IBUNDA'S DELIGHT

Sabtu, 8 Oktober 2011

BAHAYA JIKA ISTERI KESEPIAN


GreenAppleKu : Salam sejahtera buat semua. Cuti hujung minggu datang lagi. Apa perancangan korang semua yer? 

Buat yang telah berkeluarga, waktu cuti sebeginilah yang digunakan untuk menghabiskan masa yang berkualiti dengan keluarga tercinta. Ye, masa yang berkualiti lebih penting dari kuantiti masa yang di luangkan. 

GreenAppleKu = GA, 

" GA, awak sibuk tak?" chat box facebook saya bertukar ke warna biru gelap.

" Boleh tahan ler juga sibuknya, nape?"

" Macam ni, memang iya ker, orang lelaki ni, kalau dah kahwin dah kurang kemesraan. Dah hilang kasih sayang. Saya rasa sunyi GA. Ada suami tapi rasa seperti tiada suami sahaja."

Artikel dari Dr.Juanda, ada jawapannya. Selamat meneruskan pembacaan.

Anak yang comel dan kerjaya yang lumayan tidak menjamin hati dan perasaan isteri bahagia. Belum cukup jika memiliki kedua itu sahaja. Isteri perlukan belaian dan rangsangan suami. Hari-hari yang dilalui pastinya membosankan bila asyik menghadap perkara yang sama setiap hari. Kerja dan kerja atau mengurus anak dan anak lagi, rumahtangga dan suami. Bukan salah suami sepenuhnya jika isteri tidak berterus-terang tentang keperluan dirinya yang mahu disentuh. Kebiasaan mendiamkan sahaja hati anda yang merajuk akan menimbulkan kegawatan yang lebih parah dalam perhubungan anda dan suami.

Berterus terang.

Jadikan suami sebagai tempat mengadu, berlindung dan bersandar. Jika orang lain menjadi pilihan anda, maknanya anda tidak mempercayai suami sendiri. Mungkin anda pernah melakukannya tetapi suami tidak menunjukkan sebarang respons yang anda mahukan. Memang agak sulit untuk melancarkan komunikasi dua hala ini. Anda harus memiliki keyakinan untuk menguasai pemikiran dan perasaan suami ketika mencurahkan isi hati anda. Agaknya orang perempuan memang pandai bermain emosi dan perasaan. Cubalah untuk mengaplikasikannya kepada suami tercinta. Insya Allah jika anda ikhlas, suara hati itu akan bersambut dan suami semakin mahu memahami. Tapi ingat bukan percubaan sekali terus menjadi, semua perlukan proses dan berilah peluang untuk suami mengerti diri anda. Katakan dengan jujur bahawa anda perlukan belaian dan rangsangannya. Anda perlukan pujian untuk memperbaiki diri, kemaafan jika anda bersalah dan nasihat jika anda tak tentu arah. Katakan bahawa anda mahu menempuhi segalanya berdua, susah dan senang bersama-sama.

Apa akan jadi jika anda terus berasa sendiri, sepi tanpa kehadiran suami sebagai tempat bergantung. Walaupun dia ada, tapi anda tidak berasa dia bersama. Apabila anda mahu memilih satu keputusan yang penting, dia diam tak bersuara. Akhirnya anda mesti menanggung segalanya sendiri. Ini bukan tali perkahwinan atas nama cinta dan kasih tapi kepura-puraan dan ego yang dibiarkan merosakkan rumahtangga.

Kesepian tanda kurang iman.

Kesepian boleh juga mengakibatkan seseorang melakukan perkara-perkara keji. Isteri yang berkawan dengan lelaki lain tanpa pengetahuan suami ataupun menyalurkan emosi negatifnya dengan perbuatan yang biadab, anak-anak dibiarkan tanpa didikan, wang tidak dijimat, sentiasa kurang dan akhirnya bermain hutang dan ada pula yang pergi mencari ketenangan di luar rumah bergaul dengan wanita-wanita jahat yang akan mempengaruhi keperibadiannya.

Jangan remehkan dosa kecil! Mula-mula seorang wanita kesepian itu melakukan dosa yang ringan-ringan sahaja. Tapi lama-lama yang ringan itu sudah menjadi kebiasaan dan terjerumus pula dia ke dalam dosa besar. Saat pertama kali chatting di alam siber atau sms atau berkenalan dengan lelaki asing tak rasa berdosa, lama-lama iblis membuka peluang untuk wanita itu melayan nafsunya, suami pula buat tak tahu. Semuanya bermula dari dosa kecil! Alangkah bodohnya suami yang hanya mahu dirangsang dan dilayan isteri tapi buat tak tahu dengan keperluan nafsu syahwat seorang isteri.

Suatu hikayat tentang seorang wanita yang beriman dan telahpun ke Tanah Suci, dia tidak memiliki anak. Selepas kematian suaminya yang meninggalkan banyak harta, dia berubah menjadi wanita yang haus syahwat dan terjerumus dalam permainan cinta dengan lelaki muda. Asal mulanya kerana pengaruh pergaulan dengan wanita-wanita yang jahat. Nauzubillahi min zalik. Betapa lemahnya manusia, iman yang telah lama mengakar kuat boleh tercabut dari hatinya. 

Benarlah sabda baginda SAW yang bermaksud: ”Akan terjadi fitnah besar bagaikan kegelapan malam, ketika seseorang beriman pada pagi hari tiba-tiba pada sebelah petang dia kufur. Dan orang yang beriman pada petang hari kemudian tiba-tiba pada pagi harinya telah menjadi kufur.” (Hadis riwayat Muslim)

Antara sebab kesepian adalah jika seseorang tidak dapat mengisi masa lapangnya dengan perbuatan yang bermanfaat. Asyik berhibur dan berlebih-lebihan dalam perkara yang mubah (dibolehkan) seperti makan, minum dan berhias. Sementara masa untuk mempertingkatkan iman tidak tersedia dalam diari hidupnya. 

Ada juga yang sememangnya telah terjangkit penyakit pesimistik, putus asa, malas dan hilang semangat. Yang ini lagi dahsyat. Penyakit emosi dan tekanan persekitaran yang tidak dirawat akan menyebabkan seorang wanita itu bukan hanya kesepian, gelisah, risau dan takut menghadapi hidup bahkan boleh jadi dia akan kehilangan imannya selama-lamanya.



2 ulasan:

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA berkata...

pernah juga buat dialog dalam skrip akak.. serumah tak semestinya bersama.. sebilik tak semestinya bertegur sapa.. setilam tak semestinya selalu bermesra.. hmmm

GreenAppleKu.com berkata...

@ ADZA IRDAWATI aka MAK DARA, wa adza, i like dialog akak tu. Sedap jer menyebutnya. Tapi tak nak lah mengalaminya. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...