My Instagram

TAK DAPAT SAYA BAYANGKAN JIKA PENCEN UMUR 60 NANTI..HAHA..



































Sekadar borak kosong bersama rakan sepejabat suatu ketika dahulu. Suatu petang, ketika saya duduk-duduk menghilangkan stress sebab mengadap komputer selama 3 jam, akhirnya saya mengambil keputusan untuk bangun dan melangkah ke bahagian teknikal. Misi mencari mangsa untuk merapu borak kosong dengan niat mengganggu fokus kerja mereka. hihi..

Sebaik menjengah ke bahagian teknikal, lebih kurang seperti gambar di ataslah suasananya, cuma yang bezanya, buat waktu ini rakan sekerja semuanya masih muda remaja. Masing-masing sedang sibuk hadap komputer untuk siapkan lukisan pelan. Dengan backgroud hitam di serikan dengan garis-garis yang pelbagai warna, terdetik juga dalam fikiran saya,

" Tak bosankah korang hari-hari hadap garisan-garisan tu semua. Kejap korang kecilkan, kejap korang besarkan. Kalau sayalah, konfem jahanam lukisan tu."

" Sebab itulah kau di takdirkan di tempatkan di bahagian pentadbiran." jawap rakan saya. Sentak gila hati saya that time. Ngehh.

" Eh, pernah tak korang bayangkan, camnalah rupa kita jika tiba umur 60 nanti yer. Entah-entah kau dah bertongkat ke pejabat nih. Hahaha.."

Itulah sedikit intro perbualan di antara saya dan rakan sekerja. Perbualan kami terhenti sebaik ternampak kelibat bos. Agaknya camnalah gaya bos saya ketika tiba waktu itu ya.

Terima kasih kerana sudi singgah dan baca. Gambar di atas buat saya ketawa sendiri. Lucu.


11 ulasan:

  1. saya memang tak stuju r dgan bajet 2012 ni.. pencen spatutnya di awalkan.. masa tua2 ni la, org 2 tua nk ke surau.. dekatkan diri kpd Allah.. bukannya pi kerja lg.

    BalasPadam
  2. yg opyen 56/58 skg nih pun dah bermalas-malasan kat opis..kejap ad kejap x de...nih kan 60..huhuh..asik amik AL g cek darah tinggi kencing manis jer lah ;p

    BalasPadam
  3. ahahaha.... lawak..
    tp sy kerja sindri, xdak pencen.. lg la tuaaaa.. kalau umur pnjg.. heheh..

    BalasPadam
  4. @ Zul Fattah,yer masa untuk berehat, main ngan cucu. :)

    BalasPadam
  5. @ ♥ Elin ♥, haha..atas meja penuh ubat-ubatan.

    BalasPadam
  6. @ Solihin Zubir , kerja sendiri pun terkena juga tempiasnya. Tak pe nanti saya tolong tolak kerusi roda Solihin yer. :)

    BalasPadam
  7. jgn silap faham.60 tahun tu pencen wajib.Kan ada pencen pilihan.56 ke 58 ke.... Jadi 60 tu bukan mandatory.Saya pilih 56 je.

    BalasPadam
  8. Tapi kartun tu mmg kelakarlah.Gelak golek-golek.
    p.s: Umur bukan penyebab mutlak seseorg ambil cuti tapi sikap maisng2.Kalau muda pun tapi malas, selalu ambik mc jugak.

    BalasPadam
  9. @ Scarlett O'Hara, jika awak gelak golek-golek, saya guling-guling dah tadi. tak sangka pula apa yg saya dan rakan sepejabat bincangkan, menjadi kenyataan. haha...

    BalasPadam
  10. ha...ha...ha... kelakar la pic tu.

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!