Ahad, 2 Oktober 2011

JUALAN LANGSUNG, JUAL CINTA ISTERI ?


GreenAppleKu : Sudah pasti ramai dari kita pernah mendengar pelbagai cerita mengenai jualan langsung ni. Ada pengalaman yang manis dan ada pengalaman yang tidak sedap di dengar dari mereka yang pernah melibatkan diri dalam situasi ini. Bagi saya, secara peribadi, tidak salah niat kita untuk mencari pendapatkan tambahan. 

Yang salahnya, jika kita lupa tanggungjawap kita yang lebih utama (pada agama dan keluarga) dan kita lupa apa status diri kita. Satu lagi entri hebat dari Dr. Juanda.com yang patut di jadikan ikhtibar buat kita semua. Selamat membaca hingga habis dan terima kasih kerana sudi terjah blog picisan ini.


Credit to GOOGLE


Azman mengesyaki ada sesuatu yang tak kena dengan isterinya, bisnes barangan kecantikan yang digeluti kebelakangan ini telah merubah gaya hidupnya. Dia telah memilki kereta mercedez baru hasil keuntungan jualan, selain itu wang masuk bagai air mengalir tanpa henti setiap hari. Mengalahkan gaji Azman yang hanya seorang guru sekolah menengah. Heliza semakin sibuk, dia sering meninggalkan suami dan anak-anaknya tanpa layanan seorang ibu. Dia bergantung kepada Mak Nah orang gaji yang menguruskan semua urusan rumahtangga.

Gaya berpakaian Heliza sudah jauh berubah, dia semakin seksi kerana itu tuntutan seorang penjual barangan kecantikan. Wajah dan tubuhnya adalah potensi dirinya yang paling mahal. Ia boleh dijual secara tidak langsung sebagai daya tarikan pembeli. Heliza semakin gairah menghitung puluhan ribu ringgit yang senang-senang saja dikumpul. Kecantikannya menjadi tumpuan bukan hanya lelaki gatal tetapi juga wanita yang mahu mengikuti gayanya yang menawan.

Hingga akhirnya, dia bertemu seorang VIP bergelar datuk yang kaya raya. Dia terlibat dengan permainan cinta dan wang datuk mata keranjang itu. Azman berusaha menyelamatkan isterinya daripada terus tenggelam dalam lumpur maksiat. Apakan daya, kemewahan telah merubah segala-galanya. Namun Heliza tetap memilih harta dunia dan kepuasan nafsu dengan jalan haram walaupun sebenarnya dia masih boleh memiliki keduanya dengan cara yang halal.

Inilah contoh sifat-sifat manusia yang kurang sabar, gelojoh dan tidak bersyukur. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Surah Al-Hadid ayat: 20)

Ramai yang mengejar kekayaan tetapi hati tidak tenang, apakah kekayaan itu dinilai dengan banyaknya wang, ramainya anak atau tingginya pangkat dan gelaran? Mengapa orang yang telah memiliki semua itu tak jua merasa puas dan bahagia, tenang dan selesa? Mereka masih juga dihantui rasa takut muflis, risau persaingan hebat sesama peniaga, harta yang tak mencukupi, perbelanjaan lebih daripada keuntungan, duit habis cepat walaupun dapat untung cepat. Mereka keletihan menghitung hutang, mengejar keuntungan, meningkatkan penjualan, merasai kerugian. Mereka dipermainkan wang, dilalaikan oleh perniagaan dan diperhamba oleh nafsu.

Tak tersisa sedikit masa untuk bertaubat, membersih harta, melakukan amal saleh dan menilai halal dan haram. Harta mereka menjadi punca keretakan rumahtangga, suami dan isteri bergaduh, anak-anak lari dari rumah dan saudara mara berselisih faham. Harta itu menjadikan mereka hipokrit, riya, menzalimi yang lemah dan suka bermegah-megah. Mereka menjual akhirat untuk mendapatkan harta dunia yang murah. Jual maruah diri, jual iman dan jual hati. Pada hakikatnya mereka miskin jiwa walaupun banyak harta.

Fenomena menjual cinta bukan membabitkan kaum hawa saja, kaum lelaki apa bezanya? Jika hilang rasa takut kepada Allah, sesiapapun boleh menjual dirinya untuk duit. Mereka menganggap hidup ini seolah-olah hanya di dunia saja, bayangan tentang akhirat tak mungkin menyergah masuk ke dalam jiwa orang yang lalai kerana dunia.

Padahal Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perbandingan antara dunia dan akhirat adalah seperti seseorang yang memasukkan jari-jemarinya ke dalam lautan, maka perhatikanlah apa yang dapat diperolehinya? (Hadis riwayat Muslim)

Untuk itu setiap pasangan yang sedang bersungguh-sungguh membina kehidupan wajib sentiasa ingat mengingati satu sama lain agar jangan mudah diperhamba wang hingga melupakan akhirat.

Berikut ini terdapat petua ‘kaya hati’ yang diajarkan Rasulullah SAW kepada umatnya:

1. Hakikatnya yang paling murah adalah dunia.

Sesuai dengan sabda baginda SAW yang bermaksud:
Seandainya dunia ini senilai dengan sayap nyamuk di sisi Allah, nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir walaupun seteguk.” (Hadis hasan sahih riwayat Al-Tirmizi)

Tetapi hakikatnya dunia ini adalah murah dan Allah memberinya kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki. Ramai yang menjadi korban kerana dunia dan hanya sedikit yang memanfaatkannya untuk akhirat.

2. Hakikatnya yang paling bernilai adalah syurga Allah.

Suatu hari khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata sambil mengenang nikmat Allah yang terlalu banyak untuknya: “Dahulu aku bermimpi mahu mengahwini sepupuku, anak khalifah, lalu aku mengahwininya. Kemudian aku berazam menjadi gabernor Madinah supaya tertegak yang makruf dan aku berjaya mendapatkannya. Kemudian aku bercita-cita menjadi khalifah yang adil dan Allah mengkurniakannya. Kini aku hanya inginkan syurga tertinggi dan aku tidak tahu sama ada aku berhasil mendapatkannya atau sebaliknya.”

3. Hakikatnya yang paling berharga adalah kaya jiwa.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bukanlah kekayaan dinilai daripada melimpahnya harta. Tetapi kekayaan yang sebenar adalah kaya jiwa.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Tiga petua ini diharapkan dapat menekan sifat tamak dan hauskan harta yang terlampau hingga mengorbankan agama dan akhirat, sebagaimana doa Rasulullah SAW: Ya Allah, jadikanlah rezeki keluarga Muhammad hanya untuk menghilangkan lapar sahaja.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)


6 ulasan:

N@SIQUE berkata...

jualan langsung,,,duit mnjadi fokus utama...:(,,mcm2 helah nk tarik suh org join..sanggup tipu,,,

Uji Rashid Dipenjara 10 Tahun Kerana Merompak

Halimatun Sa'adiah berkata...

minta dijauhi...

gedek! berkata...

Suka tengok 'jualan langsung cinta' secara 'siaran langsung'

heehe

GreenAppleKu.com berkata...

@ gedek!, dalam maksud uncle nih...

GreenAppleKu.com berkata...

@ gedek!, but i like!!

KaK LimAh Si SupiR berkata...

kaklimah ske entry ni ^_^

IBUNDA'S DELIGHT

REWARD YOURSELF..