My Instagram

JANGAN LEMAS DI PUKUL OMBAK




Sebenarnya kita tahu, bila kita berkeputusan untuk memulakan sesuatu hubungan sesama bukan mahram sebelum akad, ianya memang adalah suatu hubungan yang tiada rahmat. Tiada berkat, tiada restu. Biar direstu hati kita, atau dapat restu ibu bapa yang kurang memahami agama, kawan-kawan seperjuangan kool kapel, TAPI sudah mandatori muktamad tidak akan dapat restu Sang Rabbul Izzati. 

Biar seratus lima puluh juta kali kita panjatkan padaNya, kita minta dari sahabat-sahabat, "tolong doakan kami berkekalan ya." Bagaimana doa sebegini akan dikabulkan sedangkan hubungan awal-awal lagi tidak sah di sisiNya.

"Mengapa banyak sangat ujian dan dugaan sepanjang perhubungan ni?""Mengapa dia berperangai begini?", "Kenapa dia buat aku merana begini?", "Sanggup dia lukakan hati ini?!", "Kau tak rasa apa yang aku rasa!"

Banyak keluhan dan kekecewaan terhasil dari ombak cinta dan rindu yang tidak sah. Ombak luka, ombak kecewa, ombak sedih, ombak gelisah, ombak sakit hati, ombak cemburu, ombak gaduh, ombak putus-sambung balik-putus balik. 
Banyak sangat ombak-ombak yang boleh melemaskan kita, tenggelam dilambung ombak kasih yang tidak berketepian. Dahlah tak bertepi, air masin masuk mata sakit pedih lak tu. Hanya buat diri sendiri menitiskan air mata yang penuh sia-sia. Buang masa.

"Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai."

Kesemua jenis ombak yang penulis sebutkan semuanya berpunca dari ombak murka Dia. Mana mungkin Dia selamba tidak rasa murka dengan kemaksiatan dua hamba yang tiada ikatan? Bila anda sendiri memilih untuk buat keputusan untuk "dirikan rumah papan di tepi pantai", maka sendiri beranilah dilanda ombak badai dengan tiang yang tak berapa teguh.

Seteguh mana dan selama manakah cinta, sayang, rindu yang berlantaikan hati rapuh akan mampu bertahan dilanda ombak murka Dia?


Nota diri: Ombak rindu fana melanda tidak kira siapa, samada dia berpakaian tutup aurat elok-elok ataupun tidak. Samada dia pakai kopiah atau ustaz, ustazah pun, tidak seorang pun terlepas dari ombak murka Allah bila diri dah buat keputusan untuk menjahilkan diri berbuat kemungkaran yang dibenci Allah.




2 ulasan

KaK LimAh Si SupiR berkata...

xnak dilanda ombak murka allah swt T_T

delarocha berkata...

hidup tanpa cabaran?

tak seronok