Haha..jumpa this cute nyaw-nyaw ketika terjah facebook ZackZukhairi. Niat asal, hendak memaklumkan tuan fb yang saya telah menggunakan hasil lukisan kreatifnya dalam artikel saya semalam. Tup-tup tengok Zack up date status fb nya. Simple dan menghiburkan. Banyak juga maksud tersirat jika merujuk kepada gambar di atas.

Tamaknya nyaw-nyaw tu kan. Tetapi pernah terbaca pepatah, rezeki jangan di tolak ? 

Apa-apa pun saranan saya untuk diri sendiri, belajarlah untuk setia. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Agar hidup kita tidak konfius seperti nyaw-nyam. Setakat kotak, tak perlah. Kalau manusia, konfem dah lama  kena label curang dan kena tinggal. Share dengan semua nukilan Ustaz Pahrol Mohd Juoi.

Antara dua cinta

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fata morgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan, leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hati ku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta

Hanya cinta Mu yang ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh




2 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama