghantui Zack.

Aku : Kau minta 9 hari cuti tapi telah di tukar kepada 8 hari cuti yer. Erm, okaylah tu, jimat cuti tahunan kau.

Zack : Ish, mana boleh macam ni GA, aku dah set up cuti raya untuk tahun ini baik-baik. Mana boleh potong cuti macam ni. Karang merajuk mak aku di kampung sebab tidak puas bermanja dengan anak kesayangan dia ni.

Aku : Mak kau merajuk ker, atau 'awek' kau merajuk ? hehe..

Zack : Dua-dua merajuk. (Pipi dah mula bertukar ke warna merah jambu. Sweet..haha..)

Aku : Zack, agaknya kau lupa ya. Aku pun tak salahkan kau terlupa sebab peristiwa ini jarang-jarang berlaku. 

Tahun ni kan, hari raya ke dua dan hari merdeka jatuh pada hari yang sama, sebab tu cuti kau di potong sehari. Tidak perlu tolak cuti tahunan kerana memang dah cuti umum pun. Cuba kau lihat kalendar kuda ni.

Zack : Eh..iyalah GA. Cam na aku boleh tak perasan. Terima kasih GA kerana you light up my life.

Aku : Iyalah tu, light up your life. Cuba kalau betul-betul cuti kau kena potong sehari ? Konfem dari light up terus jadi light off yer.

Nota 1 : Korang dah isi borang cuti ker? Saya dah dan dah lulus pun.











Ahad, 14 Ogos 2011

BERSIHKAN HATI ATAU KOTORKAN HATI


Semua amal ibadah adalah untuk membersihkan hati. Manakala dosa mengotori hati. Hakikatnya, hidup ialah satu perjalanan menuju Allah untuk mem­persembahkan hati yang bersih kepada-Nya. Keuntungan atau kerugian hidup manusia ditentukan oleh usaha yang membawa kebersihan hati atau sebaliknya. ~ Genta Rasa.

Firman Allah:“Dan beruntunglah orang yang mem­bersihkan dan merugilah orang yang mengotorinya.” (Surah al-Syams91: 9-10) 

GreenAppleKu : Kata orang, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Nak selamat, ikut Al Quran dan Hadis. Moga semakin bersih hati kita. 



Sabtu, 13 Ogos 2011

NOSTALGIA BUNGA API DAN MERCUN


Keseronokan tidak akan ke mana. Tetapi mematuhi agama itulah yang lebih bermakna ~ Tuan Eyman Hykal.

Nostalgia

Bunga api lidi untuk budak perempuan.

Mercun lada dan mercun batik untuk budak lelaki.

Meriam tanah atau meriam buluh untuk golongan kanak-kanak.

Membakar mercun dan bunga api bukanlah amalan yang di tuntut dalam agama. Tetapi, untuk nostalgia, ada di antara kita yang sudah dewasa dan beranak-pinak ini membelikan mercun dan bunga api pula buat anak-anak dan adik-adik. Kononnya untuk mainan mereka, padahal, kita turut tumpang sekaki. 

Saya anti- mercun sebab mahal, aktiviti yang membazir, tidak suka asab bunga api kerana ianya tidak baik untuk kesihatan, pencemaran bunyi dan sebagai menghormati undang-undang yang telah di tetapkan. Bagaimana pula dengan anda ?


AWAS, GROUP PENCULIKAN KANAK-KANAK DI FACEBOOK.


PERHATIAN !! jangan join group yang bertajuk "Menjadi Bapa atau Ibu adalah hadiah terbesar dalam hidup saya" 

Ia adalah satu kumpulan Pedophiles yang cuba untuk mengakses foto anda dan anak anda untuk kes penculikan. Sila salin dan post! Mari kita menjaga keselamatan anak-anak kita. Ini adalah sumber dari FOX NEWS pada 5hb

(Sila ambil beberapa saat untuk copy & paste)

GreenAppleKu : Peringatan ini saya perolehi dari seorang rakan di Facebook saya. Walaupun beliau tidak meletakkan tahun sumber di perolehi, saya memandang peringatan ini dari sudut yang positif. 

Semakin canggih kehidupan kita sebab menggunakan facebook, semakin canggih juga cara penjenayah meng'up grade' tektik dan operasi mereka.

Peringatan ini boleh juga di gunapakai buat mereka yang ghairah meng 'up load' gambar-gambar peribadi dalam pelbagai aksi seksi, manja, menutup aurat dan yang tidak menutup aurat. Siapa tahu, ada group yang sedang mencari mangsa untuk aktiviti perdagangan manusia dengan mengakses gambar peribadi anda di facebook. 


Jumaat, 12 Ogos 2011

UKUR KESAN DOSA TERHADAP HATI KITA



Satu cara untuk mengetahui sejauh mana kita benar-benar beriman ialah dengan mengukur sejauh mana kesan dosa terhadap hati kita? Apakah hati kita akan terasa kesal dan menyesal dengan dosa? 

Atau kita merasa biasa-biasa sahaja apabila berdosa? Jika terasa menyesal, itu petanda iman masih ada di dalam dada. Sebaliknya, jika dosa tidak memberi kesan apa, malah kita tetap gembira… itu satu petanda buruk. 

Iman kita amat lemah, Hati kita sedang sakit. Boleh jadi sudah menanti masa sahaja untuk melayang.





Khamis, 11 Ogos 2011

HELIZA HELMI HIJAB


Suka melihat cara pemakaian hijab oleh Heliza Helmi? Mahu memiliki satu? Mana tahu boleh di gayakan di hari lebaran nanti. Aurat terpelihara dan anda kelihatan cantik bergaya. Okay tak promosi saya ni? hehe..

Secara peribadi, saya suka dengan gaya hijab yang digayakan oleh Heliza Helmi. Telah lama tercari-cari cara pemakaiannya. Akhirnya, telah saya temui. 


Order code : HHH (Heliza Helmi Hijab)
Any enquiry & pre-order please send email to : helizahelmihijab@gmail.com
length : 60", material : chiffon silk

Price: RM 150.00 FREE POSTAGE (Within Malaysia)
















BERHATI-HATI DENGAN PENYAKIT INI


Penyakit zaman ini,

Bila mengutuk, dia tidak sedar yang dia sedang mengutuk sesedap rasa pada seseorang.

Bila mengumpat, dia tidak sedar yang dia sedang mengumpat seseorang.

Bila komen, dia tidak sedar yang dia sedang komen seseorang.


Ubat kepada penyakit ini, 

Berjumpalah dengan orang yang kita kutuk, umpat dan komen. Bertanya status sebenar mengenai sesuatu masalah yang timbul. Bukan dengan cara duduk berbincang tanpa kehadiran orang yang menjadi bahan umpatan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...