Penantian satu penyeksaan? Tak tepat. Penantian bersama-bersama dengan Allah adalah satu kemanisan. Usaha kerana Allah, tawakkal pada Allah.

Aku mahukan CINTA seseorang secara HALAL kerana dengan membuat sebegitu dapat menggembirakan Allah, cinta yang aku dahulukan dalam urusan dunia dan akhirat kerana aku tahu, selain USAHAKU sendiri untuk menembusi Jannah..InsyaAllah, pada akhir hari..aku mempunyai PASANGAN yang bukan sahaja akan ikutku ke sana, bahkan MEMBIMBINGKU juga.. 

Dia merupakan seorang yang cinta akan Allah dan sanggup mengambil jalan yang halal untuk MENEMUI pasangannya..insyaAllah cinta kita akan lebih BAHAGIA dan direstui, berpandukan kepercayaan kita bersama maka makin kuatlah kita berpegang kepada tali tersebut..makin sayanglah kita sama satu sama lain, kerana kita tahu kita dijodohkan bersama oleh TAKDIR, dari Dia yang Maha Esa

Pasangan yang BAIK terlalu ramai di dunia ini tetapi pasangan yang SOLEH/SOLEHAH terlalu sukar untuk ditemui dan DIMILIKI..



2 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. banyakkan berdoa kepadaNya. semoga ketemu nanti

    BalasPadam
  2. semoga kita semua bertemu dengan jodoh yang baik2...Amin :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama