KEJAP BERTUDUNG KEJAP TAK





Kenapa ya, bila dah elok upload gambar bertudung dalam album. Tetiba upload pulak gambar yang tak bertudung? Kenapakah? Alaa, janganlah spoilkan gambar tu. Kalau dah elok letak gambar bertudung, gambar yang tak bertudung tu simpanlah buat tatapan suami nanti.

Ada lagi yang saya jumpa. Gambar bertudung ada, gambar tak bertudung ada, gambar tak berbaju opss! gambar yang berpakaian tak cukup kain pun ada. Pakai singlet saja, lepas tu upload dalam gambar. Yang mana belum kahwin tu, kesian dekat ayah dia kan kena tanggung dosa dia. Yang dah bersuami tu pulak, kesian suami dia kan kena tanggung dosa bini dia. Kesian sungguh.

Kalau yang mana asalnya tak bertudung, tetiba dibukakan pintu hatinya untuk bertudung. Alhamdulillah. So, gambar tak bertudung yang di upload dalam album tu bawak-bawaklah di remove dengan segera ye. Yang lalu tu, biarlah berlalu. Ambil iktibar.

Entri ini sungguh sopan santun bukan. Apapun, menyedihkan sungguh wanita-wanita di zaman ini ....


7 ulasan:

  1. dia nak tunjuk dia ada rambut.. huhu

    BalasPadam
  2. @ delarocha , hai dela, awak sihat? haha...

    BalasPadam
  3. pcl sejujurnya suka tgk bila wanita cepat berubah...berubah menjadi lebih baik dari sblmnya...harap keikhlasan mereka itu akan berterusan dan berusaha menutupi segala kesilapan lalu.

    BalasPadam
  4. @ PCL , gitulah yang terbaekkk.... insyaallah.

    BalasPadam
  5. ada kut jumpa org macam tu... ramai sangat...huhuhu... bukan setakat dalam fesbuk jep...

    BalasPadam
  6. dulu saya tak bertudung. sekarang dah bertudung. then semua gambar2 lam fb yang tak bertudung dah di remove. tapi still, tetap jugak ada orang yang dah pernah tengok kan. hurmm.

    BalasPadam
  7. Dalam drama TV ok jer? Kejap bertudung kejap buka-buka? :-p


    Terbaru dari Logokoko:

    [U] Edwards Syndrome

    [U] Suis

    [U] Wajah Siti sekiranya simetri sempurna

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!