Isnin, 28 Februari 2011

LAMPU HIJAU 45 RIBU PEKERJA ASING

WHAT??

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju meluluskan kemasukan 45,000 pekerja asing, kebanyakannya dari India bagi memenuhi permintaan 13 sektor perniagaan kecil di negara ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, kelulusan itu dibuat selepas kerajaan melihat masalah yang dihadapi oleh sektor berkenaan seperti restoran, kedai runcit dan industri tekstil yang kesukaran mendapatkan pekerja tempatan.

"Mereka telah membuat permohonan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan pihak saya melalui Gabungan Dewan Perusahaan dan Perindustrian India Malaysia di mana mereka minta kerajaan meluluskan 90,000 pekerja asing.

"Tapi selepas berbincang, buat sementara waktu ini kerajaan bersetuju untuk meluluskan kemasukan 45,000 pekerja," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Wisma Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) oleh bekas presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu di sini semalam.

Subramaniam berkata, pekerja berkenaan akan diagihkan mengikut 13 sektor perniagaan terlibat yang dijangka dibuat dalam tempoh sebulan.


Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.


Nota : Ini adalah berita yang tidak sedap di baca ni. Kemasukkan warga asing ada pro dan kontranya. Yang berada di Malaysia sekarang ni sudah cukup rimas kita melihat, ini hendak ditambah lagi. Secara peribadi saya tidak berapa setuju dengan hal ini. Terutama bila terfikir bab kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia.

Jumaat, 25 Februari 2011

REMAJA DAN ALKOHOL

SUMBER : UTUSAN

MENGAMBIL, menyalahgunakan, ketagihan dan kebergantungan kepada bahan seperti alkohol adalah terma-terma yang digunakan dalam menerangkan tingkah laku pengambilan bahan berkenaan.

Walaubagaimanapun dalam Islam pengambilan bahan terlarang ini adalah haram dan satu dosa besar. Tetapi dalam keadaan ini terdapat sebilangan kalangan remaja yang telah terjebak sama ada pernah ingin cuba-cuba atau sehingga menjadi ketagihan.

Keterlibatan remaja dalam salah laku ini memberi kesan yang mendalam kearah keruntuhan generasi muda Islam yang diharapkan akan menjadi pewaris kelak dan yang dapat mempertahankan kedaulatan amalan cara hidup Islam di muka bumi ini.

Remaja didedahkan dengan penggunaan alkohol ini adalah melalui jaringan sosial (seperti kelab hiburan, acara sambutan perayaan, rakan sebaya, mudah didapati secara terbuka di tempat kerja/awam dan juga tarikan cara hidup).

Keseriusan keterlibatan remaja Islam dalam alkohol walaupun belum sampai kepada ketagihan melampau tetapi sudah ada yang telah mencubanya. Perbuatan ini tidak terbatas kepada remaja bandar mahu pun luar bandar, miskin atau kaya, berpendidikan atau tidak.

Kalangan remaja yang ditemui yang telah mencubanya banyak yang tidak faham dan ada setengahnya pula saja-saja buat tidak faham dengan bertanyakan:

"Minum sikit atau banyak tetapi tidak memabukan jadinya tak salah lah?

"Diminum oleh kanak-kanak bawah umur tu salah tapi kalau dah dewasa tak apa?"

"Sekiranya meminumnya akan membawa kepada mudarat seperti penyakit maka baru salah?

"Minum untuk berikan ketenangan dari masalah dan macam ubatlah tak apa?"

"Masa muda tak apa minum tapi dah tua boleh bertaubat?

"Orang Islam lain pun minum?

"Orang besar-besar atau artis pun minum?"

"Ada jual kat mana-mana, hotel, kedai serbaneka 24 jam dan atas kapal terbang pun free lagi?"

Bahaya kesan penyalahgunaan alkohol

Di antara beberapa bahaya kesan dari penyalahgunaan alkohol dalam kalangan remaja:

l Salah satu daripada dosa besar dan mesti bertaubat.

l Kunci kepada melakukan salah laku jenayah dan maksiat lain.

l Penyakit sosial dan mental (psikologikal).

l Alkohol akan mengurangkan keupayaan minda untuk memberi fokus.

l Remaja yang minum selalunya akan juga mengambil dadah berbeza dengan orang dewasa yang hanya minum

l Remaja yang didedahkan dengan meminumnya di peringkat awal lagi akan menjadi ketagih walaupun bekerja atau melanjutkan pelajaran.

l Ramai remaja yang terlibat dalam kemalangan jalan raya terlibat daengan dadah atau alkohol atau kedua-duanya.

l Remaja yang minum akan jadi kemurungan dan memberi kesan kepada tindak membunuh diri kelak.

l Remaja yang minum dan mabuk mudah terjebak dalam aktiviti salah laku seksual, seksual tidak selamat, sex party atau mangsa rogol)

l Kesan kepada masalah psikologi seperti kebimbangan dan kemurungan.

l Mudah terjebak dalam penyalahgunaan jenis-jenis dadah lain

Bagaimana menghalang anak remaja daripada terjebak?

l Komunikasi yang jelas - ibu bapa mesti mendekati anak-anak melalui kemahiran komunikasi yang berkesan.

l Pemantauan aktiviti dan rakan kenalan anak.

l Pembabitan anak dalam aktiviti kokurikulum.

l Mengajar anak-anak kemahiran sosial seperti pengurusan stres, membuat keputusan dan kawalan kendiri.

l Memberi pendidikan terutamanya agama bagi menyediakan anak yang berakhlak dan soleh.

Bagaimana Remaja Terlibat?

l Pertamanya faktor remaja itu sendiri -sejauh mana personaliti, pendidikan, amalan agama dan kemahiran mereka dapat membantu tidak terlibat.

l Ingin cuba-cuba atau eksperimen - Biasanya remaja yang dipengaruhi rakan sebaya, ingin tahu atau suka kepada cabaran 'yang bodoh' dan boleh 'gah' yang dia dah pernah cuba dan rasa hebat diri berbanding dengan rakan lain yang takut memcuba?

l Bersosial - kerana kawan, atau inginkan diterima oleh rakan sebaya lain. Setengahnya melihat sekadar bersosial suka-suka sahaja.

l Penggunaannya sebagai rawatan - seperti mendapati bahawa alkohol dapat membantu menukarkan mod yang positif dan meghilangkan kedukaan, kesunyian, stres dan masalah.

l Ketagihan - merupakan peringkat di mana remaja mendapati bahawa perubahan secara psikologikal dan fisiologikalnya bergantung kepada alkohol.

l Kompulsif - apabila berlaku perubahan pada kefungsian otak terutamanya bahagian yang mengawal emosi dan motivasi sudah bergantungan kepada alkohol.

Kesimpulan

Pengambilan alkohol dalam kalangan remaja semakin menjadi-jadi dan ini adalah satu gejala yang sangat tidak sihat berlaku pada remaja Islam kita.

Oleh kerana faktor individu remaja dan persekitaran sama-sama memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada gejala ini maka perlu difikirkan cara terbaik menjauhkan daripada merosakkan lagi ramai akhlak anak muda kita.

Contohnya, alkohol ini boleh didapati secara terbuka. Tidak kurang juga remaja kita yang bekerja mencari rezeki dengan majikan yang melibatkan dalam penjualan dan juga menyediakan minuman alkohol kepada pelanggan dan ini perlu dihentikan.

Sayangilah anak bangsa kita dan atas kesedaran dan usaha kita ini insya-Allah dapat membangunan golongan muda yang berakhlak dan menjadi khalifah di muka bumi ini.


Khamis, 24 Februari 2011

MYDIN BIMBING 100 PERUNCIT TAHUN INI MELALUI PROGRAM TUKAR.

Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) sedang dalam usaha membimbing 100 pekedai runcit tahun ini di seluruh negara melalui program Transformasi Kedai Runcit (Tukar), sebuah program di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK).


Pengarah Urusan Mydin Datuk Ameer Ali Mydin berkata Mydin menjangkakan jualan pekedai runcit di bawah bimbingannya akan meningkat antara 40 dan 50 peratus setelah semua proses transformasi kedai runcit selesai dan peruncit benar-benar menguasai kepakaran dalam bidang peruncitan melalui program bimbingan tersebut.


"Dua kedai di Melaka (yang sudah ditranformasikan) dalam tempoh dua hari sudah meningkat jualan lebih 30 peratus," katanya kepada Bernama di sini. Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dalam lawatan sehari ke negeri ini, sempat meluangkan masa melawat dua kedai kedai runcit Mydin berkenaan di bandar baru Merlimau yang terlibat dalam program itu.


Ameer Ali berkata kedai terlibat adalah dua kedai pertama di bawah bimbingan Mydin melalui program Tukar di seluruh negara dan Mydin akan melakukan transformasi terhadap tiga lagi kedai runcit di Melaka dalam masa terdekat.


Melalui program Tukar, katanya peruncit diberikan pinjaman oleh kerajaan antara RM20,000 dan RM60,000 berdasarkan keperluan peruncit itu dan Mydin akan mengawal selia pertukaran kedai runcit itu daripada kedai runcit tradisional kepada kedai runcit yang lebih moden.


Ameer Ali berkata antara transformasi yang dibuat oleh Mydin terhadap kedai runcit itu melibatkan penyusunan semula reka letak barangan jualan, melakukan renovasi seperti mengecat semula dan pemasangan lantai marmar dan yang paling penting pengunaan sistem di tempat jualan (POS).


Beliau berkata sistem POS penting dalam membantu seseorang peruncit dalam mengetahui margin keuntungan, bilangan stok yang telah terjual, bilangan stok yang masih ada serta pelbagai lagi dan maklumat itu amat penting bagi seorang peruncit menjalankan perniagaan mereka dengan lebih berkesan.


"Kita tidak dapat apa-apa duit daripada program ini, faedah sebetulnya kita dapat tolong orang lain berniaga dengan cara yang betul dan kita harap dengan cara ini perniagaan mereka akan naik cepat. Bagi saya, yang penting saya dapat kepuasan tolong peniaga kecil ini maju ke hadapan," katanya.


Mydin ditubuhkan pada 1957 dengan nama Syarikat Mydin Mohamed di Kota Baharu, Kelantan dan mula mengembangkan perniagaanya di Kuala Terengganu, Terengganu pada 1979 dan Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada 1989.


Kini Mydin mempunyai lebih 50 cawangan pasaraya di seluruh negara. Sementara itu, Mahmud Mohamad, 47, salah seorang pemilik daripada dua kedai runcit yang telah selesai proses transformasi oleh Mydin dalam program itu, berkata usaha itu menunjukkan bahawa kerajaan tidak pernah melupakan pekedai runcit kecil seperti dirinya.


"Ini usaha turunkan kepakaran daripada pasaraya besar kepada kedai runcit, kepakaran ini membolehkan peruncit seperti saya memahami cara perniagaan pasaraya dan maju ke depan setanding dengan mereka," katanya yang telah menjalankan perniagaan itu sejak lima tahun lepas.


Beliau yang memperolehi pinjaman RM60,000 melalui program itu berkata jualan kedai runcitnya meningkat kira-kira 30 peratus sejak transformasi itu dilakukan dan amat berbangga dapat bertemu Perdana Menteri yang melakukan kunjungan mesra ke kedainya.


J Francisca, 44, seorang lagi pemilik kedai runcit yang terlibat dalam program Tukar, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah menjadikan impian beliau dan mendiang ayah beliau, S Jeyanathan satu kenyataan.


"Sejak transformasi dua hari lepas perniagaan saya meningkat asalnya antara RM1,700 dan RM1,800 sehari sekarang sudah mencapai antara RM2,300 dan RM2,500 sehari. Saya macam tidak percaya Perdana Menteri sudi datang kedai saya dan beliau berkata sangat puas hati tengok transformasi yang dilakukan di kedai ini," katanya.


Beliau yang telah terlibat dalam perniagaan itu sejak 10 tahun lepas mula mengambil alih perniagaan kedai runcit itu daripada ayahnya yang meninggal tiga tahun lepas dan melalui program Tukar beliau memperolehi pinjaman RM60,000.


Program Tukar adalah salah satu program Aktiviti Ekonomi Utama Negara (NKEA) KPDNKK dan kerajaan menyasarkan 500 buah kedai runcit tradisional akan dimodenkan melalui program itu tahun ini, yang turut disertai oleh Carrefour dan Tesco.


Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.

Rabu, 23 Februari 2011

FRIENDS ARE BORN, NOT MADE..





Friendship improves happiness and abates misery,
by the doubling of our joy and the dividing of our grief.


Count your life by smiles not tears,
count your age by friends not years


What is a  friend? I will tell you..
it is someone with whom you dare to be yourself


Life ends when you stop dreaming,
hope ends when you stop believing,
love ends when you stop caring,
Friendship ends when you stop Sharing.


Sahabat sejati memang sukar untuk ditemui. Yang kerap kita baca dan lihat dalam kehidupan sekarang ialah sahabat yang menganiaya sahabat, sahabat yang mengambil kesempatan ke atas sikap baik seseorang, sahabat yang berkawan kerana punya misi dan visi tersendiri, sahabat yang bersahabat atas dasar sama taraf mahupun sama kaya dengannya, sahabat yang sama perjuangan parti politik dan banyak lagi. 

Begitulah warna-warni nya dunia persahabatan.


Selasa, 22 Februari 2011

JOURNALIS MAYA UNTUK BLOGGER MELAPORKAN ISU SEMASA

Journalis maya pertama melaporkan.

Sila baca tampalan ini.

Terima kasih kerana prihatin dan membuktikan dakwaan.

Bagaimana untuk menjadi Journalis Maya? Baca info ini dahulu yer..

Sewaktu memandu pulang ke rumah pada jam 10.30 malam tadi, saya terfikir ...

Saya kini mempunyai 2 blogs lain, untuk rujukan destinasi pelancongan, Jom Libur! dan untuk memuat naik nukilan dan gambar menggunakan telefon bimbit, Mazidul Mobile Blog.

Blog mempunyai kuasa unik, maklumat dicatatkan mampu dibaca pelawat di seluruh dunia.

Apa kata jika blog Mazidul Mobile Blog digunakan untuk tujuan kita bersama membantu masyarakat melalui komunikasi di alam maya.

Bagaimana kaedahnya?

Begini ...

Jika pembaca melihat atau menerima maklumat berhubung masalah dihadapi masyarakat, emelkan maklumat tepat dan telus berhubung masalah terbabit kepada saya.

Jika mampu dirakamkan dalam bentuk gambar, hantarkan kepada saya mnggunakan emel mazidulakmal@yahoo.com.

... pembaca menjadi wartawan maya. (sekarang Journalis Maya)

Berdasarkan informasi dan gambar, biar saya menghubungi pihak berkuasa dan membuat susulan agar masalah terbabit dapat diselesaikan.
Apa pendapat anda?

Barangkali nama blog, Mazidul Mobile Blog juga boleh ditukar kepada nama lebih sesuai. Cadangkan ...

Terima kasih.

Nukilan Mazidul Akmal Sidik

Nota : Em..blogger semua, tunggu apa lagi. Bersama kita melaporkan untuk kebaikkan semua.


HANTU ASRAMA SGGS PART 1..

Ni bukan nak promosi filem SINI ADA HANTU, tetapi sekadar 'flash back' kembali zaman persekolahan dulu-dulu. Iya tu, bila tertengok review filem tu, saya terkenang zaman persekolahan saya dahulu. Okay, adalah serba sedikit filem tu adalah penyebab saya ter'flash back' kisah hantu asrama nih.

Yess..i'm from english education school (ni, ter'copy' skrip HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH). Sekolah Menengah Perempuan St.George atau nama englishnya St. Georges Girls School nick name Georgians S G G S. Kalau di Penang, sekolah ni memang glamour dan menjadi impian ramai pelajar perempuan untuk belajar disini. Glamournya sampai korang boleh search dalam wikipedia.org . Klik link kalau korang nak baca detail. 

Em..tidak beberapa jauh dari sekolah SGGS ni, terletakkannya Sekolah Menengah Penang Free atau nama englishnya Penang Free School. Sure ramai yang tahu, ni sekolah khas untuk pelajar lelaki! No komen sebab dari dulu lagi kedua sekolah ni memang tak berapa ngam walaupun kami berjiran..huhuhu..

Sengaja saya letak sekeping gambar sekolah untuk tatapan bersama dan sebagai penambah mood seram. Di atas, gambar dewan dan 'clock tower'. Di dewan tersebutlah, saya telah menduduki ujian SPM. Dan di dewan ini jugalah perhimpunan sekolah akan diadakan. Tak perlu nak risau hujan atau panas!

Misteri 'clock tower', menurut senior saya, once upon a time, adalah seorang pelajar genius. Dia ni memang top student dari form 1 hinggalah form 5. Memang power pelajar ni sebab dapat mengekalkan prestasi pelajarannya selama 5 tahun berturut-turut. Dah banyak hadiah dan anugerah yang dia bolot. Jangan jealous, dah rezeki dia. 

Dan menurut senior, akhirnya pelajar ini di jumpai mati terjun dari 'clock tower' kerana dia tidak dapat menerima hakikat, result SPMnya tidak seperti yang diharapkan. Kata senior, dia 'over konfiden' akan skor yang terbaik tapi manusia hanya mampu merancang, AllahSWT yang akan menentukan apa kesudahan perancangan kita itu.

Aiseyman..tak sangka pula intro cerita ni 6 rangkap pendeknya (hehe..). Harap korang semua tak marah sebab cerita ini terpaksa di 'PART 2' kan. Sabar yer. 

Moral of the story yang perlu kita renung-renung dan fikir-fikir, kita kena sentiasa ingat pada AllahSWT walau apa jua 'mood' kita. Kita berjaya, ingat dan syukur padaNya. Kita diuji, ingat dan mengadulah padaNya. AllahSWT Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Setiap perkara yang terjadi, ada hikmah yang tersembunyi. Sabar, redha dan kita akan temui jua hikmahnya. Insyaallah.


Isnin, 21 Februari 2011

MAKAN SEMASA LAPAR, BERHENTI SEBELUM KENYANG

Inilah cara yang paling bagus dalam aturan pemakanan kita. Otak memerlukan masa untuk memberitahu kita bahawa kita sudah kenyang. Jika kita terus makan dalam kuantiti yang banyak, otak memerlukan masa yang lebih lama untuk memberitahu supaya kita berhenti. Akibatnya, kita hanya akan merasa terlalu kenyang sebaik  perut sudah terlalu penuh.

Dalam agama Islam sendiri, Rasulullah SAW pernah bersabda supaya kita makan semasa lapar dan berhenti sebelum kenyang.


Ahad, 20 Februari 2011

SUKA MINUM SUSU KOTAK..BACA INFO INI


Jangan biarkan susu kotak yang dibeli terdedah kepada cahaya matahari lebih daripada 2 jam! Ia akan  membuatkan susu kehilangan separuh daripada khasiat vitamin B didalamnya.

SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF



Sila header BEN ASHAARI blog


Tajuk : SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF ! dan linkkan ke entri ini ..

Tu je ... tinggalkan url entri korang ke ruangan komen entri ini ..

Join jer..

UBAT BATUK, BOTOL ATAU PLASTIK ?



Sewaktu menerima ubat batuk, pastikan anda menerimanya di dalam botol yang berpenutup (botol kaca lebih baik). Ubat batuk yang telah diubah ke dalam botol plastik lain ( seperti di sesetengah klinik, dan kemudian diberi label klinik) adalah tidak elok dimana keberkesanannya berkurangan. Justeru, pastikan ubat batuk anda diberi dalam botol yang asal sahaja!

Nota : Oh..baru tahu tapi syukur setakat ini ubat batuk yang diterima semuanya dalam botol, siap ada kotak lagi. Bab kesihatan ini, jangan ambil ringan ya. Cegah sebelum parah.


Sabtu, 19 Februari 2011

JAPANESE WOMEN DON'T GET OLD OR FAT

Menerusi buku Naomi Moriyama seperti tajuk diatas yang juga merupakan seorang perunding pemasaran kelahiran Jepun, beliau menyelongkar petua disebalik gaya hidup wanita negara matahari terbit itu yang muda bertenaga. 

Menurut beliau, jangka hayat hidup yang panjang dan kadar obesiti yang rendah dikalangan masyarakat Jepun ada kaitan dengan jenis masakan yang disediakan di rumah.

Rahsia pertama
Makanan yang menjadi keutamaan termasuk ikan, soya, nasi, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Rahsia kedua
Makanan yang disajikan adalah dalam kuantiti yang kecil. No wonder, kalau tengok movie jepun,  saiz mangkuk nasi mereka kecil jer kan. 

Rahsia ketiga
Sup miso menjadi sajian sarapan utama. Em, ni nak kena tanya Mat Gebu a k a Dapur Tanpa Sempadan..En. Mat, ada resepi sup miso tak?

Rahsia keempat
Masakan secara sederhana.

Rahsia kelima
Nasi menggantikan roti.

Rahsia keenam
Hanya jamah makanan pencuci mulut! Kalau kita bab makan pencuci mulut ni, sampai habis kita makan.

Rahsia ketujuh
Wanita jepun tidak mengamalkan sebarang diet sebaliknya makan apa sahaja yang digemari dalam jumlah sedikit.

Nota : Pernah terdengar dan terbaca ayat-ayat berikut, berhenti makan sebelum kenyang, makan dalam kuantiti yang sikit tapi kerap. Rupa-rupanya ada hikmah disebalik ayat tersebut. Bertapa banyak perbezaan cara pemakanan rakyat Jepun jika hendak dibandingkan dengan kitakan.


Jumaat, 18 Februari 2011

KRIM PELINDUNG MATAHARI ELAKKAN KANSER


Dalam tv, bila tiba musim panas di negara barat, kita akan dapat melihat  aktiviti berjemur dibawah matahari. Lokasi yang menjadi pilihan di tepi pantai mahupun di taman bunga, taman permainan dan anda fikirlah sendiri. (huhu..)

Sebelum tu, mereka akan sapu krim pelindung matahari agar kulit tidak terbakar tahap maksimum. Krim ini ada yang daya ketahanannya selama 4 jam, ada yang bertahan selama 6 jam. Setelah tamat tempoh ketahanannya, kena sapu sekali lagi. Dan begitulah seterusnya sehingga anda dah rasa nak balik rumah.

Di negara kita pun, ada yang gemar aktiviti seperti ini namun jumlahnya tidak besar kerana kepanasan di negara ini terlalu terik. Saya tak tahan, anda boleh bertahan ker? Jangan cari masalah, anda mungkin akan pengsan sebab suhu panas akan membuatkan 'hipoglikemia' (kadar gula darah tiba-tiba menurun dan meningkatkan kadar radikal bebas dalam tubuh).

Akibat daripada aktiviti berjemur juga boleh menyebabkan masalah tumbuh tanda-tanda seperti tahi lalat pada kulit. Tanda-tanda ini boleh mengakibatkan "Melanoma' iaitu sejenis kanser kulit yang ganas. Erkk!!

Menurut kumpulan penyelidik dari Universiti British Columbia, seseorang itu tidak boleh bergantung kepada krim pelindung matahari sahaja, mereka perlu melindungi tubuh dengan memakai baju berlengan panjang, memakai topi dan berteduh.

P/S : Emmm..sudah terbukti ada sebab mengapa Allah SWT menyuruh umat Islam menutup aurat terutamanya kaum wanita. Hari ini hari jumaat,  disunatkan bersedekah. Senyum..

Khamis, 17 Februari 2011

YOU ARE NOT ALONE..TAK CAYA KER..PERCAYALAH..


Pernah tak korang terkejut dan rasa waaa.., tak sangka, dia alami apa yang pernah aku alami.. seperti saya hari ini, rasa frust sebab tak dpt buka blog dari jam 8pg hinggalah balik kerja ni. Sebab banyak pula 'urgent' job need to be settle by today. Hmmm..perkara yang sama terjadi kepada blogger R E A D. Tak caya gi terjah..artikel dia pun bagi pendapat saya, best! Sedikit coretannya.. 

"Frustnya hari ini, sebab tidak berkesempatan untuk terjah blog rakan-rakan mahupun terbit artikel di awal pagi. Kenapa? Sebabnya saya mendahului tugasan di pejabat yang telah di amanah dan saya setuju untuk menjalankan amanah tersebut. (Masa mula-mula minta kerja, dah niat dalam hati nak do the best!) Korang jangan ambil sikap acuh tak acuh dengan kerja utama korang yer. Berdosa tau. Sebab kita semua mencari rezeki yang halal. Nak sara keluarga dengan duit gaji yang korang terima setiap bulan. So, time kerja, buat kerja dahulu. Break time, korang up date blog! "

Sama lak dengan pengalaman saya hari ini..

Rabu, 16 Februari 2011

PUTUS CINTA? PUTUS ASA? BERSABAR!!... CAKAP SENANG LA..

imgres.jpeg

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada bantuan

Andainya kisahmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiran mu

Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Kembalilah kepada yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa

Ya Allah
Hindarilah daku dari tersasar
Tunjukkan daku jalan yang benar..

NOTA : Kembalilah kepada AllahSWT kerana hanya DIA Maha Memahami. Even your best friends or your couple tidak dapat memahami anda dengan sebenarnya. Di saat cinta sesama manusia membawa kehancuran, ingatlah Allah sentiasa bersamamu. You are not alone!

Ketika awek atau pasangan anda dikebas orang, semak semula diri anda, mana tahu suatu ketika dahulu anda pernah mengambil hak orang lain. Hari ini anda terambil buku cerita rakan anda (dengan niat memang nak buat harta sendiri sebab kawan anda tu terlupa yang anda ada pinjam buku kat dia), esok lusa pula, buku cerita anda pula yang hilang. Hilang?



SAYA PUNYAI 100-500 FOLLOWERS

Untuk sertai , sila buat satu entri khas :



1. Letak header BEN ASHAARI blog

DAH LETAK.

2. TAJUK : SAYA PUNYAI 100 - 500 FOLLOWERS. dan linkkan ke entri ini ..

LINK PUN SUKSES..

3. Tinggalkan url entri blog korang tau ! bukan url entri aku !! huwaa.. semalam ada ramai buat gitu.. jadi aku terpaksa skip...




Kepada yang nak join, sila berdaftar di sini. Salam perkenalan buat semua. Peace No War. Tamo gaduh-gaduh yer. 

Buat En. Ben, selamat menjalankan tugas sebab konfem kena serbu ni...

TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA..


Em..itu kalau perahu. Konfem boleh undur. Tapi kalau dah terlajak kata..tersenyum sendiri memikirkan camnalah nak pulihkan keadaan yer. Ini semua gara-gara artikel ini, klik sini untuk tahu kisah selanjutnya. Harap ini semua adalah gurauan sesama kita. Kes kecil cam tu, rasanya tidak perlulah kita hendak panjang-panjangkan. Kita kena menghargai orang yang telah banyak membantu kita. Hargai pengorbanannya. :) 

Okay kita stop cerita tentang dunia blogger. Mari 'flash back' kembali kisah-kisah yang pernah terjadi dalam kehidupan kita. Pernah tak kita terlajak kata mahupun terlepas cakap pada rakan sekuliah, rakan sekelas, ataupun rakan sepejabat? Dan tanpa kita sedari, rakan kita dah terasa kecil hati, tersinggung dengan apa yang kita katakan.

Teringat satu kisah di pasaraya tesco. Hari tu, ada hadiah percuma! Siapa tak suka hadiah percuma kan. Hadiahnya adalah sebiji mangkuk. Camna nak dapat hadiah tu? Kena beli susu tepung Fernleaf, dapat hadiah sebiji mangkuk Ben10 percuma. Ben10 tu. Kanak-kanak mana yang tak suka kan. Rakan saya dah excited sebab anak dia minat Ben10 agaknya. 

"Waa..best ni, beli susu dapat hadiah pinggan." riak ceria jelas terpancar diwajah rakan saya tersebut.

"Ni bukan pinggan..mangkuk." saya betulkan ayat rakan saya tersebut. Mungkin sebab teruja nak dapat hadiah percuma, dia tersilap sebut mangkuk sebagai pinggan. 

Orait, dah settle kami membeli belah didalam tesco, kami pun berangkat pulang. Saya tengok rakan saya..monyok jer mukanya. (Em..apa yang tak kena pula ni. Ada barang yang tak sempat beli ker?) Mulalah saya bermonolog sendirian. Terganggu jugalah konsentrasi pemanduan saya.

"Ehhh kau ni apasal..ada barang yang terlupa nak beli ker?"

"Mana der.."

"Kalau tak der..kenapa diam jer ni. Kalau tak non stop kita bercerita itu ini.."

"Bukan apa, aku rasa kecil hati sikit"

"Kecil hati? La..kenapa pula ni"

" Tu..tadi, sedap jer kau kata aku mangkuk.."

Laa..dah tersilap faham rupanya rakan saya ni. Kejap saya scroll ke atas semula, apa yang telah saya kata. Hahaha..patutlah. Rasa nak gelak pun ada tapi shhhhh..karang bertambah teruk pula merajuk rakan saya ni.

"Laaa..takkanlah aku nak kata hang mangkuk pula. Kan betul, yang tu bukan pinggan tapi mangkuk. Pepapon..aku minta maaf sebab aku dah buat hang terkecil hati. Next time aku akan gunakan bahasa yang betul dan ayat yang lengkap"

"Okaylah..okaylah..aku tahu, hang tak maksudkan begitu. Dah la. Kita selesai setakat ini sahaja. Aku pun tah ler tetiba jer cepat sangat nak terasa."

Hm..moral of the story, gunakan bahasa dan ayat yang lengkap agar tiada yang rasa marah mahupun merajuk dengan anda. 

Tips buat yang tengah marah, please 'zip' mulut. Tarik nafas dan try to cool down. Berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kata-kata. Tidak ada masalah yang tidak dapat di selesaikan. Insyaallah!


Selasa, 15 Februari 2011

RASULULLAH SAW, SIFAT, AKHLAK DAN CINTA KEPADANYA

Salam Maulidul Rasul buat semua umat Islam. Tidak kiralah apa status bangsa anda, kita semua bersatu di bawah satu pegangan agama iaitu Islam.

Sepanjang tempoh 23 tahun baginda menjadi rasul, baginda berjaya mengubah perjalanan seluruh alam, takdir dan matlamatnya, memalingkan pandangan manusia dari menyembah makhluk kepada menyembah Allah SWT.

Dalam menjalani gaya hidup seorang mukmin dalam melayari bahtera kehidupan, paling utama untuk dicontohi daripada Rasulullah SAW adalah akhlak baginda.

Antara sifat baginda ialah :
  • Kesabaran yang tinggi
  • Sifat dermawan yang tiada tandingan
  • Sifat pemalu melebihi perawan
  • Sifat berani
  • Sifat kepimpinan
  • Sifat kekeluargaan
  • Sifat erat dan jujur dalam persahabatan
  • Sifat ehsan dan rahmat
  • Sifat lemah lembut dan santun
  • Sifat pemaaf yang tiada tandingan
  • Sifat setiakawan
  • Sifat kebapaan
  • Sifat persahabatan
  • Sifat tawaduk
  • Sifat rahmat

Isnin, 14 Februari 2011

BAHAYA TRANSMUTASI SEKS


Satu lagi artikel tulisan En. Haniff Abdul Hamid untuk dijadikan panduan dalam mendepani kehidupan seharian saya mahupun anda.

Kita manusia sebenarnya adalah makhluk daripada jutaan makhluk lain di dalam dunia ini cuma satu-satunya makhluk yang diberi kelebihan akal dan menjadi khalifah untuk mentadbir dunia. Tapi disini usahlah pergi terlalu jauh hingga ke tahap mentadbir dunia. Cukup berbicara soal mentadbir diri sendiri. Mengapa Rasulullah berkata bahawa jihad perang terhadap nafsu adalah lebih besar daripada jihad di medan perang? Saya yakin anda juga sering mendengar hadith ini.

Salah satu buku yang saya rancang untuk ditulis dimasa mendatang bagi pasaran global adalah ‘sex disasters’. Napoleon Hill menulis didalam bukunya ‘Think and Grow Rich’ (100 million copies bestsellers) yang mana didalamnya terkandung satu tips yang berbunyi ‘sex transmutation’. Pada pendapat beliau yang boleh saya simpulkan disini ialah, keinginan seks wajar dijadikan salah satu elemen yang penting bagi orang yang ingin berjaya. Huraian Napoleon ialah mereka yang mempunyai daya visualisasi, imaginasi dan fantasi seks akan menghasilkan daya pemikiran yang lebih kreatif, inovatif malah menjadi motivasi yang kuat untuk mencapai sesuatu. Saya meminjam beberapa pendapat erientalis barat tentang bagaimana inspirasi seksual wanita mampu membuatkan seorang lelaki menjadi hebat dan melakukan sesuatu dengan tenaga berkali ganda. Ia membawa maksud, sebagaimana inspirasi seksual itu memberi kekuatan kepada manusia, seharusnya inspirasi itu harus diduplikasi dalam usaha didunia nyata. Namun saya yang kerdil ini ingin menyangkal pendapat orang-orang hebat ini.

Seks dan kehidupan adalah perkara yang berbeza. Seks adalah perihal memenuhi kehendak tetapi kehidupan adalah perihal memenuhi tanggungjawab. Saya pernah dibentak oleh seorang rakan daripada US apabila saya berkata Napoleon Hill silap dalam pendapatnya tentang ‘sex transmutation’. Walaupun secara teori, transmutation itu lebih membawa maksud menukarkan semangat seks itu, kepada satu entiti berlainan, tetapi sebenarnya semangat seks itu hakikatnya adalah perkara yang perlu dibendung. Saya mempunyai seorang rakan yang menjalankan perniagaan porno di US (brazzers.com) dan pernah beberapa kali berbual melalui internet. Dia amat menyegani saya kerana saya adalah muslim, walaubagaimanapun kami bercerita berdasarkan satu yang ilmiah. Saya bertanya kepadanya, apakah yang sebenarnya menjadi key atau ‘business secret’ dalam perniagaan porno? Katanya ada dua perkara penting iaitu, sentiasa memahami nafsu ‘pembeli’ dan yang kedua mempengaruhi/hipnotis pemikiran gadis untuk melakukannya.

Manusia sanggup membayar wang yang besar untuk memenuhi ‘sex desire’. Di brazzers mereka boleh memperolehinya kerana perkara tersebut sukar diperolehi didunia nyata. Membayar model porno bukanlah tindakan yang bijak sebab kosnya sangat tinggi. Maka mereka mengkaji bahawa gadis boleh dipengaruhi dengan beberapa cara iaitu memanipulasi kesusahan/kemiskinan mereka, menghipnotis bahawa porno bukan suatu yang buruk malah disanjung, menjadikan aksi ranjang ekstrim sebagai satu pencapaian yang hebat dalam kehidupan dan dengan kata-kata pujian. Kerana itu, gadis-gadis ini sanggup diliwat sungguhpun menderita, sanggup meminum atau mengunyah najis manusia, sanggup diseksa dan dipukul, semua ini kerana telah mereka dihipnotis dengan teori palsu dan bayaran yang lumayan.

Pada pendapat saya, apabila seks dijadikan objek inspirasi, maka ialah akan lebih kepada perkara yang merosakkan. Apabila orang bekerja seperti semangat seks, mereka sebenarnya bekerja untuk mencapai objektif tanpa mengira nilai dan peraturan. Kerana itulah ramai hartawan kecundang apabila dirinya dikawal oleh nafsu tak kira sama ada nafsu seks, nafsu membeli, nafsu memerintah, ego dan sebagainya. Kesemua itu adalah ‘sex transmutation’. Apabila objek nafsu itu dijadikan motivasi dan inspirasi, maka ia seharusnya menjadikan manusia menjadi hamba nafsu tetapi berlainan apabila manusia digesa memahami tanggungjawab. Kerana itu kita mendengar kisah orang lama yang jalan hidupnya bukanlah sesuatu yang indah namun mampu kekal ke hari tua berbanding kehidupan orang muda masakini yang canggih dan berfikiran moden kononnya yang mana dipenuhi kisah keruntuhan rumahtangga. Inilah juga penerangan yang saya berikan kepada rakan yang membentak saya apabila saya tidak bersetuju dengan fakta Napoleon Hill.

Perkara ini juga terjadi apabila manusia hidup berkiblatkan benda yang salah. Didalam perniagaan, kita harus tahu kiblat yang betul. Khususnya bagi orang islam, sesetengahnya sanggup menolak halal haram kononnya untuk bersaing dengan bangsa asing. Sedar atau tidak market orang islam itu sendiri sudah cukup besar untuk mereka. Kita harus mentadbir diri kita menjadi orang yang berpendirian. Sungguhpun kesilapan telah berlaku, tidak bermaksud kita harus meneruskan kesilapan itu atau menghalalkan kesilapan itu dengan logik akal. Contohnya ayat yang sering digunakan didalam industri pembinaan ‘rasuah sudah menjadi darah daging dan tak boleh dielakkan jikalau mahu menjadi kontraktor’. Hukum tidak akan berubah dengan statement tersebut. Selagi wujud keadaan dimana nafsu seperti ini tidak dibendung maka kita dikira gagal mengawal diri. Jahilnya manusia seolah-olah tuhan itu buta. Sentiasa kita beringat, segalanya datang dari Allah dan boleh ditarik pada bila-bila masa. Wallahualam. Tajdid.

STRATEGI PERNIAGAAN UNIK ORANG CINA DIBONGKAR #1

Haniff Abdul Hamid adalah seorang pengamal OSH, penceramah motivasi bebas, usahawan dan penulis bebas. Beliau menghabiskan banyak masa dalam beberapa tahun yang sudah bekerja di dalam industri tenaga, minyak dan gas di Timur Tengah, Asia Barat dan Asean. Beliau mula menulis tentang politik, kerjaya, perniagaan, agama dan kehidupan secara kritis mengenai banyak isu sejak 2005. Kini menulis buku dan di laman web peribadi.

Anda biasa mendengar orang cina bermuafakat dan boleh berniaga benda yang sama sebelah menyebelah. Mereka tidak berdengki antara satu sama lain. Benarkah begitu? Satu perkara yang harus kita sematkan difikiran kita bahawa bangsa ini hidup berniaga ratusan tahun. Hakikatnya berniaga benda yang sama sebelah-menyebelah adalah persaingan. Mereka juga menerima perkara itu sebagai teori yang sama. Tapi mengapa masih mereka ini mampu berniaga sebelah-menyebelah?

Susah Satu Senang Banyak

Masalah yang paling utama dilihat dalam perniagaan adalah pemasaran. Ia adalah peraturan utama dalam mempastikan survival sesebuah perniagaan iaitu mempastikan pelanggan sentiasa ada. Mempastikan pelanggan sentiasa ada bermaksud mempastikan pelanggan sentiasa datang. Mempastikan pelanggan sentiasa datang bermaksud pelanggan sentiasa ingat untuk datang.

Untuk mempastikan pelanggan sentiasa ingat untuk datang, maka hendaklah dipastikan pelanggan mempunyai sebab yang kukuh untuk datang. Apakah sebab yang kukuh untuk menarik perhatian pelanggan datang? Dalam konsep yang bakal saya terangkan ini ia merujuk kepada menarik perhatian pelanggan datang atas sebab mereka mempunyai banyak pilihan. Anda pasti masih keliru dan tertanya-tanya bukan? Teruskan bacaan....

Pemasaran Mulut Ke Mulut

Teknik pemasaran ini adalah yang terbaik dari segala teknik. Kerana itu ia menjadi asas utama dalam perniagaan jaringan (network business). Ini adalah kerana cakap dan saranan daripada kawan atau kenalan lebih bersifat nasihat (consulting) berbanding mesej melalui iklan yang bersifat memujuk.

Kerana itu teknik ini dilihat lebih berkesan dan murah dalam jangka panjang. Konsepnya mudah iaitu mempastikan orang tidak rasa segan atau takut-takut untuk bercerita kepada rakan-rakan mereka. Mereka akan berasa seronok untuk bercerita tentang sesuatu kerana pada mereka ia seperti satu pertolongan. Namun bagaimanakah perkaitan perkara ini dengan konsep berniaga sebelah-menyebelah oleh orang cina?

Membentuk Persepsi Mega

Persepsi adalah perkara yang mudah terserap ke dalam hati seseorang melalui pancaindera. Sama ada melalui mata, mulut dan telinga. Konsep teknik ini ialah mempastikan orang ramai melihatnya sebagai satu entiti mega yang memberi banyak pilihan. Biar saya berikan contoh.

Apabila anda mahu membeli barangan runcit, anda pasti lebih teruja untuk pergi ke tempat yang banyak pilihan dan berharga murah. Jawapannya apa yang bermain difikiran anda masakini ialah pasaraya mega seperti Mydin, Tesco, Giant dan sebagainya. Konsep ini juga yang digunakan peniaga cina yang menjual benda yang sama sebelah-menyebelah.

Konsep Perniagaan Berpusat

Sebuah kedai menjual kain mungkin ada 50 jenis kain. Cuba anda bayangkan apa persepsi anda bagi sebuah tempat yang 50 buah kedai menjual kain? Secara amnya anda terus terfikir betapa banyaknya pilihan anda disana. Benar atau tidak?

Kemudian anda terfikir sekiranya anda pergi ke sebuah kedai yang menjual kain dan tidak berjumpa harga yang bersesuaian, anda harus memandu atau mengeluarkan lagi kos petrol untuk mencari kedai lain. Di situ anda rugi bukan? Jadi sudah pasti pilihan anda ialah tempat perniagaan yang mempunyai banyak pilihan dan peluang anda mencari harga yang paling murah.

Pusat Perniagaan Sedia Ada Di Malaysia

Terdapat pusat perniagaan seperti ini di Malaysia sama ada diaturkan oleh kerajaan ataupun oleh pakatan peniaga itu sendiri. Saya lebih suka memberi contoh dimana pusat yang diatur oleh peniaga sendiri kerana ini membuktikan mereka bersepakat dan menerima konsep ini.

Apabila anda bercerita tentang lanskap, apakah tempat yang sering manis dibibir banyak orang di Kuala Lumpur dan Selangor. Jawapannya ialah sungai Buloh. Di Sungai Buloh terbaris puluhan kedai yang menjual produk lanskap dari pokok hinggalah ke pasu bunga. Saya sendiri pernah bertanya 10 orang rakan di Kuala Lumpur secara santai dan 9 orang daripada mereka menyarankan Sungai Buloh.

Pemasaran Bermula Dari Rumah Bakal Pelanggan

Menarik perhatian pelanggan haruslah bermula daripada rumah mereka. Ini adalah penting supaya apabila mereka memegang kunci kereta, hati mereka sudah teringat untuk memandu ke tempat anda.

Seperti saya katakan tadi, apabila dari 10 orang yang ditanya 9 daripadanya berkata Sungai Buloh. Maka 9 orang ini akan memandu ke Sungai Buloh. Peniaga di Sungai Buloh sudah mempunyai 9 orang prospek. Sementara peniaga lanskap di tempat lain hanya ada satu.

20 kedai lanskap di Sungai Buloh mempunyai 9 orang prospek tetapi 20 buah kedai merata tempat hanya mempunyai 1 orang prospek sahaja. Bukankah ini satu penjimatan kos pemasaran?

Orang Melayu Jangan Berdengki Tetapi Memanfaatkan Kaedah Ini

Saya pernah menjadi mangsa hasad dengki orang melayu sewaktu menjalankan perniagaan restoran. Sungguhpun restoran saya berjauhan dari kelompok restoran melayu lain, namun saya tidak terlepas daripada terkena ilmu hitam yang merosakkan perniagaan dari masa ke semasa hinggakan pernah memberi kesan kepada kesihatan.

Ke manakah akhirnya budaya ini? Andai ada 10 restoran melayu berdekatan, pelanggan sebenarnya lebih suka pergi ke sana. Tetapi apabila tinggal 1 sahaja, adakah mereka ini fikir bahawa semua pelanggan akan menjadi milik mereka? Mereka silap sama sekali. Sudahnya 1 restoran yang tinggal ini mungkin akan gulung tikar juga.

Jangan takut untuk berniaga berdekatan. Anda hakikatnya membentuk satu tempat perniagaan berpusat yang mampu menarik perhatian pelanggan. Peniaga keropok lekor di Terengganu telah membuktikannya. Begitu juga beberapa tempat yang sering mencetus minat pelanggan untuk ke sana.

Pelanggan mahukan pilihan dan harga. Beri mereka apa yang mereka mahu. Jangan habiskan wang anda menambah dosa hasad dengki dan juga secara tidak sedar meruntuhkan prospek. Selamat maju jaya.

GreenAppleku : Take note and still learning..thank you En. Haniff Abdul Hamid for sharing this artikel. Orang Melayu..jangan dengki sebab anda juga yang rugi..

Ahad, 13 Februari 2011

TUN MAHATHIR DI ASTRO RIA

TUN MAHATHIR 

Pasti ramai ahli politik dan peminat Tun Mahathir gembira sebab Tun muncul dalam program tv, Inspirasi SITI. Sebelum tu, jika anda ingin melihat gambar Dato Siti dan gambar sekitar program tersebut boleh klik sini. Saya ambil gambar Tun yang terbaru dari bluebuzzportal. 

Dan yang pasti antara tetamu yang diberi peluang untuk bertanyakan soalan pada Tun, ialah pihak Kementerian Pertahanan Malaysia. (Merangkap pengawal keselamatan).

Bila ditanya, apakah yang akan Tun buat jika menjadi Perdana Menteri Malaysia semula, 

"Jika saya menjadi Perdana Menteri Malaysia semula yang mana mustahil, antara perkara yang termasuk dalam agenda saya ialah isu perkauman di negara kita.."

Hm...saya setuju dan faham benar kenapa isu ini menjadi salah satu agenda Tun. 1 Malaysia..realitinya, iya ker rakyat Malaysia benar-benar bersatu? Bersatukah kita sesama bangsa sendiri. Bersatukah kita bersama bangsa lain. Dan yang terkini, bersatukah kita sesama blogger?


Sabtu, 12 Februari 2011

USAHAWAN KEDAI BUKU DAN ALAT TULIS SECARA KECIL-KECILAN

Usahawan kedai buku dan alat tulis? Kepada yang punya impian untuk menceburi dalam bidang usahawan tersebut, blog Travelog Usahawan Muslim boleh dijadikan sumber rujukan. Segala maklumat bermula dari pemilihan lokasi, kos memulakan perniagaan sehinggalah cara-cara untuk mengenal pasti bakal pencuri di kedai buku dapat anda baca di blog beliau. 

Hm..jom baca pengalaman beliau sebagai seorang usahawan kedai buku dan alatulis.

Membuka kedai buku & alat tulis secara kecil-kecilan dengan modal terhad (RM70k kebawah) sebenarnya agak sukar dilaksanakan walaupun ianya tidak mustahil dilakukan. Disini saya memberikan beberapa tips berkenaan kedai yang “agak” berkaitan perniagaan kedai buku dan alat tulis yang boleh juga anda ceburi sekiranya memang berminat dengan perniagaan yang berkaitan buku dan alat tulis ini.

1. Kedai buku dan alat tulis mini

Kedai buku dan alat tulis mini ini sesuai dijalankan dipremis kedai yang memiliki keluasan yang terhad seperti lot-lot terminal teksi berukuran 10’ x 15’. Modal untuk membuka kiosk ini agak kecil iaitu sekitar RM50k (termasuk deposit sewa, aset dalam kedai dan deposit kepada syarikat pembekal majalah dll) Namun kebiasaannya, kedai yang memiliki saiz ini terletak dikawasan mahal yang kadar sewanya boleh mencecah sehingga RM2k-RM6k sebulan. Oleh itu, anda perlu menumpukan jualan barangan yang bermargin tinggi iaitu diantara 20%-80% dan nilai jualan yang tinggi iaitu sekurang-kurangnya pada kadar RM1k sehari.

2.Membuka kedai majalah

Membuka kedai majalah juga merupakan antara pilihan yang boleh diceburi anda jika memiliki modal terhad. Dengan kadar modal yang agak rendah iaitu sekitar RM30k (termasuk deposit sewa, aset dalam kedai dan deposit kepada syarikat pembekal majalah). Namun begitu, anda yang memilih jenis perniagaan ini perlu menambah beberapa barangan sokongan untuk menampung perbelanjaan seperti makanan ringan dan perkhidmatan potostst kerana margin keuntungan menjual majalah sangat rendah iaitu sekitar 15% sahaja.

3. Kedai@booth@kiosk buku

Membuka booth & kiosk buku juga mempunyai modal yang agak kecil juga sama seperti membuka Kedai buku dan alat tulis mini. Masalah yang sering diterima oleh pekedai jenis ini ialah terlalu mengharapkan trafik pelanggan yang ramai diseseuatu tempat memandangkan kebiasaannya, pelanggan yang datang adalah pelanggan yang tidak merancang untuk membeli buku. Oleh itu, lokasi jenis perniagaan ini sangat penting.

4. Kedai fotostat mini

Kedai fotostat juga adalah diantara kedai yang menawarkan pilihan modal awal yang agak rendah iaitu disekitar RM30K (dgn 2 mesin fotostat yg laju, deposit sewa, peralatan laminate, binding dll)-. Namun begitu untung perniagaan ini agak kurang dan memerlukan jualan dalam kuantiti yang banyak dan agak melecehkan. Kurangkan kesilapan ketika memfotostat & dapatkan kertas pada harga borong. Bayaran untuk perkhidmatan binding dan laminating perlu difokuskan kerana memiliki nilai keuntungan yang agak tinggi.

P/s: Untuk kedai fotostat saya mensarankan menyewa mesin sekiranya perniagaan benar2 mantap kerana mesin anda akan digunakan secara total tanpa belas (sbb sewa mesin ada terma untuk membaiki mesin sekiranya rosak) atau pada peringkat awal, beli sahaja mesin recond dan PASTIKAN KOS COPY TIDAK MELEBIHI RM0.03 sen sehelai!!

5. Kedai alat tulis mini

Bagi mereka yang memilih untuk membuka kedai alat tulis mini pula, saya mencadangkan kepada mereka agar memilih kawasan yang memiliki bilangan trafik yang ramai kerana anda tidak mungkin mampu menampung perbelanjaan bulanan sekiranya anda hanya berjaya menjual 100 batang pen sehari! Anda memerlukan jumlah jualan yang tinggi dengan pembekalan alat tulis ketempat-tempat tertentu. Walaupun margin keuntungan barangan alat tulis agak tinggi namun nilainya adalah kecil. Kos awal bagi membuka kedai alat tuis mini ialah diantara RM20-RM70k bergantung kepada kepadatan barangan. (alat tulis memiliki terlalu banyak barang! Cthnya> anda tidak boleh menjual sejenis pen sahaja, sekurang-kurangnya mungkin 10 jenis, sejenis itu pun sudah memiliki beberapa kategori seperti mata 0.1, 0.7, 0.5 dan berdakwat biru, hitam dan merah...

6. Perniagaan menjual buku & alat tulis tanpa premis kedai

Hm.. ini merupakan kaedah terbaik untuk memiliki perniagaan walaupun tanpa premis kedai dan tiada kos awal kecuali pendaftaran syarikat dan profil syarikat. Kawan baik saya memiliki perniagaan jenis ini dan gajinya melebihi gaji saya! Bagaimana dia melakukan? Setiap hari dia akan mendaki sekurang-kurangnya sepuluh buah premis untuk menjual produk dari katelognya yang memfokuskan kepada perkhidmatan pembekalan sahaja. Kos yang dikeluarkan hanya jika pihak jabatan dan pejabat itu bersetuju untuk membeli buku atau pun alat tulis yang akan dibekalkannya. (kebarangkalian untuk ditipu berkaitan dengan perniagaan ini sangat tinggi-berhati-hatilah)

7. Membuka kiosk di tapak2 ekspo dan karnival.....

GreenAppleKu : Konsep mana satu nak di pilih ni...??$$$

Jumaat, 11 Februari 2011

KENAPA MESTI DENGKI ?

KUCING PUN DENGKI..TAPI KUCING NI COMEL..
Ada sesiapa nak tolong jawap persoalan di atas? Tak sudah-sudah dengki manusia-manusia ini. Isu dengki-mendengki heboh dan menjadi isu diserata blog blogger otai sejak kebelakangan ini. Dan yang dengki tu pula adalah terdiri dari kawan rapat, kenalan mahupun blogger baru.

Saya terjah blog En. Ben, ada isu dengki. Terjah blog Jejaka Terhangat, ada juga isu dengki. Terbaru blog Eqbalzack pun terkena virus dengki ni. (klik kalau nak baca isu dengki ni). Belum lagi saya senaraikan blog blogger otai wanita. Banyak.

Yang menjadi punca dengki ini adalah kerana blogger tersebut mendapat pendedahan oleh pihak media. Blog mereka masuk majalah, masuk suratkhabar, dan blog mereka ramai follower.

Kenapa perlu dengki, kalau hendak jadi seperti mereka, berusahalah menjadi seperti mereka. Banyak tips dan petua yang diberikan oleh mereka. If there a will, there's always a way. 

"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang di kurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (kerana) bagi seorang laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah yang maha mengetahui segala sesuatu. (An-Nisa: 32).

Nota buat orang-orang yang mempunyai penyakit hati, seperti dengki dan dendam ini selalu ingat bahwa kekuasaan Allah mengatasi segala kekuasaan. Dan hendaklah ia ingat bahawa harta benda dan kedudukan yang bersifat duniawi itu selamanya tidak kekal.


Khamis, 10 Februari 2011

ANDAI DOSA BERULANG LAGI




Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar.......

P/S : Jangan mudah berputus asa, tekadkan niat untuk berubah menjadi hampa yang menyayangi AllahSWT dan Rasulnya. Motivasikan diri..aku boleh berubah, aku boleh menjadi yang lebih baik dari semalam. Setiap kali terfikir untuk kembali melakukan dosa..set dalam fikiran..Allah Maha Melihat, Maha Mengetahui..walaupun anda rasa orang lain tak tahu tapi Allah tahu!

Rabu, 9 Februari 2011

BEN ASHAARI MINAT 'WORKOUT', SAYA MINAT TARIAN

Tarian juga merupakan satu jenis senaman. Moden atau tradisional tidak menjadi persoalan. Minat ini bermula sejak dari zaman persekolahan hinggalah sekarang. Dari hasil kajian dan pengalaman saya, tarian dapat dilakukan oleh pelbagai peringkat umur. Yang muda remaja dengan tarian modennya serta rancak. Bagi dewasa yang berumur, alunan muzik berentak perlahan amat bersesuaian. Sedikit fakta tentang tarian untuk dikongsi bersama
  • Anda boleh membakar kalori yang sama seperti berjalan, berenang atau berbasikal. Dengan menari selama setengah jam, sebanyak 200-400 kalori dapat dibakar.
  • Dengan melakukan senaman tarian yang kerap ia boleh membantu memperlahankan kadar degupan jantung, merendahkan tekanan darah dan mengawal kandungan kolestrol.
  • Pakar turut menyarankan agar senaman berasaskan tarian dapat dilakukan selama 30-40 minit dalam tempoh 3-4 kali seminggu.
Anda tidak perlu ke kelab malam, kelab dangdut mahupun bergaul sesama bukan muhrim kerana tarian dapat dilakukan di dalam rumah!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...