My Instagram

10 SIFAT CALON SUAMI YANG SOLEH

TQ to Rusydee Artz


GreenAppleKu : Selalunya kerap kita lihat dan baca tentang calon isteri, apa kata kali ini kita berkongsi ilmu tentang calon suami. Moga ada manfaatnya. 


Lelaki yang baik dan beragama itu mempunyai sifatnya yang tersendiri.
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Jika berhadapan dengan masalah, janganlah mudah melatah dan cepat marah kerana syaitan tidak suka manusia dengan kesabarannya. Maka cubalah untuk bersabar dan terus bersabar, INSYAALLAH akan diberi ketenangan.

Cuba untuk mendengar alasan dan teguran, mana tahu di sebaliknya itu terdapat kebenaran dan sebagai panduan diri untuk membaiki diri menjadi lebih baik...

Tiada nasihat lain yang mampu diberikan kepada kaum Hawa selain daripada sabda Rasulullah.Walaupun hadis ini ditujukan kepada kaum Adam tetapi percayalah,hadis ini juga berguna kepada kaum Hawa.

Rasulullah bersabda yang mafhumnya, kahwinlah seseorang disebabkan keturunan,wajah,harta dan agamanya,yang paling baik ialah AGAMAnya.
Hanya orang agama sahaja faham hak-hak wanita,maka PILIHlah yang berAGAMA dan PILIHlah yang MENERIMA anda seadanya,bukan kerana keturunan anda,bukan kerana harta anda,bukan kerana wajah anda,tapi KERANA ANDA ADALAH ANDA..


Tiada ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!