Kekerapan hujan yang melanda Pulau Pinang sejak akhir-akhir ini, telah menyebabkan antibodi tuan blog kurang sihat dimana akhirnya tuan blog terkena demam selsema. Walaupun dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, tuan blog tetap ke pejabat seperti biasa kerana lambakan tugasan yang perlu di selesaikan sebelum hujung bulan tiba.

Tersangkut di dalam kesesakan lalulintas saban pagi adalah perkara biasa bagi tuan blog. Pelbagai kerenah pemandu dapat di lihat ketika kenderaan hanya mampu bergerak selaju 20km/jam.

Ada yang layan radio, ada yang layan cd, ada yang layan ceramah agama (tuan blog lah tu..mana tahu dapat idea untuk menulis selain menambah ilmu agama...). Namun satu jer yang tuan blog TIDAK gemar apabila ketika tuan blog sedang menikmati udara segar di pagi hari, tiba-tiba terhidu asap rokok. Terus tutup cermin kereta. On aircond. Demam semula pun demamlah. Itu lebih baik dari saya terpaksa menghidu asap rokok!





6 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. bila fatwa haram yang lain dikeluarkan cepat je org ikut tp fatwa haram yang ini, org berkenaan tu buat pekak dan buta je...pelik...

    BalasPadam
  2. tahu tak pe.. perkara haram tu amik remeh temeh je.. haish.. aku tak suke org merokok. semak! buat habis duit je..

    BalasPadam
  3. erk... dah behenti.. tp slalu bermimpi hisap rokok..

    BalasPadam
  4. rasanya..lama udah fatwa ni..lagi pun memang tiada kebaikan yang di bawa oleh rokok ni..bila memudaratkan kesihatan..jadilah haram tu..tapi, ntah lah kan..susah nak cakap..hubby tu pun merokok..cuma tidak dirumah dan di depan isteri dan anak2..tapi dia tetap merokok kan..risaukan kesihatan dia..sebab gaya hidup dia pun bukannya ke arah yang sihat..berbuih2 dah nasihatkan dia..dia buat main2 je..dan memang alergik bau asap rokok..automatik dada sesak dan boleh datang semput..kadang2 rasa nak ngamuk..ye la..kat kedai makan mereka merokok..macam mana nak makan..

    BalasPadam
  5. dh fatwa haram, tp still rmai yg beli dan hisap.. camne.. haishh..

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama